Pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia – Dibuka pada Januari 2022

calendar-pen
Dikemaskini pada: 21/12/2023
alarm-clock
Pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Timbalan Menteri Kewangan 1 Mohd Shahar Abdullah menyatakan individu yang merasakan mereka layak untuk menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) boleh mendaftarkan diri atau mengemaskini maklumat peribadi bermula daripada 1 hingga 31 Januari 2022.

Beliau berkata pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini dibuka khusus kepada mereka yang tidak mempunyai maklumat di dalam pangkalan data untuk menerima bantuan, tetapi layak. Antaranya ialah mereka yang sebelum ini berada di dalam kategori M40, tetapi telah turun kepada kategori B40. Individu yang tergolong di dalam kategori ini boleh kemas kini maklumat berkaitan bermula Januari 2022 menerusi laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM).

Mereka diberi masa sebulan untuk mendaftarkan diri dan penerima Bantuan Prihatin Rakyat sedia ada tidak perlu berbuat demikian kerana mereka telah layak secara automatik.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang telah diumumkan pada belanjawan 2022 baru-baru ini. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban rakyat berpendapatan rendah, terutamanya yang telah terjejas akibat pandemik Covid-19 yang melanda. Bantuan ini diberikan kepada Isi rumah dan warga emas yang berpendapatan RM5,000 ke bawah, dan individu bujang yang berpendapatan RM2,500 ke bawah.

Isi Rumah Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan Bujang
Status PerkahwinanBerkahwin atau Ibu/Bapa Tunggal yang mempunyai anak dan menepati syaratBujang atau Ibu/Bapa Tunggal yang mempunyai anak dan menepati syarat Bujang atau Ibu/Bapa Tunggal yang mempunyai anak dan menepati syarat
PendapatanRM5,000 ke bawah RM5,000 ke bawah RM2,500 ke bawah
Kelayakan UmurTiada had60 tahun ke atas21-59 tahun
Jadual Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Pembayaran BKM akan dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun, dan bayaran pertama dijangka akan di buat bermula Mac 2022. Kaedah pembayaran pula adalah melalui kredit ke akaun bank terkini atau tuntutan tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank.

Sebelum ini, BKM hanya akan diberikan secara automatik kepada mereka yang mempunyai maklumat di dalam pangkalan data LHDNM, penerima Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR), dan penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC).

Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia boleh didapati melalui Soalan Lazim BKM di laman web LHDN.

Menurut Mohd Shahar lagi, Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 3 akan dilaksanakan pada Disember depan, iaitu mengikut jadual yang telah ditetapkan. BKC fasa 3 ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 billion dan dianggarkan akan diterima oleh 3.8 juta isi rumah kategori miskin dan golongan B40.

share-nodes
Kongsi
Team Pinjaman Peribadi Malaysia

Team Pinjaman Peribadi Malaysia

Team Pinjaman Peribadi Malaysia komited untuk memberikan maklumat tepat dan terkini berkaitan kewangan peribadi, seperti pinjaman, kad kredit, dan pengurusan kewangan di Malaysia. Kami ingin memperkasakan anda dengan ilmu untuk buat keputusan dengan bijak supaya memenuhi keperluan kewangan anda. Dapatkan panduan, artikel, dan alatan yang boleh membantu anda dalam dunia kewangan peribadi di Malaysia melalui laman web ini.
Tinggalkan Komencomments

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Langgan
Maklumkan

1 Comment
Terbaru
Terakhir
Inline Feedbacks
View all comments