PEMULIH 2021 – Senarai Penuh & Maklumat Lengkap

calendar-pen
Dikemaskini pada: 21/12/2023
alarm-clock
Pakej Pemulihan Rakyat dan Ransangan Ekonomi 2021

Mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi terbaru pada bulan Jun yang lepas. Pakej ini dikenali sebagai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Pakej ini diumumkan sebagai salah satu usaha untuk meringankan beban rakyat yang terkesan oleh pandemik Covid-19 yang masih melanda negara. 

Pakej rangsangan PEMULIH ini dianggarkan bernilai RM380 billion dengan menumpukan kepada tiga fokus utama, iaitu meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, menyokong perniagaan, dan meningkatkan kadar vaksinasi.

Ketiga-tiga faktor ini adalah untuk memulihkan kembali ekonomi negara yang telah terjejas teruk akibat wabak pandemik ini. Pakej ini juga adalah pakej bantuan terbesar sejak pakej prihatin nasional yang diumumkan pada Mac tahun lalu.

Walaupun pakej ini telah lama diumumkan, saya dapati sukar untuk mendapat maklumat secara terperinci dan bersusun tentang pakej ini. Oleh itu saya telah mengambil inisiatif untuk memperincikan bantuan dan program yang terkandung di dalam pakej ini secara tersusun supaya lebih mudah difahami.

Semoga panduan ini boleh dijadikan rujukan lengkap bagi mereka yang masih kurang memahami tentang pakej rangsangan ekonomi ini.

Fokus Pertama – Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat

Fokus Pertama – Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat

Selari dengan agenda prihatin rakyat oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang terjejas oleh pandemik ini, fokus pertama yang ditekankan oleh pakej PEMULIH adalah untuk meneruskan agenda ini. Bantuan tambahan akan ditawarkan oleh pakej perlindungan rakyat ini dalam bentuk kewangan, elaun, latihan, subsidi, dan program harga kawalan.

Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Bantuan Khas Covid-19 (BKC)
Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Bantuan Khas Covid-19 atau BKC adalah pakej bantuan tunai yang diperkenalkan dalam pakej PEMULIH 2021. Bantuan ini dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu:

  1. Miskin Tegar
    Isi rumah miskin tegar akan menerima bantuan berjumlah RM1300, iaitu RM500 pada bulan Ogos dan November, dan RM300 pada bulan Disember. Individu bujang pula akan menerima bantuan kewangan berjumlah RM500, iaitu RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November.
  2. B40
    Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan berjumlah RM800, iaitu RM500 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan Disember. Individu bujang pula akan menerima RM200 pada bulan Ogos.
  3. M40
    Isi rumah dalam kategori M40 akan menerima bantuan berjumlah RM250, dan individu bujang kategori ini akan menerima RM100 menerusi pakej BKC ini.

Pakej yang dilancarkan dengan peruntukan sebanyak 4.6 billion ini dijangka akan memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah, individu bujang, dan warga emas.

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan (PEMERKASA+)

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan (PEMERKASA+)
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan (PEMERKASA+)

Program BPR 2021 yang masih berlangsung akan menerima tambahan RM500 melalui Pakej PEMULIH 2021 pada bulan Julai.

Bantuan tunai BPR fasa ketiga berjumlah RM100 hingga RM1,400 akan dibayar pada bulan September. Ini termasuk bayaran untuk kes yang telah lulus Rayuan BPR.

Dianggarkan jumlah keseluruhan pakej Bantuan Prihatin Rakyat adalah berjumlah RM4.9 billion.

Bantuan Kehilangan Pendapatan

Bantuan Kehilangan Pendapatan
Bantuan Kehilangan Pendapatan

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta untuk membantu individu yang kehilangan pekerjaan akibat wabak Covid-19. Dianggarkan sebanyak 1 juta telah kehilangan pekerjaan semasa pandemik ini.

Bantuan ini akan disalurkan kepada mereka yang layak berdasarkan data daripada KWSP dan PERKESO untuk tahun 2021.

Mereka yang layak akan menerima Bantuan Kehilangan Pendapatan ini berjumlah sebanyak RM500 bermula pada bulan Oktober 2021. 

Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

Elaun Mencari Pekerjaan
Elaun Mencari Pekerjaan

Elaun ini telah diperkenalkan menerusi Belanjawan 2021 yang lalu khusus untuk pekerja yang kehilangan pekerjaan dan mencarum dengan PERKESO.

Walau bagaimanapun, sempena Pakej PEMULIH 2021, elaun ini telah diperluaskan kepada golongan bukan pencarum PERKESO, dan juga graduan baru, lepasan sekolah, dan pekerja sektor tidak formal.

Kumpulan ini boleh mendaftar di bawah platform MYFutureJobs. Sekiranya layak mereka akan menerima elaun sekurang-kurangnya RM300.

