Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) Bantu Peminjam B50

calendar-pen
Dikemaskini pada: 21/12/2023
alarm-clock
Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS)

Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan akan dilaksanakan oleh institusi perbankan untuk membantu peminjam kumpulan B50.

Program URUS yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini akan mula menerima permohonan pada 15 November 2021 hingga 31 Januari 2022. Program ini akan menawarkan bantuan bayaran balik pinjaman yang komprehensif kepada peminjam pinjaman bank yang terjejas. Bantuan ini layak diterima untuk kumpulan B50 dan B40, iaitu berpendapatan kasar isi rumah (gross household income) kurang dari RM5,880 sebulan.

Bantuan yang ditawarkan oleh Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS)

Antara bantuan yang akan ditawarkan oleh Program URUS ialah pengecualian faedah tiga bulan, pengurangan bayaran ansuran sehingga 24 bulan, dan pengurangan kadar faedah.

Dato Seri Ismail Sabri menyatakan bahawa pelanggan dengan pinjaman peribadi dan pengguna kad kredit juga akan beroleh manfaat dari program ini dengan pengurangan kadar faedah yang ditawarkan. Menurut beliau lagi, Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) dihasilkan dari kerjasama oleh sektor perbankan dengan  Bank Negara Malaysia (BNM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Sementara itu, AKPK dan beberapa organisasi perbankan lain menyatakan bahawa dianggarkan institusi perbankan akan memperuntukkan sejumlah RM1 billion sebagai dana untuk program ini.

Syarat Kelayakan Mohon Program URUS

Kenyataan ini secara tidak langsung mengesahkan bahawa Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) ini akan ditawarkan kepada individu yang sedang menjalani program bantuan bayaran balik seperti Program Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (TRA), PEMERKASA Plus, PEMULIH, dan sebarang program oleh penstrukturan bayaran balik oleh bank.

Pihak AKPK juga telah menyenaraikan kriteria yang perlu dipenuhi untuk memohon program ini.

  • Kumpulan B50 iaitu pendapatan kasar seisi rumah RM5,880 ke bawah seperti yang disahkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
  • Kehilangan punca pendapatan, atau pendapatan terjejas sekurang-kurangnya 50% daripada pendapatan asal.
  • Tidak mempunyai tunggakan lebih 90 hari untuk pinjaman atau pembiayaan dari tarikh permohonan.

Pemohon yang tidak berdaftar untuk Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang ingin mohon pula diwajibkan untuk mengemukakan bukti apabila memohon menerusi bank yang terlibat.

Sekiranya permohonan berjaya, pihak AKPK akan menyediakan pelan khas untuk pemohon dengan mengambil kira keadaan kewangan dan keupayaan pemohon untuk memenuhi tanggungjawab kewangan mereka.

share-nodes
Kongsi
Team Pinjaman Peribadi Malaysia

Team Pinjaman Peribadi Malaysia

Team Pinjaman Peribadi Malaysia komited untuk memberikan maklumat tepat dan terkini berkaitan kewangan peribadi, seperti pinjaman, kad kredit, dan pengurusan kewangan di Malaysia. Kami ingin memperkasakan anda dengan ilmu untuk buat keputusan dengan bijak supaya memenuhi keperluan kewangan anda. Dapatkan panduan, artikel, dan alatan yang boleh membantu anda dalam dunia kewangan peribadi di Malaysia melalui laman web ini.
Tinggalkan Komencomments

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Langgan
Maklumkan

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments