KOBETA Cash-i adalah pelan pinjaman peribadi daripada Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (KOBETA). KOBETA adalah koperasi sah yang berdaftar di bawah Akta Koperasi Malaysia 1993 (Akta 502) dan mempunyai lebih dari 20,000 ahli pada masa sekarang.
Pembiayaan peribadi ini adalah pembiayaan peribadi Islamik dan tidak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu memperkenalkan penjamin atau menyediakan cagaran untuk mohon pinjaman ini.
KOBETA menawarkan pinjaman ini kepada mereka yang berkhidmat di sektor awam, iaitu kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (Government Linked Companies), dan juga kakitangan badan-badan berkanun.
Syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon KOBETA Cash-i pula adalah anda perlu berumur tidak kurang dari 21 tahun dan telah berkhidmat lebih dari 6 bulan dengan pendapatan bulanan gaji kasar RM1,500 ke atas.
Pinjaman ini menawarkan jumlah pembiayaan yang sangat tinggi, iaitu sehingga RM250,000 dengan tempoh pembiayaan maksimum sehingga 10 tahun. Caj kadar keuntungan tahunan yang dikenakan pula adalah serendah 5.99% p.a. Caj ini adalah antara yang terendah untuk pembiayaan peribadi Islamik di negara kita.
Pihak KOBETA juga membuka permohonan pinjaman ini kepada mereka yang telah disenaraihitamkan di laporan CTOS mereka.
Baca lebih lanjut tentang kelebihan pinjaman ini, syarat kelayakan lengkap untuk mohon, dokumen yang diperlukan, jadual bayaran ansuran bulanan, caj dan fi yang dikenakan sekiranya permohonan anda lulus, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara atas talian (online) tanpa perlu mengunjungi pejabat KOBETA.