Place and Train Janapreneur

Program Janapreneur
Program Janapreneur

Program Janaprenuer di bawah HRD Corp akan menerima suntikan sebanyak RM125 juta untuk melaksanakan inisiatif Place and Train. Program ini akan membuka peluang kepada lebih 30,000 individu, terutama kepada belia lepasan sekolah dan graduan.

Mereka yang mengikuti program latihan ini akan diberikan jaminan pekerjaan selepas tamat latihan.

Selain itu pihak MDEC juga akan memperkasakan program eRezeki dan GLOW untuk membantu 20,000 golongan pekerja dalam ekonomi gig yang semakin meningkat.

Program Bakul Makanan

Program Bakul Makanan
Program Bakul Makanan

Prihatin dengan kesusahan rakyat yang menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan harian terutama makanan, pakej PEMULIH 2021 memperkenalkan bantuan Program Bakul Makanan. Program ini memperuntukkan sebanyak RM300,000 kepada semua ahli Parlimen, termasuk ahli Parlimen Pembangkang dan RM10 juta untuk masyarakat orang asli.

Subsidi Bahan Api

Subsidi Bahan Api
Subsidi Bahan Api

Sebagai langkah untuk terus meringankan beban rakyat, sebanyak lebih daripada RM6 billion telah diperuntukkan sebagai subsidi bahan api untuk menampung harga runcit petrol RON95, diesel dan LPG.

Program Harga Kawalan Minyak Masak

Program Harga Kawalan Minyak Masak
Program Harga Kawalan Minyak Masak

Program ini melibatkan kawalan harga minyak masak botol 1kg hingga 5 kilogram. Program Harga Kawalan ini akan berpandukan nilai ambang (passing grade) atau harga paling rendah mengikut harga minyak sawit mentah, Crude Palm Oil (CPO). Contohnya harga siling bagi minyak masak 5kg ditetapkan ialah RM30 oleh itu harga minyak masak 5kg yang dijual mestilah tidak boleh melebihi RM30 sebotol.

Peruntukan sebanyak RM1 billion juga telah diperuntukkan untuk mengawal harga bagi pek polibeg 1 kilogram minyak masak. Kawalan harga ini adalah untuk memastikan harga jualan masih bersubsidi dengan harga RM2.50 bagi 1 kilogram.

Perluasan Khidmat Sokongan Psikososial

Perluasan Khidmat Sokongan Psikososial
Perluasan Khidmat Sokongan Psikososial

Khidmat Sokongan Prikososial ini bagi menangani masalah sosial seperti tekanan mental dan emosi. Kerajaan akan memperuntukkan RM15 juta ringgit dan akan disalurkan kepada badan-badan bukan Kerajaan atau NGO. Sokongan psisososial akan diperluaskan seperti talian kasih untuk Aduan Masyarakat 15999 atau melalui aplikasi WhatsApp 019 2615999 yang di kendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Dengan penglibatan lebih badan-badan bukan kerajaan dan NGO selepas ini mungkin akan memberi keberkesanan yang lebih dan meluas. Seterusnya membantu kerajaan menangani isu-isu sosial seperti kesihatan mental, gelandangan dan masalah sosial yang lain di peringkat komuniti.

Rebat/Diskaun Bil Elektrik

Kerajaan bakal menanggung kos tambahan sebanyak 1bilion ringgit bagi  melaksanakan Rebat/Diskaun Bil Elektrik ini.

Diskaun Bil Elektrik Kepada Pengguna Domestik

Diskaun Bil Elektrik Kepada Pengguna Domestik
Diskaun Bil Elektrik Kepada Pengguna Domestik

Diskaun Bil elektrik akan diberikan antara 5% hingga 40% mengikut kadar penggunaan elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt/jam sebulan. Diskaun ini akan diberikan dalam tempoh 3 bulan mulai bil bulan Julai 2021 hingga September 2021. Keseluruhannya rakyat akan mendapat diskaun sebanyak RM345 juta ringgit.

Jadual di bawah menunjukkan kadar penggunaan dan peratus diskaun:

<200 kwjDiskaun 40%
201-300 kwjDiskaun 15%
301- 600 kwjDiskaun 10%
601-900kwjDiskaun 5%

Diskaun Bil Elektrik Kepada Bukan Domestik

Diskaun Bil Elektrik Kepada Bukan Domestik
Diskaun Bil Elektrik Kepada Bukan Domestik

Bagi sektor-sektor ekonomi yang terkesan juga turut bakal mendapat diskaun sebanyak 10% selama 6 bulan iaitu mulai Julai 2021 sehingga Disember 2021. Sektor-sektor terkesan ini ialah seperti pengendali hotel, taman-taman tema, pusat konvensyen, pusat membeli belah, pejabat syarikat pelancongan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan.

