CIMB Travel World Credit Card

Nikmati Pelbagai Faedah dan Ganjaran dengan Kad Kredit CIMB Travel World

Kad kredit CIMB Travel World 
badge-percent
Kadar faedah
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
RM554.72
Yuran tahunan dikecualikan 100% untuk transaksi RM120,000 ke atas ATAU yuran tahunan dikecualikan 50% untuk transaksi RM60,000 ke atas
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM8333
stars
Ciri utama
8x mata ganjaran, perlindungan insurans perjalanan, ciri premium
square-list
Pelan kad kredit
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass

Kad kredit CIMB Travel World dicipta khusus untuk pengembara yang gemar mengumpul mata ganjaran menerusi perbelanjaan harian. Dengan kad ini, anda akan menikmati pelbagai kelebihan, termasuk mata ganjaran bonus, akses percuma ke ruang legar lapangan terbang, perlindungan insurans perjalanan, dan keistimewaan eksklusif daripada MasterCard.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit CIMB Travel World Credit Card

  • Sehingga 8x Mata Ganjaran: Dapatkan sehingga 8x mata bonus CIMB dengan setiap RM1 yang dibelanjakan untuk transaksi luar transaksi luar negara, penerbangan, dan perbelanjaan di kedai bebas cukai. 2x mata ganjaran untuk perbelanjaan tempatan, dan 1x mata ganjaran untuk urusan pendidikan, insurans, dan utiliti.
  • Perlindungan Insurans Perjalanan yang Komprehensif: Terima perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1 juta, termasuk perlindungan untuk kesulitan penerbangan seperti penerbangan lewat dan terlepas, dan bagasi hilang atau lewat.
  • Akses Percuma ke Ruang Legar Premium: Nikmati sehingga 12x akses percuma ke Plaza Premium Lounge di lapangan terbang yang mengambil bahagian, di dalam luar negara.
  • Perlindungan Insurans Perubatan: Nikmati perlindungan insurans perubatan sehingga RM100,000, termasuk insurans COVID-19.
  • Kelebihan Eksklusif MasterCard: Manfaatkan keistimewaan eksklusif MasterCard seperti diskaun 50% untuk yuran hijau (green fee) di kelab golf yang mengambil bahagian, diskaun 50% untuk kelas golf di Golf Performance 360 Golf Academy, dan akses kepada perkhidmatan MasterCard Concierge.
  • Pemindahan Baki dan Bayaran Ansuran Mudah: Nikmati pilihan pembayaran yang fleksibel dengan CIMB Balance Transfer Plan dan CIMB 0% Easy Pay.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM8333 Sebulan atau RM100000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan diri (MyKad).
  • Dokumen bukti pendapatan (salinan slip gaji/penyata KWSP/resit bayaran cukai/penyata komisen).

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) RM554.72
Yuran tahunan dikecualikan 100% untuk transaksi RM120,000 ke atas ATAU yuran tahunan dikecualikan 50% untuk transaksi RM60,000 ke atas
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM50 atau 5% dari amaun tertunggak. Yang mana lebih tinggi.
Caj Lewat Bayar RM10 atau 1% dari amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100.
Had Pendahuluan Tunai Harian Tiada
Caj Pendahuluan Tunai RM15 atau 5% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Maklumat Tambahan

  • Mata ganjaran terkumpul (Mata Bonus CIMB) boleh ditebus untuk barangan, diskaun, tawaran, penerbangan percuma, dan penginapan hotel.
  • Mata Bonus CIMB boleh digunakan untuk bayaran produk dan perkhidmatan melalui program “CIMB Pay With Points” di pedagang yang mengambil bahagian.
  • Perlindungan insurans perjalanan dan insurans perubatan adalah tertakluk kepada syarat dan terma.
  • Keistimewaan eksklusif MasterCard bergantung kepada ketersediaan dan berbeza mengikut pedagang yang mengambil bahagian.

Cara Mohon CIMB Travel World Credit Card

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berminat untuk mohon kad kredit CIMB Travel World Credit Card? Ikut langkah berikut:

Mohon Dalam Talian:

  1. Layari laman web CIMB.
  2. Klik butang “Mohon Sekarang.”
  3. Pilih kad kredit CIMB Travel World.
  4. Lengkapkan butiran permohonan dan klik “Hantar”

Klik untuk ke laman web CIMB Bank

Mohon Melalui Cawangan:

Kunjungi cawangan CIMB Bank Berhad berdekatan. Klik untuk lihat senarai cawangan CIMB Bank Berhad.

Khidmat Pelanggan

Guna saluran berikut untuk sebarang pertanyaan berhubung kad kredit CIMB Travel World:

Soalan Lazim

Pertanyaan

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit CIMB Travel World Credit Card

Apakah kelebihan menggunakan kad kredit CIMB Travel World?

chevron-down

Anda akan menikmati pelbagai kelebihan seperti pulangan mata ganjaran, kelebihan sepanjang perjalanan (insurans perjalanan dan akses ke Plaza Premium Lounge), dan kelebihan eksklusif MasterCard.

Bagaimana untuk menebus Mata Bonus CIMB yang terkumpul?

chevron-down

Anda boleh menebus ganjaran Mata Bonus CIMB melalui laman web CIMB atau aplikasi mudah alih CIMB Clicks.

Di manakah saya boleh menggunakan Mata Bonus untuk membayar barangan dan perkhidmatan?

chevron-down

Rujuk senarai pedagang yang mengambil bahagian untuk program CIMB Pay With Points. (senarai pedagang yang mengambil bahagian)

Apakah syarat utama untuk mendapat akses percuma ke Plaza Premium Lounge?

chevron-down

Untuk mendapatkan 12x akses percuma, anda perlu berbelanja tidak kurang daripada RM6,000 pada suku tahun tersebut.

Apakah lapangan terbang yang menawarkan akses percuma tersebut?

chevron-down

Anda boleh rujuk senarai lapangan terbang yang menawarkan akses percuma ke Plaza Premium Lounge di sini. (senarai Plaza Premium Lounge)

Ada soalan tambahan berhubung CIMB Travel World Credit Card?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk menanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Langgan
Maklumkan

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Penafian:

Maklumat berhubung CIMB Travel World Credit Card adalah terkini pada tarikh 20/06/2024. Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi CIMB Bank Berhad atau menghubungi khidmat pelanggan CIMB Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang CIMB Bank Berhad

CIMB Bank logo

CIMB Bank Berhad

CIMB Bank Berhad adalah sebuah anak syarikat CIMB Group Holdings Berhad. CIMB, atau Commerce International Merchant Bankers mula beroperasi di Malaysia sejak tahun 1949. Ditubuhkan pada tahun 1924 dengan nama …

Baca selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad Kredit AmBank BonusLink Visa Gold

Kad ini dicipta khusus kepada mereka inginkan mata ganjaran BonusLink. Dapatkan sehingga 30 BonusLink Points…

Citibank Citi Rewards Mastercard

Kad Kredit Citi Rewards Mastercard dari Citibank ini menawarkan sehingga 5 mata ganjaran untuk setiap…

ICBC Visa Platinum

ICBC Visa Platinum menawarkan ciri keistimewaan VISA dengan transaksi dwi mata wang. Setiap transaksi yang…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…