Akan dibuka dalam tab baharu

Bank Muamalat Pemindahan Baki Kad Kredit-i

Bank Muamalat Pemindahan Baki Kad Kredit-i (Tawarruq) adalah sebuah pelan pindahan baki khusus untuk pelanggan dan pemilik kad kredit Bank Muamalat. Balance transfer plan Bank Muamalat ini membenarkan anda memindahkan baki kad kredit yang tertunggak daripada pengeluar kad kredit lain kepada akaun kad kredit Bank Muamalat anda.

Anda boleh memindahkan baki daripada jumlah minimum RM3,000 tanpa caj kadar faedah dengan tempoh bayaran balik selama 6 bulan, atau pilih untuk buat bayaran ansuran selama 12 bulan dengan kadar faedah 2.5% p.a (setahun). Jumlah maksimum pula ditetapkan kepada 70% daripada baki had kredit anda. Tiada caj pengendalian dikenakan untuk pelan ini.

Anda perlu membayar bayaran ansuran penuh setiap bulan kerana pelan pindahan baki Bank Muamalat ini tidak membenarkan bayaran minimum. Sekiranya anda gagal buat bayaran bulanan, anda akan dikenakan penalti lewat bayar sebanyak 1% daripada tunggakan, dan jumlah maksimum ditetapkan pada RM100.

Anda boleh buat bayaran ansuran bulanan dengan mudah melalui sistem perbankan Internet Bank Muamalat di i-muamalat, atau di mana-mana cawangan Bank Muamalat.

Walau bagaimanapun, Bank Muamalat tidak akan mengenakan sebarang caj sekiranya anda ingin menyelesaikan baki tertunggak lebih awal daripada tempoh matang.

Nikmati kemudahan pelan pemindahan baki yang ditawarkan ini untuk menguruskan kewangan dengan lebih mudah.

Bank Muamalat Pemindahan Baki Kad Kredit-i
calendar-range
Tempoh Bayaran
6 bulan hingga 12 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
Tiada kadar faedah (0% p.a)
0 % p.a higga 2.5% p.a
square-dollar
Caj Pengendalian
Tiada caj upfront
money-bill-1-wave
Jumlah Pindahan
RM3000 hingga 70% daripada baki had kredit
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
Bayaran penuh
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual Bank Muamalat Pemindahan Baki Kad Kredit-i

Buat pindahan baki kepada kad kredit Bank Muamalat anda dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj kadar faedah dan tanpa sebarang caj pengendalian.

TEMPOH BAYARAN (BULAN) CAJ PENGENDALIAN (%) KADAR FAEDAH (% P.A) JUMLAH PINDAHAN MINIMUM (RM)
6 Tiada Tiada RM3,000
12 Tiada 2.5% RM5,000

Cara mohon Bank Muamalat Pemindahan Baki Kad Kredit-i

Anda boleh memohon pelan pindahan baki Bank Muamalat dengan langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan Pemindahan Baki di laman sesawang Bank Muamalat.
  2. Lengkap borang permohonan bersama penyata kad kredit 1 bulan terkini.
  3. Hantar E-mel ke alamat [email protected]; atau hantar secara bersemuka di cawangan Bank Muamalat terdekat.

Kad kredit Bank Muamalat Pemindahan Baki Kad Kredit-i

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Bank Muamalat Pemindahan Baki Kad Kredit-i. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Bank Muamalat Visa Platinum-i

Kad kredit Bank Muamalat Visa Platinum-i
Kad kredit Bank Muamalat Visa Platinum-i menawarkan pulangan tunai (cashback) tanpa had, pelan pindahan baki dengan zero interest, dan perlindungan takaful yang lengkap
Info Lanjut

Bank Muamalat Visa Infinite-i

Kad kredit Bank Muamalat Visa Infinite-i 
Kad kredit Bank Muamalat Visa Infinite-i adalah sebuah kad kredit premium dengan pelbagai keistimewaan seperti pulangan tunai tanpa had, perlindungan perjalanan sehingga RM1 juta dan pelbagai lagi ciri hebat.
Info Lanjut

Muamalat Pos Visa Platinum-i

Kad kredit Bank Muamalat Pos Visa Platinum-i
Nikmati ganjaran tunai 8% di Pos Malaysia dan 1% di luar negara dengan Kad Kredit Muamalat Pos Visa Platinum-i. Kad patuh Syariah ini menawarkan pelbagai manfaat menarik seperti perlindungan Takaful percuma dan pelan pembiayaan fleksibel.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan  untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.