1GB Data Harian Percuma

1GB Data Harian Percuma
1GB Data Harian Percuma

1GB data harian ini akan dinikmati oleh 44juta pengguna yang dianggarkan bernilai RM500 juta. Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara telah bersetuju melanjutkan pemberian 1GB data harian secara percuma sehingga 31 Disember 2021. Kemudahan Internet boleh dianggap suatu utiliti asas ketika ini kerana semua aktiviti harian rakyat Malaysia kini sangat bergantung kepada capaian Internet. Kini pekerjaan, pembelajaran, perkhidmatan kerajaan dan aktiviti membeli belah turut melibatkan penggunaan Internet.

Perluasan Inisiatif Bank Bergerak

Perluasan Inisiatif Bank Bergerak
Perluasan Inisiatif Bank Bergerak

Kerajaan bakal menawarkan kira-kira RM18 Juta bagi merealisasikan Bank Bergerak di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Perkhidmatan bank bergerak ini telah dilancarkan di Sarawak, manakala Bank Simpanan Nasional akan mula beroperasi secara bergerak ini di Sabah pada bulan Julai 2021. Perkhidmatan Bank Bergerak ini akan melibatkan 250 kawasan dan mukim luar bandar. Pengguna boleh melakukan urusan seperti pembukaan akaun, penyimpanan, pengeluaran dan pemindahan wang, pembayaran bil serta perbankan digital.

Fokus Kedua – Menyokong Perniagaan

Pemulih Fokus Kedua – Menyokong Perniagaan

Memandangkan masih banyak premis perniagaan masih tidak boleh beroperasi sepenuhnya, oleh itu,  Fokus kedua dalam pakej Pemulih ini adalah disasarkan kepada para peniaga. Kerajaan bakal menyalurkan beberapa bantuan untuk menjamin kelangsungan perniagaan. Antara pendekatan yang akan ditambah baik ialah mengurangkan kos tanggungan majikan, menyokong usaha digitalisasi, memberi kemudahan bantuan kewangan dan insentif percukaian, menyediakan fasiliti pembiayaan dan meneruskan insentif penggajian.

Gerak Khas Prihatin (GKP) 3.0 dan 4.0

Gerak Khas Prihatin (GKP) 3.0 dan 4.0
Gerak Khas Prihatin (GKP) 3.0 dan 4.0

Kerajaan telah memperuntukkan RM5.1 bilion untuk Inisiatif Gerak Khas Prihatin (GKP). Tujuan utama ialah menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival kepada kalangan peniaga kecil terutama bagi aktiviti yang tidak boleh beroperasi.

GKP 3.0, penerima yang layak telah menerima bayaran RM1000 pada Jun dan RM500 pada Julai ini. Kerajaan telah bersetuju menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0 dan akan disalurkan kepada penerima yang layak sebanyak RM500 pada September 2021 dan RM500 pada November 2021. GKP 4.0 ini dijangka akan memanfaatkan 1 juta PKS Mikro.

Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 

Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 
Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 

Program Subsidi Upah (PSU) sebelum ini telah membantu majikan membayar bagi kepada anggaran  2.7 juta pekerja yang menelan perbelanjaan lebih RM15 bilion. Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan program ini iaitu Program Subsidi Upah PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion lagi.

PSU 4.0 ini dijangka akan memanfaatkan 2.5 juta pekerja. Kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar RM600 seorang selama 4 bulan. PSU 4.0 tidak mensyaratkan kepada pekerja bergaji 4 ribu ke bawah sahaja tetapi terbuka untuk yang bergaji 4000 dan ke atas. 2 bulan pertama akan dilayakkan kepada majikan dari pelbagai sektor dan 2 bulan seterusnya adalah khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa 3 nanti.

Pengecualian Levi HRD Corp

Pengecualian Levi HRD Corp
Pengecualian Levi HRD Corp

Pembayaran Levi Pembangunan Sumber Manusia adalah di kecualikan selama 2 bulan secara automatik khas buat majikan yang tidak dapat beroperasi semasa PKP. Manakala pengecualian dilanjutkan lagi sehingga 31 Disember 2021 kepada majikan dari sektor-sektor yang baharu yang tersenarai di dalam Akta Perbadanan Sumber Manusia Berhad 2001. Pengecualian Levi HRD Corp ini bernilai lebih kurang RM425 juta.

Program PenjanaKerjaya 3.0 PERKESO

Program PenjanaKerjaya 3.0 PERKESO
Program PenjanaKerjaya 3.0 PERKESO

Program PenjanaKerjaya sebelum ini akan berakhir pada Jun 2021. Program ini ialah untuk para pekerja yang terkesan dan pencari kerja demi mengurangkan pengangguran. Majikan menerima insentif kewangan bagi menyediakan peluang pekerjaan baharu. Program PenjanaKerjaya akan dapat mencipta pekerjaan, menawarkan latihan dan meningkatkan pendapatan pekerja. Pelaksanaan sebelum ini telah berjaya menyediakan lebih 243,000 peluang pekerjaan baharu dari Januari sehingga Jun 2021. RM170 juta telah disalurkan yang melibatkan lebih dari 10,600 majikan dan sehingga 75, 800 pekerja.

