AmBank Visa Signature

Dapatkan tawaran dan keistimewaan eksklusif dengan kad kredit AmBank Visa Signature

Kad kredit AmBank Visa Signature 
badge-percent
Kadar faedah
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM6666
stars
Ciri utama
3x mata ganjaran AmBonus, perlindungan insurans perjalanan, ciri-ciri premium
square-list
Pelan kad kredit
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave

Kad kredit AmBank Visa Signature adalah kad kredit premium untuk mereka yang ingin gaya hidup eksklusif. Kad ini menawarkan ganjaran dan keistimewaan perjalanan dengan fleksibiliti kewangan. Sama ada anda ingin merancang percutian mewah, berbelanja di pedagang eksklusif, atau ingin mengurus perbelanjaan harian – kad ini boleh memenuhi keperluan anda.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit AmBank Visa Signature

  • Mata Ganjaran: Dapatkan mata ganjaran AmBonus dengan setiap transaksi runcit di dalam dan luar negara, dan tebus untuk baucar dan barangan, atau tukar kepada mata AirMiles.
  • Keistimewaan Perjalanan: Nikmati perlindungan insurans perjalanan percuma, akses ke Plaza Premium Lounge, perkhidmatan Visa Concierge, dan tawaran perjalanan eksklusif sepanjang tahun.
  • Kelebihan Golf: Nikmati pengalaman golf percuma untuk anda dan tetamu di padang golf yang mengambil bahagian.
  • Apple Pay dan Google Pay: Urusan bayaran lebih mudah dengan sokongan Google Pay dan Apple Pay.
  • Keistimewaan Eksklusif: Dapatkan pelbagai diskaun dan tawaran hebat di pedagang yang mengambil bahagian, termasuk diskaun menjamu selera di kelab terpilih.
  • Pelan Kewangan: Guna kelebihan pelan bayaran ansuran mudah dan pelan ansuran tunai yang ditawarkan bersama kad kredit AmBank Visa Signature.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM6666 Sebulan atau RM80000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan pengenalan diri (MyKad/Pasport).
  • Dokumen bukti pendapatan (slip gaji/penyata komisen/resit bayaran cukai).
  • Dokumen berkaitan jika diminta oleh pihak AmBank.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) RM188
Percuma untuk 3 kad tambahan pertama. Kad seterusnya dikenakan yuran tahunan.
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM50 atau 5% dari amaun tertunggak. Yang mana lebih tinggi.
Caj Lewat Bayar RM10 atau 1% dari amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100.
Had Pendahuluan Tunai Harian Tiada
Caj Pendahuluan Tunai RM50 atau 5% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Maklumat Tambahan

  • Kad ini juga ditawarkan dalam bentuk kad kredit Islamik iaitu AmBank Islamic Visa Signature-i dengan ciri dan keistimewaan yang sama.
  • Anda boleh menggunakan kad AmBank Visa Signature untuk AmBank AutoBillPay – buat bayaran bil utiliti dan insurans secara automatik setiap bulan.

Cara Mohon AmBank Visa Signature

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berminat untuk mendapatkan kad kredit AmBank Visa Signature?

Mohon Dalam Talian

  1. Layari laman web AmBank.
  2. Isi maklumat pada borang yang disediakan dan hantar permohonan.

Klik untuk ke laman web AmBank.

Mohon Melalui Aplikasi Amonline

Untuk pelanggan AmBank, anda boleh menggunakan sistem AmOnline untuk mohon.

  1. Buka sistem AmOnline dan pilih “Quick Actions”.
  2. Pilih “Apply for More Services” > “Get Credit Card” > “Get a New Credit Card”.
  3. Pilih kad AmBank Visa Signature dan mohon.

Klik untuk ke laman web AmOnline

Mohon Melalui Cawangan

  1. Kunjungi cawangan AmBank terdekat.
  2. Lengkapkan borang permohonan kad kredit dan hantar.

Klik untuk lihat senarai cawangan AmBank

Khidmat Pelanggan

Ada pertanyaan lanjut berhubung kad kredit AmBank Visa Signature? Guna saluran berikut untuk menghubungi pihak AmBank berhubung pertanyaan anda.

Soalan Lazim

Pertanyaan

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit AmBank Visa Signature

Berapakah jumlah mata ganjaran yang ditawarkan oleh kad kredit AmBank Visa Signature?

chevron-down

Kad ini menawarkan 3x mata ganjaran AmBonus dengan setiap RM1 untuk transaksi runcit di luar negara, dan 1x mata dengan setiap RM1 untuk transaksi runcit di dalam negara.

Bagaimana untuk menebus mata ganjaran AmBonus yang terkumpul?

chevron-down

Anda boleh menebus mata AmBonus melalui senarai barangan dan perkhidmatan pada katalog AmBonus Rewards.

Berapakah nilai perlindungan insurans perjalanan yang diberikan?

chevron-down

Kad kredit ini menawarkan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1,000,000 termasuk perlindungan untuk kesulitan perjalanan seperti terlepas dan kelewatan penerbangan, dan kehilangan dan kelewatan bagasi.

Berapa kali saya boleh mengakses Plaza Premium Lounge secara percuma?

chevron-down

Anda boleh mengakses Plaza Premium Lounge secara percuma dengan kad AmBank Visa Signature sebanyak 6 kali setahun dengan syarat anda berbelanja tidak kurang daripada RM1,000 pada bulan sebelumnya, atau pada bulan seterusnya.

Apakah pelan kewangan yang ditawarkan bersama kad kredit AmBank Visa Signature?

chevron-down

Ada soalan tambahan berhubung AmBank Visa Signature?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk menanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Langgan
Maklumkan

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Penafian:

Maklumat berhubung AmBank Visa Signature adalah terkini pada tarikh 17/06/2024. Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi AmBank (M) Berhad atau menghubungi khidmat pelanggan AmBank (M) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang AmBank (M) Berhad

Ambank (M) Berhad

AmBank (M) Berhad

Ambank (M) Berhad adalah institusi kewangan di bawah AmBank Group – sebuah institusi kewangan yang terkenal di Malaysia. AmBank Group telah disenaraikan di Bursa Saham Malaysia pada tahun 1988, dan …

Baca selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad Kredit AmBank BonusLink Visa Gold

Kad ini dicipta khusus kepada mereka inginkan mata ganjaran BonusLink. Dapatkan sehingga 30 BonusLink Points…

Citibank Citi Rewards Mastercard

Kad Kredit Citi Rewards Mastercard dari Citibank ini menawarkan sehingga 5 mata ganjaran untuk setiap…

ICBC Visa Platinum

ICBC Visa Platinum menawarkan ciri keistimewaan VISA dengan transaksi dwi mata wang. Setiap transaksi yang…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…