Pinjaman peribadi Penyatuan Hutang

Pinjaman peribadi penyatuan hutang atau debt consolidation loan adalah antara pelan pinjaman yang popular di negara kita. Ramai yang mencari pelan pembiayaan ini mengurangkan bayaran ansuran bulanan pinjaman yang sedia ada. Dalam erti kata lain, pinjaman jenis ini sangat sesuai jika anda sedang dibebani masalah hutang akibat daripada pinjaman yang berlebihan.

Pinjaman peribadi penyatuan hutang

Penyatuan hutang atau debt settlement adalah kaedah di mana anda mohon pinjaman baru untuk menghimpunkan hutang pinjaman yang sedia ada ke dalam pinjaman tersebut. Pinjaman debt consolidation yang baru ini akan menyelesaikan hutang anda yang sedia ada, atau yang anda pilih. Jadi bayaran bulanan anda akan berkurangan dan anda hanya bayar ansuran pinjaman debt console tersebut.

Selain daripada mengurangkan hutang bulanan, ramai juga individu yang mohon pinjaman peribadi penyatuan hutang untuk mendapatkan kadar faedah atau kadar keuntungan yang lebih rendah. Ini kerana kebanyakan pelan pinjaman debt consolidation menawarkan kadar yang lebih berpatutan jika dibandingkan dengan pelan pinjaman tanpa ciri ini. Faktor ini dengan mudah dapat meringankan beban bayaran ansuran bulanan berbanding sebelum ini.

Tetapi sebelum mohon pinjaman peribadi penyatuan hutang anda harus faham yang dengan pinjaman baru ini, tempoh pembiayaan juga akan bertambah. Mungkin anda ada pinjaman yang hampir habis tempoh bayaran dan anda selesaikan pinjaman tersebut dengan pinjaman baru yang anda mohon. Ini adalah langkah yang kurang bijak. Lebih baik sekiranya anda pilih pinjaman atau pembiayaan yang masih panjang untuk anda selesaikan dengan pinjaman debt consolidation. Jika ada pinjaman atau pembiayaan yang hampir habis bayar, teruskan sahaja bayar tanpa buat pinjaman penyatuan hutang.

Anda juga harus buat sedikit kira-kira sebelum mohon. Semak baki pinjaman-pinjaman anda, kadar faedah atau kadar keuntungan semasa, dan berapa yang anda harus bayar setiap bulan. Setelah itu, bandingkan maklumat tersebut dengan ciri pinjaman peribadi penyatuan hutang yang anda ingin mohon. Tidak guna mohon sekiranya caj kadar faedah pinjaman baru lebih tinggi daripada pinjaman yang sedia ada.

Di bawah adalah senarai pelan pinjaman debt settlement yang boleh anda mohon. Pelan-pelan ini adalah daripada bank, koperasi dan kredit komuniti, dahulunya dikenali sebagai pemberi pinjaman wang berlesen (PPW).

Sekiranya anda berminat untuk mohon, pilih pelan pinjaman yang anda ingini dan baca lebih lanjut tentang maklumat lengkap pinjaman tersebut seperti syarat kelayakan, dokumen diperlukan, jadual bayaran ansuran bulanan, caj dikenakan dan bagaimana untuk mohon pinjaman tersebut secara atas talian (online).

share-nodes
Kongsi

Pinjaman Peribadi Maybank

Maybank Personal Loan
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM5000 - RM100000

calendar-range
Tempoh bayaran

24 - 72 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

6.5% p.a

Pinjaman peribadi Maybank yang popular ini menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM100,000 dengan tempoh bayaran sehingga 6 tahun. Pelan ini juga membenarkan anda buat penyatuan hutang dan tidak mengenakan sebarang caj proses. Mohon sekarang dan dapatkan keputusan permohonan anda hanya dalam 2 hari bekerja.

Citibank Personal Loan

Citibank Personal Loan
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM5000 - RM150000

calendar-range
Tempoh bayaran

24 - 60 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

5.33% p.a

Citibank Personal Loan menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM150,000 dengan kadar faedah tahunan yang sangat berpatutan. Pelan pinjaman peribadi Citibank ini adalah pinjaman konvensional dengan syarat kelayakan yang longgar dan dokumen yang sangat ringkas. Dapatkan keputusan permohonan pinjaman anda hanya dalam tempoh 24 jam hari bekerja.

Al Rajhi Personal Financing-i

Al Rajhi Personal Financing-i
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM10000 - RM250000

calendar-range
Tempoh bayaran

24 - 96 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

3.88% p.a

Al-Rajhi menawarkan pelan pembiayaan peribadi ini kepada mereka yang ingin pembiayaan Islamik 100% patuh Syariah. Sebagai Bank Islam bertaraf dunia, anda tidak perlu ragu-ragu untuk mohon pembiayaan ini. Keputusan permohonan juga sangat pantas. Anda hanya perlu tunggu antara 24 hingga 48 jam untuk tahu anda lulus atau tidak.

Alliance Bank CashFirst Personal Loan

Alliance Bank CashFirst Personal Loan
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM5000 - RM200000

calendar-range
Tempoh bayaran

12 - 84 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

4.99% p.a

Pelan pinjaman peribadi Alliance CashFirst menawarkan caj kadar faedah tahunan yang sangat rendah. Tidak lupa juga jumlah pinjaman sehingga RM200,000 dengan tempoh bayaran sehingga 7 tahun membuatkan pinjaman ini antara pinjaman peribadi konvensional yang popular.