Keberkesanan program ini menyebabkan kerajaan bersetuju untuk melanjutkan lagi Program PenjanaKerjaya 3.0. Program PenjanaKerjaya 3.0 akan mengekalkan PenjanaKerja 2.0 dengan beberapa penambahbaikan iaitu:

  • Mengurangkan had kelayakan gaji daripada RM1,500 kepada RM1,200 bagi program Malaysianisation untuk mendorong majikan memilih pekerja tempatan berbanding pekerja asing.
  • Tempoh kontrak penggajian dikurangkan dari 12 bulan ke 6 bulan bagi pekerja berusia 50 tahun ke atas, OKU dan bekas banduan.
  • Program KerjayaGIG dengan membenarkan pengambilan pekerja sementara dan pekerja gig bagi golongan penganggur tegar iaitu penganggur yang telah menganggur melebihi 6 bulan. Dalam program ini juga, pekerja akan menerima RM600 selama maksimum 6 bulan.
  • Menyediakan insentif penempatan pekerjaan oleh agensi pekerjaan swasta dengan kadar RM200 dan RM300.

Majikan boleh mula membuat pendaftaran PenjanaKerjaya 3.0 di laman sesawang PERKESO mulai 15 Julai 2021 di pautan berikut https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/.

Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK)

Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK)
Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK)

Platform e-Dagang telah melonjak dengan besarnya ketika pandemik ini. Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) ialah untuk menyokong agenda digitalisasi di samping meningkatkan transaksi tanpa tunai. Oleh itu kerajaan mahu meningkatkan penglibatan golongan perusahaan kecil dan sederhana untuk turut serta meluaskan pasaran ke arah digitalisasi. Kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk PKS dan RM200 juta untuk PKS Mikro.

  1. Kempen Shop Malaysia Online dan Go-eCommerce Onboarding akan diteruskan.

Kerajaan menyasarkan program ini kepada 300 000 peniaga mikro supaya dapat beralih ke perniagaan dalam talian dengan menggunakan sistem e-tunai.

  1. SME Digitalisasion Grant

RM100 juta lagi di bawah SME Digitalisasion Grant kepada usahawan PKS bagi mendapatkan geran padanan sehingga RM5000 bagi tujuan membeli sistem atau langganan digital platform.

  1. Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil SKMM

PKS mikro juga digalakkan menyertai platform e-dagang melalui Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang diterajui oleh SKMM. Bagi Usahawan luar bandar pula, akan mendapat bantuan kerjasama oleh penyedia platform digital, syarikat telekomunikasi dan Pusat Internet Komuniti.

  1. Program Digitalisasi dan Transformasi Sektor Pertanian

Program ini akan melibatkan usahawan tani dari luar bandar supaya dapat menggunakan teknologi yang terkini. Program ini adalah kerjasama MDEC, manakala Pertubuhan Peladang Kawasan akan mengenal pasti petani yang sesuai dan berpotensi untuk bertukar ke platform teknologi baharu ini.

Menyokong Industri Seni dan Kreatif Tempatan

Menyokong Industri Seni dan Kreatif Tempatan
Menyokong Industri Seni dan Kreatif Tempatan

Kerajaan turut mendengar keluhan golongan penggiat seni dan karyawan tempatan yang terkesan akibat pandemik ini. Oleh itu, para karyawan, artis, pemuzik, pelakon, penggiat teater, penulis dan krew produksi bakal menerima bantuan berupa sokongan kewangan dan kemudahan pembiayaan. Kerajaan bakal memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi menampung insentif ini termasuk insentif penghasilan karya dan kandungan digital. Intensif ini juga termasuk dalam menambah peluang kerjaya, program untuk meningkatkan kemahiran, caruman PERKESO dan perolehan yang berkaitan produksi televisyen, radio dan mencipta lagu. Bantuan ini dianggarkan bakal diterima oleh lebih 8000 para penggiat seni tanah air.

Bantuan Khas Taska

Bantuan Khas Taska
Bantuan Khas Taska

Kerajaan juga tidak melupakan pusat asuhan kanak-kanak dan tadika yang turut terkesan pada 2021 ini. Oleh itu Bantuan Khas Taska akan diberikan sebanyak RM3000 one-off kepada lebih kurang 4400 pengusaha taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di bawah selaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bantuan ini juga termasuk 8000 pengusaha taman didikan kanak-kanak (TADIKA) swasta di bawah selaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bantuan ini boleh digunakan untuk keperluan sanitasi, pembelian peralatan nyah kuman supaya kebersihan serta keselamatan anak-anak sentiasa berada di keadaan optima.

