Affin Duo+ Visa

Dapatkan pulangan tunai setiap bulan dengan yuran tahunan percuma

Kad kredit Affin Duo+ Visa
badge-percent
Kadar faedah
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
RM100
Percuma untuk 3 tahun pertama. Tahun berikutnya yuran diketepikan untuk 12 kali transaksi
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM4000
stars
Ciri utama
3% pulangan tunai (cashback), 3 tahun yuran tahunan percuma
square-list
Pelan kad kredit
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave

Kad kredit Affin Duo+ Visa adalah sebuah kad fleksibel untuk mereka yang inginkan lebih nilai dengan setiap perbelanjaan. Baca lebih lanjut tentang kelebihan yang ditawarkan oleh kad ini, syarat kelayakan, dan cara untuk mohon, supaya anda dapat buat keputusan yang lebih berinformasi.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Affin Duo+ Visa

  • 3% Pulangan Tunai (cashback): Dapatkan pulangan tunai untuk setiap transaksi tanpa sentuh (contactless). Pulangan tunai dihadkan kepada RM100 setiap untuk baki RM8,000 ke atas, dan RM50 untuk baki RM8,000 ke bawah.
  • 3 Tahun Yuran Tahunan Percuma: Nikmati penjimatan untuk 3 tahun pertama. Tahun berikutnya pula yuran dikecualikan untuk 12x swipe.
  • Pelan Pindahan Baki: Pindahkan dan satukan hutang kad kredit anda dengan Affinbank Balance Transfer Instalment Plan (BTiP).
  • Pelan Bayaran Ansuran: Tukar belian tunai anda kepada bayaran ansuran dengan Affinbank Fixed Payment Plan (FPP).
  • Pelan Ansuran Tunai: Dapatkan wang tunai segera dengan Affinbank Cash-On-Call Instalment Plan (CIP).

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM4000 Sebulan atau RM48000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Dokumen Yang Diperlukan

  • Dokumen pengenalan diri (MyKad/Pasport).
  • Bukti pendapatan (slip gaji/penyata akaun bank/penyata komisen).
  • Dokumen tambahan yang mungkin diperlukan oleh pihak Affin Bank.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) RM100
Percuma untuk 3 tahun pertama. Tahun berikutnya yuran diketepikan untuk 12 kali transaksi
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) RM50
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum Bayaran penuh
Caj Lewat Bayar RM10 atau 1% dari amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100.
Had Pendahuluan Tunai Harian Tiada
Caj Pendahuluan Tunai RM20 atau 5% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Maklumat Tambahan

  • Pulangan tunai (cashback) dikecualikan untuk transaksi berkaitan badan kerajaan dan transaksi amal.
  • Affin Duo+ Visa juga ditawarkan dalam bentuk kad kredit Islamik (Affin Duo+ i Visa).

Cara Mohon Affin Duo+ Visa

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berminat untuk mohon kad kredit Affin Duo+ Visa? Ikuti langkah berikut:

Mohon dalam talian:

  1. Kunjungi laman web Affin Always.
  2. Pilih Personal > My Cards.
  3. Pilih Kad Affin Duo+ dan klik butang “Apply Now”.
  4. Lengkapkan butiran yang diperlukan dan hantar.

Klik untuk mengunjungi laman web Affin Always.

Melalui cawangan:

  1. Kunjungi cawangan Affin Bank berdekatan.
  2. Dapatkan borang permohonan, lengkapkan, dan hantar bersama dokumen berkaitan.

Klik untuk lihat senarai cawangan Affin Bank Berhad.

Khidmat Pelanggan

Ada soalan lanjut berhubung kad kredit Affin Duo+ Visa? Guna saluran berikut untuk menghubungi pihak Affin Bank.

Soalan Lazim

Pertanyaan

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Affin Duo+ Visa

Bilakah pulangan tunai (cashback) yang terkumpul akan dikreditkan?

chevron-down

Pulangan tunai akan dikreditkan pada setiap tarikh penyata kad kredit Affin Duo+ Visa dan akan dipaparkan di penyata semasa.

Apakah yang dimaksudkan dengan transaksi tanpa sentuh (contactless transaction)?

chevron-down

Transaksi tanpa sentuh atau contactless payment merujuk kepada transaksi yang dilakukan dengan menyentuh kad kredit Affin Duo+ Visa anda pada alatan pembaca kad tanpa perlu memasukkan atau “swipe”.

Bagaimanakah untuk layak mendapatkan 3 tahun yuran tahunan percuma?

chevron-down

Yuran tahunan dikecualikan secara automatik untuk 3 tahun pertama – anda tidak perlu buat apa-apa untuk mendapatkan kelebihan ini.

Apakah pelan kewangan kad kredit yang ditawarkan bersama kad kredit Affin Duo+ Visa?

chevron-down

Anda boleh menggunakan pelan pindahan baki Affinbank Balance Transfer Instalment Plan (BTiP), pelan bayaran ansuran mudah Affinbank Fixed Payment Plan (FPP), atau pelan ansuran tunai Affinbank Cash-On-Call Instalment Plan (CIP).

Ada soalan tambahan berhubung Affin Duo+ Visa?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk menanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Langgan
Maklumkan

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Penafian:

Maklumat berhubung Affin Duo+ Visa adalah terkini pada tarikh 17/06/2024. Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi Affin Bank Berhad atau menghubungi khidmat pelanggan Affin Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Affin Bank Berhad

Affin Bank Berhad

Affin Bank Berhad

Affin Bank Berhad atau lebih dikenali sebagai AFFINBANK adalah anak syarikat Affin Holdings yang disenaraikan di Bursa Saham Malaysia.  Affin Bank memulakan perkhidmatan perbankan pada Januari 2001 hasil daripada gabungan …

Baca selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad Kredit AmBank BonusLink Visa Gold

Kad ini dicipta khusus kepada mereka inginkan mata ganjaran BonusLink. Dapatkan sehingga 30 BonusLink Points…

Citibank Citi Rewards Mastercard

Kad Kredit Citi Rewards Mastercard dari Citibank ini menawarkan sehingga 5 mata ganjaran untuk setiap…

ICBC Visa Platinum

ICBC Visa Platinum menawarkan ciri keistimewaan VISA dengan transaksi dwi mata wang. Setiap transaksi yang…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…