Cash-i Muamalat Prestige

Cash-i Muamalat Prestige
Bank Muamalat Malaysia Berhad
Pinjaman daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad
share-nodes
Kongsi
Kategori Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan RM10000 hingga RM250000
Tempoh Pembiayaan 24 hingga 120 Bulan
Kadar Keuntungan Tahunan 2.69% p.a hingga 7.52% p.a
Sektor Pekerjaan Kakitangan Swasta / Kakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC / Bekerja Sendiri
Kelayakan Gaji Gaji Kasar RM7000 sebulan atau RM84000 setahun
Had Umur 18 hingga 70 Tahun
Ciri Menarik Jangka Masa Panjang, Jumlah Tinggi, Penyatuan Hutang
Tempoh Keputusan Lulus 1 hingga 7 hari bekerja

Cash-i Muamalat Prestige adalah sebuah pelan pembiayaan peribadi di bawah kategori pakej Cash-i Muamalat. Pelan yang ditawarkan oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad ini menjadikan individu yang berpendapatan tinggi sebagai prospek utama.

Ini jelas dengan syarat kelayakan pendapatan yang ditetapkan untuk pelan pembiayaan ini, iaitu pemohon perlu berpendapatan tidak kurang daripada RM7,000 sebulan – satu jumlah kelayakan gaji yang tinggi berbanding pinjaman tidak bercagar yang ditawarkan oleh institusi kewangan di negara kita.

Syarat kelayakan lain yang ditetapkan untuk mohon pembiayaan Cash-i Muamalat Prestige ialah pemohon perlu berstatus warganegara Malaysia dan berumur antara 18 hingga 60 tahun, atau 70 tahun untuk pengamal perubatan seperti doktor.

Sekiranya anda berpendapatan bulanan kurang dari RM7,000 – anda boleh lihat pelan pembiayaan Cash-i Muamalat (kakitangan awam) atau Cash-i Muamalat Pro (kakitangan swasta/profesional).

Pelan ini menawarkan jumlah pembiayaan yang tinggi, iaitu sehingga RM250,000. Jumlah pinjaman minimum yang dibenarkan pula ialah RM10,000. Kadar caj perkongsian keuntungan yang dikenakan terbahagi kepada dua jenis, iaitu kadar tetap (fixed rate) dan kadar terapung (floating rate). Jumlah kadar keuntungan adalah berbeza antara kedua-dua kategori ini. Anda boleh rujuk jadual kadar keuntungan tahunan pada jadual di bahagian Ciri Pembiayaan di bawah.

Seperti kebanyakan pembiayaan Islamik, pihak Bank Muamalat hanya membenarkan pinjaman ini digunakan dalam hal-hal atau tujuan yang tidak melanggar hukum Syarak. Pelan pembiayaan ini juga membenarkan ciri penyatuan hutang atau debt consolidation. Ciri ini sangat berguna sekiranya anda dibebani dengan banyak pinjaman yang perlu dibayar setiap bulan. Anda boleh menghimpunkan semua pinjaman ini ke dalam pembiayaan Cash-i Muamalat Prestige dan hanya bayar satu pinjaman sahaja setiap bulan.

Berminat untuk mohon? Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri-ciri lengkap pembiayaan ini, syarat kelayakan untuk mohon, dokumen yang perlu disediakan, jadual bayaran bulanan, dan bagaimana anda boleh mohon pembiayaan ini secara atas-talian (online).

Isi kandungan

chevron-down
  1. square-arrow-down-rightKelebihan pinjaman
  2. square-arrow-down-rightSyarat kelayakan mohon
  3. square-arrow-down-rightdokumen yang diperlukan
  4. square-arrow-down-rightJadual bayaran balik
  5. square-arrow-down-rightCaj dan fi
  6. square-arrow-down-rightCara mohon
  7. square-arrow-down-rightReview
  8. square-arrow-down-rightSoalan lazim
  9. square-arrow-down-rightPertanyaan dan maklumbalas

Kelebihan Cash-i Muamalat Prestige

Sebagai pelan pembiayaan yang disasarkan kepada golongan berpendapatan tinggi, pembiayaan Bank Muamalat ini menawarkan beberapa ciri menarik.