Bantuan Khas Pengusaha Kantin

Bantuan Khas Pengusaha Kantin
Bantuan Khas Pengusaha Kantin

Memandangkan sekolah terpaksa ditutup, kerajaan turut memberi perhatian kepada para pengusaha kantin sekolah. Kerajaan telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM1000 secara one-off iaitu Bantuan Khas Pengusaha Kantin untuk diberikan kepada semua pengusaha kantin berdaftar

Bantuan Khas Pengusaha Pusat Sukan

Bantuan Khas Pengusaha Pusat Sukan
Bantuan Khas Pengusaha Pusat Sukan

Pengusaha industri sukan dan operator arena sukan iaitu gym, bowling, futsal, badminton dan sebagainya juga bakal menerima bantuan RM3000 secara one-off. Operasi pusat sukan hanya akan dibenarkan pada fasa ketiga Program Pemulihan Negara (PPN) nanti.

Bantuan Khas Golongan OKU

Bantuan Khas Golongan OKU
Bantuan Khas Golongan OKU

Kepada golongan kurang upaya yang terkesan atau yang telah kehilangan pekerjaan dan adalah bukan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat bakal menerima bantuan kewangan RM500 seorang selama 3 bulan. Sebanyak RM30 juta akan diperuntukkan untuk memberi manfaat kepada lebih kurang 20 000 orang kurang upaya (OKU).

Program Jaringan Inisiatif Umum (JITU)

Program Jaringan Inisiatif Umum (JITU)
Program Jaringan Inisiatif Umum (JITU)

Program Jaringan Inisiatif Umum (JITU) merupakan penyediaan bantuan asas modal perniagaan untuk membimbing golongan orang kurang upaya (OKU) serta golongan gelandangan supaya menceburi bidang perniagaan. RM20 juta  akan dibelanjakan untuk program ini yang menyasarkan seramai 40 000 individu atau lebih.

Memudah Cara Proses Perolehan Kerajaan

Memudah Cara Proses Perolehan Kerajaan
Memudah Cara Proses Perolehan Kerajaan

Prosedur perolehan juga diubah sehingga 31 Disember 2021 bagi memudahkan proses Perolehan Kerajaan supaya perolehan projek Kerajaan tidak terjejas dan dapat disiapkan.

  1. Membenarkan perubahan harga atau variation of price (VOP) bagi projek kerja. Ini adalah kerana terdapat peningkatan kos yang ketara bahan-bahan binaan berikutan kesan pandemik COVID-19 di seluruh dunia. Hasil kajian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan terdapat kenaikan kepada Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan dan Harga Unit Purata bagi bahan.
  2. Membantu kontraktor G1 hingga G4 tempatan melaksanakan projek kerja berskala kecil secara undian dan sebut harga dengan penggunaan jadual kadar kerja kejuruteraan awam dan bangunan yang baharu serta jadual kadar kerja Mekanikal dan Elektrikal (M&E).
  3. Membenarkan lanjutan masa atau extension of contract (EOT) projek kerja atau lanjutan tempoh kontrak bagi kontrak bekalan dan perkhidmatan yang terjejas ekoran pelaksanaan PKP tertakluk kepada klausa kontrak.

FAQ berkenaan perubahan ini :

https://ppp.treasury.gov.my/makluman/pindaan/568

Pekeliling berkenaan perkara ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia iaitu PK 2.4 yang dikeluarkan pada 15 Julai 2021 dan berkuat kuasa bagi mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021.

Pautan PK2.4 :

PK2.4 PELAKSANAAN SYARAT PERUBAHAN HARGA (VARIATION OF PRICE – VOP) DI DALAM KONTRAK KERJA

(link pekeliling PK2.4 : https://ppp.treasury.gov.my/makluman/pindaan/569)

Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan Perniagaan MARA

Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan Perniagaan MARA
Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan Perniagaan MARA

Kepada Usahawan MARA yang terjejas akibat COVID-19 boleh membuat permohonan menangguh bayaran balik pembiayaan perniagaan MARA selama 3 bulan atau boleh juga membuat penjadualan semula bayaran balik dengan memanjangkan tempoh pembayaran. Peminjam boleh memanjangkan tempoh pinjaman pembiayaan perniagaan MARA sehingga 36 bulan. Manfaat ini dijangka akan diperoleh kepada 9000 usahawan MARA.

Lanjutan Pemberian Diskaun Sewaan Premis Perniagaan MARA

Lanjutan Pemberian Diskaun Sewaan Premis Perniagaan MARA
Lanjutan Pemberian Diskaun Sewaan Premis Perniagaan MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga turut memberi kemudahan untuk pelanjutan diskaun 30% sewaan premis perniagaan MARA selama 5 bulan iaitu sehingga Disember 2021. Inisiatif ini bakal diterima oleh 5,700 penyewa premis perniagaan MARA.

