BSN-UUM Al-Aiman MasterCard Gold

Ganjaran dan manfaat eksklusif untuk komuniti UUM

Kad kredit BSN-UUM Al-Aiman MasterCard Gold 
badge-percent
Kadar faedah
9.95% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM2000
stars
Ciri utama
Yuran tahunan percuma, yuran pengurusan rendah, mata ganjaran, perlindungan insurans perjalanan.
square-list
Pelan kad kredit
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass

Kelebihan & Ciri Kad Kredit BSN-UUM Al-Aiman MasterCard Gold

  • Patuh Syariah Sepenuhnya: Kad ini mematuhi prinsip perbankan Islamik berdasarkan prinsip Ujrah (bayaran untuk perkhidmatan) dan Qard (kontrak pinjaman).
  • Tanpa Yuran Tahunan Seumur Hidup: Nikmati kemudahan kad kredit tanpa beban yuran tahunan, untuk kad utama dan juga kad tambahan.
  • Fi Pengurusan Rendah: Kad ini menawarkan yuran pengurusan yang rendah dan kompetitif bermula dari 9.95% setahun, bergantung kepada sejarah pembayaran anda.
  • Pulangan Mata Ganjaran: Dapatkan 1 mata ganjaran untuk setiap RM1 yang dibelanjakan untuk pembelian runcit tempatan dan 2 mata ganjaran untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di luar negara. Tebus mata terkumpul anda untuk Enrich Miles, hadiah menarik, baucar, dan banyak lagi.
  • Kad BSN Touch n’ Go Zing PLUSMiles Percuma: Dapatkan kad Touch n’ Go Zing PLUSMiles secara percuma untuk ganjaran dan perjalanan lancar.
  • Keistimewaan Ahli MasterCard Gold: Nikmati pelbagai manfaat dan diskaun yang ditawarkan sebagai ahli MasterCard Gold.
  • Perlindungan Takaful Perjalanan: Nikmati perlindungan takaful perjalanan sehingga RM500,000 apabila anda tempah tiket penerbangan penuh dengan kad ini, termasuk perlindungan untuk kesulitan penerbangan.
  • Tawaran dan Diskaun: Nikmati diskaun hebat dan keistimewaan eksklusif di pedagang yang mengambil bahagian.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Pelajar, alumni, dan kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM)
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM2000 Sebulan atau RM24000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan pengenalan diri (MyKad) / Kad kuasa (Polis, Tentera)
  • Salinan bukti pendapatan (Slip gaji / Surat pengesahan jawatan / Borang B dengan resit bayaran cukai / Salinan penyata komisen / Borang EA atau BE dengan resit bayaran cukai).
  • Salinan Borang 9/24/49 ATAU Sijil Pendaftaran Perniagaan DAN penyata bank syarikat 3 bulan terkini(untuk yang bekerja sendiri sahaja).

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM50 atau 5% dari amaun tertunggak. Yang mana lebih tinggi.
Caj Lewat Bayar RM10 atau 1% dari amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM75.
Had Pendahuluan Tunai Harian 75% dari jumlah keseluruhan.
Caj Pendahuluan Tunai RM12.75 atau 2.69% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Maklumat Tambahan

  • Pemegang kad kredit BSN-UUM Al-Aiman MasterCard Gold boleh menguruskan kad melalui portal perbankan dalam talian atau aplikasi perbankan mudah alih BSN. Kemudahan termasuk semakan baki, urusan bayaran, dan sejarah transaksi.

Cara Mohon BSN-UUM Al-Aiman MasterCard Gold

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berminat untuk mohon kad kredit BSN-UUM Al-Aiman MasterCard Gold? Guna cara mohon berikut.

Mohon Dalam Talian

  1. Layari laman web Bank Simpanan Nasional (BSN).
  2. Klik butang “Mohon Sekarang”.
  3. Lengkapkan borang “Tinggalkan butiran anda” dan Hantar.
  4. Tunggu maklum balas daripada pihak BSN.

Klik untuk ke laman web BSN

Isi Borang Permohonan

  1. Layari laman web Bank Simpanan Nasional (BSN).
  2. Klik butang “Mohon Sekarang”.
  3. Muat turun Borang Permohonan Kad Kredit.
  4. Cetak dan Isi Borang Permohonan.
  5. Hantar di mana-mana cawangan BSN terdekat.

Klik untuk lihat senarai cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Khidmat Pelanggan

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan BSN di:

Soalan Lazim

Pertanyaan

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit BSN-UUM Al-Aiman MasterCard Gold

Bolehkah saya mohon BSN-UUM Al-Aiman MasterCard Gold jika saya adalah pemegangi Kad Kredit BSN?

chevron-down

Ya, anda boleh memohon kad ini jika memenuhi syarat kelayakan dan keperluan kemasukan. Kelulusan tertakluk kepada penilaian kredit baru.

Bolehkah saya mohon jika saya adalah pelajar UUM separuh masa?

chevron-down

Ya. Kad kredit ini ditawarkan kepada pelajar separuh dan sepenuh masa.

Adakah BSN-UUM Al-Aiman MasterCard Gold diterima di seluruh dunia?

chevron-down

Ya, kad ini diterima dan diiktiraf di seluruh dunia, termasuk kemudahan pengeluaran tunai melalui ATM dengan logo MasterCard/Cirrus.

Bagaimana untuk menebus mata ganjaran?

chevron-down

Anda boleh menebus mata ganjaran melalui portal BSN atau dengan menghubungi talian khidmat pelanggan BSN.

Apakah pelan kewangan yang ditawarkan bersama kad ini?

chevron-down

Kad kredit BSN-UUM Al-Aiman MasterCard Gold menawarkan pelan-pelan berikut:

Ada soalan tambahan berhubung BSN-UUM Al-Aiman MasterCard Gold?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk menanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Langgan
Maklumkan

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Penafian:

Maklumat berhubung BSN-UUM Al-Aiman MasterCard Gold adalah terkini pada tarikh 17/06/2024. Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menghubungi khidmat pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Bank Simpanan Nasional (BSN)

Bank Simpanan Nasional

Bank Simpanan Nasional (BSN)

Bank Simpanan Nasional diperbadankan pada 1 Disember 1974 oleh Kementerian Kewangan di bawah Tengku Razaleigh Hamzah, iaitu Menteri Kewangan Malaysia pada penggal tersebut. Dirasmikan oleh YAB Tun Haji Abdul Razak, …

Baca selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad Kredit AmBank BonusLink Visa Gold

Kad ini dicipta khusus kepada mereka inginkan mata ganjaran BonusLink. Dapatkan sehingga 30 BonusLink Points…

Citibank Citi Rewards Mastercard

Kad Kredit Citi Rewards Mastercard dari Citibank ini menawarkan sehingga 5 mata ganjaran untuk setiap…

ICBC Visa Platinum

ICBC Visa Platinum menawarkan ciri keistimewaan VISA dengan transaksi dwi mata wang. Setiap transaksi yang…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…