CIMB Petronas Visa Platinum-i

Nikmati penjimatan berganda dengan kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i

Kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i 
badge-percent
Kadar faedah
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM2000
stars
Ciri utama
8% pulangan tunai, perlindungan Takaful perjalanan
square-list
Pelan kad kredit
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave

Kad Kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i kepada pengguna tegar stesen minyak PETRONAS yang ingin memaksimumkan perbelanjaan harian mereka. Nikmati kelebihan pulangan tunai sehingga 8% dengan setiap isian petrol atau perbelanjaan lain, dan perlindungan Takaful perjalanan komprehensif dengan percuma. Dapatkan juga kelebihan bayaran ansuran mudah tanpa kadar faedah (zero-interest).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i

  • 4% hingga 8% pulangan tunai untuk transaksi aplikasi Setel, pengecasan kereta elektrik (EV), dan sebarang transaksi di PETRONAS.
  • 1% hingga 2% pulangan tunai untuk transaksi runcit, menjamu selera, atau parking tanpa sentuh.
  • Dapatkan perlindungan Takaful perjalanan sehingga RM1 juta termasuk kelewatan dan terlepas penerbangan, dan kelewatan dan kehilangan bagasi.
  • Nikmati pelan bayaran ansuran tunai dengan 0% faedah untuk penyelenggaraan kenderaan Proton dan Perodua di pusat servis yang mengambil bahagian.
  • Penjimatan berganda dengan yuran tahunan percuma seumur hidup, untuk kad utama dan kad tambahan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM2000 Sebulan atau RM24000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Dokumen Yang Diperlukan

  • Dokumen pengenalan diri (MyKad/Pasport).
  • Bukti pendapatan (salinan slip gaji/penyata KWSP/resit bayaran cukai/penyata komisen).

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM50 atau 5% dari amaun tertunggak. Yang mana lebih tinggi.
Caj Lewat Bayar RM10 atau 1% dari amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100.
Had Pendahuluan Tunai Harian Tiada
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Maklumat Tambahan

  • Kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i adalah kad kredit 100% patuh Syariah.
  • Pulangan tunai terkumpul akan dikreditkan ke dalam akaun setiap bulan.
  • Kad ini dihasilkan daripada bahan mesra alam (eco-friendly).

Cara Mohon CIMB Petronas Visa Platinum-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Anda boleh mohon kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i secara dalam talian atau melalui cawangan CIMB.

Mohon dalam talian:

  1. Layari laman web CIMB.
  2. Klik butang “Mohon Sekarang.”
  3. Pilih kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i.
  4. Lengkapkan butiran permohonan dan klik “Hantar”

Klik untuk ke laman web CIMB Bank

Mohon melalui cawangan:

Khidmat Pelanggan

Gunakan saluran berikut untuk sebarang pertanyaan berhubung kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i:

Soalan Lazim

Pertanyaan

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i

Apakah kelayakan pendapatan minimum untuk mohon kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i ?

chevron-down

Anda perlu berpendapatan tahunan tidak kurang daripada RM24,000 untuk layak mohon.

Bolehkah saya mohon kad tambahan bersama kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i?

chevron-down

Ya. Anda boleh mohon kad tambahan. Kelayakan minimum yang diperlukan ialah pemegang kad mesti berumur 18 tahun ke atas.

Bagaimana untuk mendapatkan pulangan tunai 8% dengan perbelanjaan kad saya?

chevron-down

Anda perlu berbelanja RM2,000 ke atas di stesen minyak Petronas, melalui aplikasi Setel, atau mengecas kenderaan elektrik pada bulan tersebut untuk mendapatkan cashback 8%.

Adakah terdapat had untuk pulangan tunai?

chevron-down

Ya. Pulangan tunai untuk kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i dihadkan kepada RM50 setiap bulan.

Bagaimana untuk menggunakan pelan bayaran ansuran dengan 0% faedah ketika menyelenggara kenderaan Proton atau Perodua?

chevron-down

Anda perlu selenggara kenderaan anda di pusat servis Proton atau Perodua yang mengambil bahagian. Senarai pusat servis yang mengambil bahagian.

Adakah kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i menawarkan pelan pindahan baki, bayaran ansuran mudah, atau ansuran tunai?

chevron-down

Ya. Kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i menawarkan pelan-pelan berikut:

 

Bagaimana untuk semak status permohonan kad kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i?

chevron-down

Anda boleh semak status permohonan kad kredit CIMB melalui laman web CIMB Status Checker

Ada soalan tambahan berhubung CIMB Petronas Visa Platinum-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk menanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Langgan
Maklumkan

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Penafian:

Maklumat berhubung CIMB Petronas Visa Platinum-i adalah terkini pada tarikh 17/06/2024. Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi CIMB Bank Berhad atau menghubungi khidmat pelanggan CIMB Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang CIMB Bank Berhad

CIMB Bank logo

CIMB Bank Berhad

CIMB Bank Berhad adalah sebuah anak syarikat CIMB Group Holdings Berhad. CIMB, atau Commerce International Merchant Bankers mula beroperasi di Malaysia sejak tahun 1949. Ditubuhkan pada tahun 1924 dengan nama …

Baca selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Alliance Bank You:nique Rewards

Dapatkan mata ganjaran tanpa had hanya dengan setiap perbelanjaan RM1 menggunakan kad kredit ini. Timeless…

Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i

Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i menawarkan pulangan rebat tunai tanpa had setiap bulan.…

Kad Kredit Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i

Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i menawarkan pulangan tunai, mata ganjaran, dan pelan…

Kad kredit Hong Leong Sutera Platinum

Mohon kad kredit Hong Leong Sutera Platinum dan dapatkan 8x mata ganjaran dengan setiap RM1…