Kerajaan juga mengharapkan supaya lebih banyak badan berkanun, syarikat GLC dan PBT dapat memberikan kemudahan seperti ini contohnya memberi pengecualian dan juga diskaun kepada sewa bulanan, lesen atau menawarkan penangguhan bayaran bulanan.

Potongan Cukai Khas Premis Perniagaan

Potongan Cukai Khas Premis Perniagaan
Potongan Cukai Khas Premis Perniagaan

Khas buat pemilik bangunan dan ruang perniagaan, potongan khas cukai akan diberikan jika menawarkan diskaun sewaan lebih dari 30% sehingga 31 Disember 2021 kepada para peniaga premis mereka.

Meningkatkan Had Siling Jaminan SJPP

Meningkatkan Had Siling Jaminan SJPP
Meningkatkan Had Siling Jaminan SJPP

Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) ialah syarikat milik Kementerian Kewangan yang telah ditubuhkan bagi membolehkan syarikat Perusahaan Kecil Menegah (PKS) memperoleh akses kepada kemudahan pembiayaan dari institusi Kewangan.

Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) telah meningkatkan nilai syiling jaminanya sebanyak RM10 bilion menjadikan RM36.5 bilion dan sehingga 24 Jun 2021, jaminan pembiayaan bernilai RM33.4 bilion telah diberikan kepada 45 000 syarikat. Peningkatan had jaminan ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada sektor PKS mendapat kemudahan pinjaman dan bangun semula dalam fasa seterusnya. Oleh itu, kerajaan telah bersetuju supaya jaminan ditingkatkan lagi sebanyak RM20 bilion dan menjadikan jumlah jaminan keseluruhan ialah sebanyak RM56 bilion.

Dana PKS dan Usahawan Mikro

Dana PKS dan Usahawan Mikro
Dana PKS dan Usahawan Mikro

Kerajaan sangat menyokong sektor PKS untuk bangkit semula untuk membantu merancakkan ekonomi negara oleh itu, Bank Negara Malaysia (BNM) juga menyediakan kemudahan bantuan kewangan kepada usahawan PKS. Sebelum ini BNM telah menyediakan sebanyak RM25.1 bilion untuk disalurkan kepada permohonan baru. Dari jumlah itu masih berbaki sebanyak RM6.6 bilion. BNM bersetuju untuk menambah lagi RM2 bilion menjadikan baki dana ini sebanyak RM8.6 bilion. Kerajaan berharap dana ini akan dapat memenuhi keperluan PKS dan usahawan mikro bertahan dan membantu merancakkan aliran tunai perniagaan masing-masing.

Tambahan Dana Pembiayaan Mikrokredit Usahawan Mikro

Tambahan Dana Pembiayaan Mikrokredit Usahawan Mikro
Tambahan Dana Pembiayaan Mikrokredit Usahawan Mikro

Dana bagi program pembiayaan mikrokredit juga akan ditambah sebanyak RM1.1 bilion bagi memberi sokongan kepada perniagaan mikro. RM500 juta disediakan oleh AgroBank dan Bank Simpanan Nasional. Sebanyak RM100 juta pula oleh TEKUN Nasional. Oleh itu, jumlah dana meningkat kepada RM3 bilion tersedia untuk pembiayaan kepada usahawan mikro.

Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi

Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi
Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi

Peruntukan RM20 juta akan disalurkan untuk menyokong institusi koperasi. Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi ini ialah untuk membantu usahawan menjalankan aktiviti ekonomi berkumpulan melalui koperasi. Aktiviti yang di sasar juga termasuk dalam memasarkan produk dalam platform e-dagang serta galakkan membeli barangan dari kedai koperasi.

Bantuan Sektor Pelancongan

Bantuan Sektor Pelancongan
Bantuan Sektor Pelancongan

Sektor pelancongan adalah sektor yang terjejas sangat teruk akibat pandemik ini. Oleh itu, kerajaan bakal memberikan bantuan one-off sebanyak RM3000 kepada 5300 atau lebih agensi pelancongan berdaftar sebagai persediaan apabila dibenarkan beroperasi di fasa ketiga Program Pemulihan Negara (PPN).

Khas buat sektor pelancongan juga yang begitu terjejas teruk, pembayaran cukai pendapatan bulanan adalah ditangguhkan. Cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan juga dikecualikan sehingga 31 Disember 2021.

Program i-Citra KWSP

Program i-Citra KWSP
Program i-Citra KWSP

Pelaksanaan program i-Lestari, i-Sinar dan moratorium telah memberi impak yang positif terhadap ekonomi dengan membantu aliran tunai rakyat ketika pandemik ini melanda sejak tahun lalu. Malaysia merupa antara pioneer yang memperkenalkan inisiatif seperti ini.