  • Pembiayaan Islamik Patuh Syariah
    Ini adalah pelan pinjaman yang 100% patuh Syariah – jadi mohon tanpa ragu.
  • Tiada cagaran dan penjamin
    Anda tidak perlu menyediakan cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohonn pembiayaan ini.
  • Pembiayaan yang tinggi dan fleksibel
    Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah sangat fleksibel dan tinggi, iaitu dari RM10,000 hingga RM250,000.
  • Tempoh pembiayaan yang lama
    Anda boleh pilih tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun – satu tempoh yang panjang untuk pinjaman tidak bercagar.
  • Perkongsian kadar keuntungan yang fleksibel
    Pelan pembiayaan ini menawarkan caj kadar keuntungan yang begitu fleksibel. Kadar keuntungan tahunan dikira berdasarkan beberapa faktor iaitu kadar terapung atau kadar tetap, tempoh pembiayaan, kaedah bayaran, dan pilihan perlindungan Takaful. Rujuk caj perkongsian kadar keuntungan di bawah.
  • Ciri penyatuan hutang
    Jika anda terbeban dengan pinjaman dan pembiayaan yang terlalu banyak, anda boleh guna kaedah penyatuan hutang atau debt consolidation untuk meringankan beban anda. Ciri penyatuan membenarkan anda menyatukan semua pinjaman yang sedia ada ke dalam pembiayaan Cash-i Muamalat Prestige. Jadi anda hanya perlu bayar satu pinjaman sahaja setiap bulan.
  • Saluran bayaran balik yang fleksibel
    Anda boleh pilih kaedah bayaran ansuran yang pelbagai seperti potongan gaji, pindahan bayaran ke Bank Muamalat melalui syarikat, Autodebit, dan arahan tetap (Standing Instruction).
  • Tiada caj proses
    Anda tidak akan dikenakan sebarang caj pemprosesan sekiranya permohonan pembiayaan anda lulus.

Caj perkongsian kadar keuntungan Cash-i Muamalat Prestige

Berikut ialah maklumat lengkap tentang caj kadar keuntungan untuk pelan pembiayaan ini.

Kadar terapung

Tempoh Pembiayaan Potongan Gaji Potongan Gaji Dengan Takaful Arahan Tetap Arahan Tetap Dengan Takaful
2-3 Tahun Kadar Asas + 1.24% Kadar Asas + 2.24% Kadar Asas + 3.24% Kadar Asas + 4.24%
4 – 10 tahun Kadar Asas + 1.96% Kadar Asas + 2.96% Kadar Asas + 3.96% Kadar Asas + 4.96%

Kadar Asas (KA) semasa ialah 2.56%

Kadar tetap

Tempoh Pembiayaan Potongan Gaji Potongan Gaji Dengan Takaful Arahan Tetap Arahan Tetap Dengan Takaful
2-3 Tahun 2.69% p.a 3.69% p.a 4.69% p.a 5.69% p.a
4 – 10 tahun 3.69% p.a 4.69% p.a 5.69% p.a 6.69% p.a

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut ialah syarat kelayakan yang anda perlu patuhi untuk mohon pembiayaan Cash-i Muamalat Prestige.

  • Berumur 18 tahun hingga 60 tahun atau 70 (Pengamal Perubatan) atau tarikh pencen.
  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan gaji kasar tidak kurang dari RM7,000 sebulan atau RM84,000 setahun.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana institusi kewangan di Malaysia.
  • Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas – Special Attention Account (SAA).
  • Bukan di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) oleh AKPK.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Cash-i Muamalat Prestige, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda cukup syarat dan layak mohon, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut.

Bekerja Makan Gaji

  1. Salinan pengenalan diri (MyKad).
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini
  4. Surat pengesahan jawatan.
  5. Sebarang dokumen sokongan pendapatan (EA atau KWSP).
  6. Surat pindahan gaji atau pemotongan gaji.

Bekerja Sendiri

  1. Salinan pengenalan diri (MyKad).
  2. Pendaftaran perniagaan (SSM).
  3. Penyata akaun bank semasa perniagaan 6 bulan terkini.
  4. Penyata kewangan atau penyata cukai terkini.

Golongan profesional perlu sertakan sijil profesional dalam bidang berkaitan.

Jadual Bayaran Bulanan Cash-i Muamalat Prestige

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Cash-i Muamalat Prestige. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Cash-i Muamalat Prestige
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj dan fi yang akan dikenakan sekiranya permohonan anda lulus.

