Akan dibuka dalam tab baharu

Alliance Bank Visa Infinite Business Credit Card

Alliance Bank Visa Infinite Business
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM800
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM12500
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Mata Ganjaran, Perniagaan, Premium, Pulangan Tunai

Alliance Bank Visa Infinite Business adalah sebuah kad kredit perniagaan unik yang ditawarkan oleh Alliance Bank. Kad kredit Alliance Bank ini memberi pilihan untuk anda pulangan rebat tunai atau pulangan mata ganjaran dengan setiap ringgit yang dibelanjakan.

Jika anda memilih untuk menerima pulangan rebat tunai atau cashback, anda boleh mendapatkan cashback sehingga 1.5% setiap bulan. Jika anda pilih mata ganjaran pula, anda akan menerima pulangan mata dalam bentuk Timeless Bonus Points (TBP) sehingga 2x mata dengan setiap RM1.

Selain pulangan rebat tunai dan mata ganjaran, kad kredit Alliance Bank Visa Infinite Business juga menawarkan keistimewaan perjalanan, sesuai sekiranya anda sering melancong untuk urusan perniagaan. Nikmati 6x akses percuma ke ruang legar VIP di lebih 850 lapangan terbang terpilih seluruh dunia.

Anda juga akan dilindungi oleh insurans perjalanan sehingga RM2 juta sekiranya anda buat tempahan tiket kapal terbang dengan kad kredit Alliance Bank ini. Tidak lupa juga pulangan tunai sehingga RM80 untuk perkhidmatan limousin dari KLIA atau KLIA2.

Anda juga akan menerima keistimewaan eksklusif Visa Infinite seperti diskaun ketika menjamu selera, golf, melancong, dan membeli belah di dalam dan luar negara. Tidak lupa juga perkhidmatan concierge Visa Infinite 24/7 yang memudahkan anda buat tempahan perjalanan, penginapan, dan sebagainya.

Pihak Alliance Bank juga menyediakan perkhidmatan khas kepada pemilik kad kredit perniagaan mereka dalam bentuk pengurusan perjalanan syarikat anda, dan talian khidmat pelanggan perniagaan khas.

Yuran tahunan kad kredit Alliance Bank Visa Infinite Business adalah percuma untuk tahun pertama. Untuk tahun berikutnya pula, yuran tahunan ditetapkan kepada RM800 untuk kad utama, dan RM100 untuk kad tambahan. Walau bagaimanapun, yuran tahunan untuk kad utama akan dikecualikan sekiranya transaksi kad melebihi RM80,000 untuk tahun tersebut.

Anda boleh mohon Kad kredit perniagaan Alliance Bank ini atas kelayakan peribadi tau syarikat. Sekiranya anda memilih untuk mohon dengan kelayakan peribadi, syarat kelayakan yang dikenakan ialah berpendapatan tahunan tidak kurang daripada RM150,000 dan telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 2 tahun. Untuk kelayakan permohonan atas perniagaan pula, perolehan tahunan minimum adalah tidak kurang daripada RM500,000 dan syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun.

Had kredit (credit limit) untuk permohonan peribadi ditetapkan daripada RM30,000 hingga RM300,000 manakala permohonan atas syarikat pula had kredit ditetapkan daripada RM25,000 hingga RM500,000.

Kad kredit Alliance Bank Visa Infinite Business bukan sahaja dapat membantu anda mengurus aliran tunai syarikat anda, tetapi juga menikmati pelbagai ganjaran dan keistimewaan. Baca lebih lanjut tentang ciri lengkap kad ini, termasuk ciri pulangan rebat tunai dan mata  ganjaran yang ditawarkan, caj dan yuran yang dikenakan, dan bagaimana untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Alliance Bank Visa Infinite Business Credit Card

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan pulangan tunai sehingga 1.5% untuk setiap perbelanjaan syarikat anda. Lebih banyak anda belanjakan setiap bulan, lebih banyak jumlah rebat tunai yang boleh anda dapatkan. Rujuk jadual di bawah untuk ciri rebat tunai Alliance Bank Visa Infinite Business.

JENIS REBAT TUNAI KADAR REBAT TUNAI HAD BULANAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan runcit 0.2% RM20 RM1 – RM10,000 sebulan
Perbelanjaan runcit 0.5% RM950 RM10,001 – RM200,000 sebulan
Perbelanjaan runcit 0.8% RM800 RM200,001 – RM300,000 sebulan
Perbelanjaan runcit 1.5% RM5,250 RM300,001 – RM650,000 sebulan

Mata ganjaran (reward points)

Nikmati pulangan mata ganjaran dalam bentuk Timeless Bonus Points (TBP) dengan setiap RM1 yang anda belanjakan.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
2 RM1 Perbelanjaan luar negara
1 RM1 Perbelanjaan dalam negara

ganjaran perjalanan

Dapatkan akses kepada ruang legar VIP terpilih di 300 bandar seluruh dunia dengan kad Alliance Bank Visa Infinite Business. Anda juga akan dilindungi oleh insurans perjalanan sehingga RM2 juta secara automatik apabila anda menempah tiket kapal terbang dengan kad ini.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Kemalangan Peribadi Sehingga RM2,000,000
Penerbangan tertunda Sehingga RM2,000
Terlepas penerbangan Sehingga RM2,000
Kelewatan Bagasi Sehingga RM2,000
Kehilangan Bagasi Sehingga RM5,000

Ciri premium

Nikmati diskaun dan keistimewaan eksklusif apabila anda menjamu selera, bermain golf, dan membeli belah seluruh dunia. Tidak lupa juga perkhidmatan concierge Visa Infinite yang menawarkan perkhidmatan 24 jam sehari.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Perniagaan yang telah beroperasi tidak kurang daripada 2 tahun
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM12500 sebulan atau RM150000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM800
Tahun pertama percuma. Tahun berikutnya yuran diketepikan untuk perbelanjaan lebih daripada RM80,000
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM100
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
80% daripada jumlah keseluruhan
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Cara Mohon Alliance Bank Visa Infinite Business Credit Card

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Alliance Bank Visa Infinite Business Credit Card

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Alliance Bank Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Alliance Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Alliance Bank Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Alliance Bank Visa Infinite Business Credit Card untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Alliance Bank Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Alliance Bank Visa Infinite Business Credit Card

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Alliance Bank Visa Infinite Business Credit Card?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Alliance Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Alliance Bank Malaysia Berhad

Alliance bank malaysia berhad
Alliance Bank Malaysia Berhad, sebahagian daripada Alliance Financial Group, adalah institusi perbankan komprehensif yang beroperasi di seluruh Malaysia. Sejak 2001, Alliance Bank (bersama Alliance Islamic Bank) menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan untuk individu dan perniagaan, termasuk akaun simpanan, kad, pembiayaan (peribadi, perumahan, perniagaan), insurans, dan banyak lagi, dalam bentuk konvensional dan Islamik.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank Shopee Visa Platinum

Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan…

Citi Simplicity

Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards menawarkan sehingga 3x mata ganjaran, pelan kredit lengkap, dan…