KWSP akan pula akan memperkenalkan Program i-Citra KWSP untuk membantu meringankan beban kewangan ahli KWSP. Program i-Citra ialah untuk memberi kemudahan kewangan kepada ahli KWSP yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan dan bagi mereka mendapatkan keperluan asas untuk meneruskan kelangsungan hidup. Seramai 12.6 juta ahli KWSP diberi peluang untuk mengeluarkan sehingga maksimum RM5000 dan kadar bulanan sebanyak maksimum RM1000 sebulan yang akan berterusan selama 5 bulan. Dianggarkan i-Citra akan dapat menyalurkan sehingga RM30 bilion.

Syarat Pengeluaran I-Citra

  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM150 di dalam akaun pada tarikh permohonan
  • Maksimum pengeluaran sebanyak RM5000
  • Minimum pengeluaran sebanyak RM50
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 di dalam akaun 1
  • Permohonan boleh di buat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021
  • Pembayaran i-Citra akan d ibuat mulai Ogos 2021

Moratorium Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Bersasar

Moratorium Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Bersasar
Moratorium Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Bersasar

Kepada peminjam pembiayaan pelajaran juga tidak terkecuali, iaitu moratorium bayaran balik pinjaman pelajaran turut diperkenalkan namun adalah secara bersasar iaitu hanya kepada yang memerlukan. Keseluruhan inisiatif ini berjumlah lebih kurang RM400 juta dan terbuka kepada 1.6 juta rakyat yang mempunyai pinjaman pendidikan.

  1. Moratorium bersasar untuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama 3 bulan
  2. Penangguhan bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan bayaran ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan selama 6 bulan
  3. Penangguhan bayaran balik Pinjaman Pelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA) selama 3 bulan atau memohon penjadualan semula bayaran balik dengan bayaran ansuran minimum RM100 selama 12 bulan
  4. Penangguhan bayaran balik Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama 3 bulan

Penangguhan Pembayaran Premium Insurans & Sumbangan TAKAFUL

Penangguhan Pembayaran Premium Insurans & Sumbangan TAKAFUL
Penangguhan Pembayaran Premium Insurans & Sumbangan TAKAFUL

Tidak ketinggalan juga kepada pemegang polisi insurans takaful. Para pemegang polisi takaful yang terjejas iaitu sukar memenuhi bayaran bulanan boleh juga memohon penangguhan bayaran premium insurans dan sumbangan takaful tanpa menjejaskan pelindungan. Penangguhan ini akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. Inisiatif ini terbuka kepada pemegang polisi insurans dan sijil insurans hayat serta takaful keluarga. Dianggarkan inisiatif ini akan memanfaatkan lebih 1 juta rakyat. Anggaran keseluruhan nilai yang ditangguhkan ini ialah berjumlah 2.6 bilion ringgit.

Moratorium Bayaran Balik Pinjaman Bank

Moratorium Bayaran Balik Pinjaman Bank
Moratorium Bayaran Balik Pinjaman Bank

Sebelum ini moratorium adalah bersasar telah memberi manfaat kepada lebih kurang 250 ribu peminjam layak telah mendapat kelulusan automatik dengan kaedah penangguhan penuh 3 bulan atau penangguhan 50% selama 6 bulan.

Pelaksanaan Moratorium PEMULIH adalah berita baik kepada semua pihak iaitu diberi peluang kepada semua golongan B40, M40 dan T20 untuk memohon penangguhan bayaran balik pinjaman bank. Kali ini bukan hanya terbuka kepada golongan B40 tetapi terbuka kepada M40 dan T20 yang terjejas atau akibat peningkatan tanggungan masing-masing oleh itu turut memerlukan penangguhan bayaran pinjaman bank.

Moratorium 6 bulan bakal diberikan kepada semua peminjam individu dan usahawan mikro. Tiada syarat dikenakan dan hanya perlu menghubungi bank masing-masing bagi yang ingin buat penangguhan pembayaran. Tiada semakan dan dokumentasi diperlukan, hanya perlu memohon kepada bank masing-masing dan kelulusan adalah secara automatik. Pengusaha PKS juga boleh memohon dan kelulusan adalah mengikut semakan kelayakan oleh pihak bank. Walaubagaimanapun, peminjam perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat perjanjian yang berkaitan.

Kerajaan berharap inisiatif ini akan meningkatkan aliran tunai dan membantu peminjam individu serta PKS menghadapi tempoh kawalan pergerakan ketika pandemik ini dilaksanakan. PM turut berpesan supaya rakyat menggunakan tawaran ini dengan sebaiknya dan jika tidak mendesak tidak perlu menambah komitmen kewangan lain.