  1. Tiada caj proses.
  2. Caj Duti Setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus.

Caj-caj lain yang dikenakan adalah seperti caj lewat bayar (Ta’widh) sebanyak 1% daripada jumlah yang tertunggak.

Pihak Bank Muamalat tidak akan mengenakan sebarang caj sekiranya anda berhasrat untuk buat penamatan atau penyelesaian awal. Malah anda kana diberikan rebat (Ibra’).

Cara Mohon Cash-i Muamalat Prestige

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon pelan pembiayaan Cash-i Muamalat Prestige dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat berdekatan anda. Rujuk senarai cawangan Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Jumlah pembiayaan yang tinggi.
  • Tempoh pembiayaan yang panjang.
  • Caj perkongsian kadar keuntungan yang rendah.
  • Ciri penyatuan hutang.
Kekurangan
  • Syarat kelayakan pendapatan yang tinggi.

Pelan pembiayaan Cash-i Muamalat Prestige bukanlah sebuah pembiayaan untuk umum. Pelan ini ditawarkan khas kepada golongan berpendapatan tinggi dengan gaji bulanan tidak kurang daripada RM7,000 ke atas. Walaupun syarat kelayakan pendapatan adalah tinggi, pelan ini mempunyai kelebihan seperti jumlah pembiayaan sehingga RM250,000 dan caj perkongsian kadar keuntungan yang rendah. Pelan ini juga membenarkan penyatuan hutang untuk memudahkan anda mengurus kewangan dengan lebih efisien. Tambahan pula tempoh pembiayaan yang dibenarkan ialah sehingga 10 tahun. Jika anda layak untuk mohon dan ingin mohon pinjaman dengan jumlah yang tinggi, pelan ini mungkin antara yang sesuai untuk anda.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan Cash-i Muamalat Prestige

Apakah Cash-i Muamalat Prestige?

chevron-down

Pelan ini adalah pinjaman peribadi Islamik Tidak Bercagar ditawarkan oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Siapa yang boleh mohon?

chevron-down

Pelan ini ditawarkan kepada Bekerja Sendiri, Kakitangan GLC, Kakitangan Kerajaan, Kakitangan Swasta dengan had umur dari 18 hingga 70 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon?

chevron-down

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Saya tidak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon?

chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, boleh kah saya mohon Cash-i Muamalat Prestige?

chevron-down

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?

chevron-down

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah yang boleh saya mohon?

chevron-down

Anda boleh mohon dari RM10000 hingga RM250000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan akan ditentukan oleh pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan?

chevron-down

Pelan ini menawarkan tempoh pembiayaan dari 24 bulan hingga 120 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan akhir akan ditentukan oleh pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon?

chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Cara Mohon Cash-i Muamalat Prestige di atas.

Berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan saya?

chevron-down

Anggaran untuk tahu keputusan permohonan adalah 1 hingga 7 hari bekerja selepas menghantar permohonan berserta dokumen lengkap. Ini adalah anggaran yang diberikan oleh pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad. Jangkamasa ini mungkin berbeza bergantung kepada faktor-faktor yang terlibat.

Sekiranya permohonan saya lulus, berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk duit masuk ke akaun saya?

chevron-down

Duit akan dimasukkan ke akaun 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad untuk follow up.

Apakah caj yang dikenakan?

chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa perlu saya bayar setiap bulan?

chevron-down

Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik Cash-i Muamalat Prestige.

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran?

chevron-down

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Potongan Gaji Majikan (PGM).

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)?

chevron-down

Ya, anda boleh buat penyatuan hutang atau “debt consolidation”. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad. Atau anda boleh guna khidmat untuk bantuan dan panduan mohon. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Saya dah ada Cash-i Muamalat Prestige yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility)?

chevron-down

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon?

chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon?

chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Saya ada tunggakan PTPTN di laporan CCRIS (CCRIS PTPTN). Bolehkah saya mohon?

chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. Bolehkah saya mohon?

chevron-down

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Saya dah mohon. Bagaimana saya nak tahu permohonan saya lulus atau tidak?

chevron-down

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Permohonan saya ditolak. Boleh tahu kenapa permohonan saya tak lulus?

chevron-down

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak diluluskan oleh pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang Cash-i Muamalat Prestige?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Langgan
Maklumkan

17 Comments
Terbaru
Terakhir
Inline Feedbacks
View all comments

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right