Pinjaman Koperasi Tentera adalah pelan pembiayaan Islamik yang ditawarkan oleh Koperasi Angkatan Tentera Malaysia, juga dikenali sebagai KT. Pelan ini adalah pelan pembiayaan Islamik sepenuhnya dan dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pembiayaan peribadi tanpa penjamin dan pembiayaan peribadi berpenjamin.
Pembiayaan peribadi tanpa penjamin (Personal financing without guarantor) menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM100,000 dengan tempoh antara 6 bulan hingga 10 tahun. Caj perkongsian kadar keuntungan yang dikenakan ialah 3.65% setahun (p.a). Pelan ini ditawarkan kepada anggota tentera dan juga kakitangan kerajaan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) yang memegang jawatan tetap dan telah disahkan perkhidmatan.
Pembiayaan peribadi berpenjamin (Personal financing with guarantors) pula menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM200,000 juga dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Caj perkongsian kadar keuntungan yang dikenakan sedikit tinggi iaitu bermula dari 5.65% setahun (p.a). Syarat kelayakan yang dikenakan untuk pelan berpenjamin ialah jumlah pinjaman yang dimohon tidak lebih daripada 20 kali gaji kasar, atau tidak melebihi 60% potongan – yang lebih rendah.
Pinjaman tanpa penjamin adalah pinjaman tidak bercagar. Oleh itu anda tidak perlu sediakan cagaran atau penjamin untuk mohon. Pinjaman berpenjamin pula memerlukan anda memperkenal penjamin sebagai salah satu syarat kelayakan permohonan.
Kedua-dua pinjaman koperasi tentera ini mengenakan caj yuran bulanan bergantung kepada jumlah pinjaman yang dimohon. Yuran sebanyak RM30 dikenakan untuk pinjaman RM15,000 ke bawah, dan yuran sebanyak RM40 dikenakan untuk jumlah RM15,000 ke atas. Anda juga perlu membayar beberapa caj perkhidmatan sekiranya permohonan anda lulus.
Baca lebih lanjut tentang pelan pinjaman ini pada maklumat di bawah seperti syarat kelayakan lengkap, dokumen diperlukan, jadual pinjaman, caj dikenakan dan bagaimana untuk mohon pinjaman koperasi tentera online.