Fokus Ketiga – Meningkatkan Vaksinasi

Fokus Ketiga – Meningkatkan Vaksinasi
Fokus Ketiga – Meningkatkan Vaksinasi

Sehingga 26 Jun 2021 7 juta dos telah berjaya dibekalkan. 15.5% atau 5 juta orang rakyat Malaysia telah lengkap menerima dos pertama dan 6% atau 2 juta orang rakyat Malaysia telah lengkap menerima dos ke dua suntikan vaksin COVID-19. 

Oleh itu, fokus ketiga ini akan bertujuan untuk memantapkan lagi program vaksinasi kita kepada tahap optima. Malaysia ingin menambah lagi kapasiti harian pemberian vaksin dan mempercepatkan pemberian vaksin kepada rakyat. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan terus diperkasai.  Beberapa inisiatif tambahan akan dilaksanakan bagi mencapai hasrat ini.

Meningkatkan Kapasiti PICK

Meningkatkan Kapasiti PICK
Meningkatkan Kapasiti PICK

RM400 juta untuk tambahan bekalan vaksin negara diperuntukkan untuk mempercepatkan pelaksanaan PICK. Vaksinasi turut akan diperluaskan kepada remaja berumur 12-18 tahun dan keutamaan kepada yang bakal menduduk SPM tahun ini.

Pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

Pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV)
Pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

Sehingga kini kerajaan telah membuka 341 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara. Kerajaan telah bersetuju untuk menambah peruntukan berjumlah RM200 juta untuk menambah 20 PPV baharu, menaik taraf PPV sedia ada, mewujudkan PPV pandu lalu, PPV Bergerak dan Program Outreach Home to Home.

Elaun Petugas Kesihatan PPV

Elaun Petugas Kesihatan PPV
Elaun Petugas Kesihatan PPV

Bagi sukarelawan kesihatan yang bertugas di PPV melebihi 12 jam sehari telah menerima kenaikan bayaran sagu hati dari RM50 ke RM100 mulai Jun 2021 telah diperluaskan kepada petugas yang bertugas di lapangan contohnya di pusat kuarantin dan sebagainya. PPV juga bakal dibuka 7 hari seminggu untuk mempercepatkan pemberian vaksin.

Sebagai bonus kepada frontliner, kerajaan juga akan menyelaras bayaran elaun khas kepada 14 ribu barisan hadapan kesihatan yang terlibat dengan PICK. Petugas kesihatan terlibat akan menerima kadar tambahan sebanyak RM400 iaitu bakal menerima RM600 selama 6 bulan bermula Julai 2021. Peruntukan ini akan menelan belanja sebanyak RM200 juta.

PICK Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS)

PICK Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS)
PICK Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS)

PICK akan diperluaskan juga dengan kerjasama Awam-Swasta atau PIKAS. Kerajaan membuka peluang kerjasama pihak swasta untuk menggunakan premis mereka sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kepada para pekerja. Pihak kerajaan akan menyediakan bekalan vaksin, manakala pihak syarikat atau kilang akan membantu untuk urusan logistik yang berkaitan.

Sebagai galakkan pelaksanaan PIKAS, kerajaan akan :

  • Menyediakan RM150 juta untuk program ini
  • Majikan yang berdaftar dengan Perbadanan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) boleh menggunakan baki levi sehingga 10% untuk kos pembelian vaksin
  • Potongan cukai ke atas perbelanjaan bagi kos peralatan penyediaan PPV oleh majikan
  • Potongan cukai ke atas sumbangan projek komuniti berkenaan COVID-19
  • Kerajaan akan mempertimbangkan kebenaran beroperasi kapasiti penuh jika pekerja telah lengkap 2 dos vaksin

Inisiatif Golongan Rentan

Inisiatif Golongan Rentan
Inisiatif Golongan Rentan

Bagi memastikan golongan rentan seperti golongan OKU dan warga emas tidak tersisih dari mendapatkan suntikan vaksin kerajaan akan memberi beberapa pendekatan. Antara usaha yang dilakukan ialah dengan memberikan subsidi RM30 untuk tambang teksi dan e-hailing bagi memudahkan pergerakan mendapatkan vaksin pada hari temu janji.

share-nodes
Kongsi
Team Pinjaman Peribadi Malaysia

Team Pinjaman Peribadi Malaysia

Team Pinjaman Peribadi Malaysia komited untuk memberikan maklumat tepat dan terkini berkaitan kewangan peribadi, seperti pinjaman, kad kredit, dan pengurusan kewangan di Malaysia. Kami ingin memperkasakan anda dengan ilmu untuk buat keputusan dengan bijak supaya memenuhi keperluan kewangan anda. Dapatkan panduan, artikel, dan alatan yang boleh membantu anda dalam dunia kewangan peribadi di Malaysia melalui laman web ini.
Tinggalkan Komencomments

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Langgan
Maklumkan

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments