Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.
Pinjaman Peribadi Untuk Bekerja Sendiri
Cari Penyelesaian Pembiayaan Terbaik untuk Memajukan Perniagaan Anda

Memohon pinjaman peribadi apabila anda bekerja sendiri boleh menjadi cabaran berbanding pekerjaan dengan gaji tetap. Bank dan institusi kewangan lebih cenderung untuk memberi pinjaman kepada mereka yang mempunyai sumber pendapatan yang stabil, dan melihat individu yang bekerja sendiri sebagai peminjam berisiko tinggi.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pemberi pinjaman di Malaysia yang menawarkan produk pinjaman peribadi khusus untuk mereka yang bekerja sendiri. Panduan ini akan meneroka apa yang perlu anda tahu tentang pinjaman peribadi untuk mereka yang bekerja sendiri.
Memahami Pinjaman Peribadi untuk Bekerja Sendiri
Pinjaman peribadi untuk mereka yang bekerja sendiri adalah sejenis pembiayaan yang membolehkan anda meminjam sejumlah wang daripada bank atau pemberi pinjaman berlesen.
Tidak seperti pinjaman perniagaan, pinjaman peribadi bukan hanya boleh digunakan untuk tujuan perniagaan, tetapi boleh digunakan untuk pelbagai keperluan peribadi seperti menyelesaikan hutang, menaik taraf rumah, kecemasan perubatan atau perbelanjaan lain.
Untuk mereka yang bekerja sendiri, pinjaman peribadi boleh membantu perniagaan seperti urusan aliran tunai, atau sebagai pelaburan untuk mengembangkan perniagaan.
Cabaran Yang Dihadapi
Individu yang bekerja sendiri sering menghadapi cabaran berikut apabila memohon pinjaman peribadi.
- Pendapatan Bulanan Tidak Tetap: Sebagai individu bekerja sendiri, sering kali pendapatan berubah setiap bulan, menjadikan sukar untuk anda membuktikan pendapatan bulanan anda tetap dan konsisten.
- Sukar Membuktikan Pekerjaan: Sesetengah pemberi pinjaman wang seperti bank dan koperasi kredit mungkin memerlukan bukti pekerjaan, seperti surat tawaran kerja, dan sebagainya.
- Sejarah Kredit Terhad: Membina sejarah kredit yang baik memerlukan masa, situasi yang sukar jika anda baru sahaja mula berniaga.
Syarat dan Kriteria Kelayakan
Walaupun syarat kelayakan pinjaman peribadi bekerja sendiri mungkin berbeza antara pinjaman, kebanyakan bank dan institusi kewangan di Malaysia mempertimbangkan faktor-faktor berikut apabila menilai permohonan pinjaman peribadi daripada mereka yang bekerja sendiri.
- Umur Pemohon: Kelayakan umur yang diperlukan selalunya adalah antara 21 hingga 60 tahun.
- Status Pekerjaan: Pemohon adalah pemilik tunggal, perniagaan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Tempoh Perniagaan: Syarikat mestilah beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun untuk membuktikan kestabilan perniagaan.
- Bukti Perniagaan: Perniagaan mempunyai akaun semasa syarikat dan boleh mengemukakan bukti pendapatan seperti penyata akaun bank, Borang B/BE, dan resit bayaran cukai LHDN.
- Skor Kredit: Skor kredit yang baik diperlukan untuk meningkatkan peluang lulus permohonan pinjaman.
- Cagaran: Sesetengah pemberi pinjaman mungkin memerlukan cagaran aset seperti hartanah atau kenderaan untuk jumlah pinjaman yang tinggi, atau jika pendapatan anda dianggap tidak stabil.
Dokumen Yang Diperlukan
Pemberi pinjaman kebiasaannya memerlukan dokumen untuk mengesahkan pendapatan, operasi perniagaan, dan status kredit peminjam. Berikut adalah antara dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pemohon yang bekerja sendiri.
| Dokumen | Keterangan |
|---|---|
| Dokumen pengenalan diri | Salinan kad pengenalan (MyKad) |
| Penyata cukai pendapatan (Borang B/BE) | Penyata income tax 1-2 tahun terkini untuk membuktikan pendapatan anda sebagai individu bekerja sendiri. |
| Dokumen pendaftaran syarikat | Salinan sijil pendaftaran syarikat, lesen, atau sebarang dokumen yang membuktikan kesahihan perniagaan. |
| Penyata bank | Penyata 6-12 bulan terkini yang menunjukkan transaksi kewangan dan aliran tunai perniagaan. |
| Penyata untung rugi | Penyata kewangan yang memaparkan untung rugi perniagaan dalam tempoh 1-2 tahun. |
| Bil utiliti | Bil utilit terkini sebagai bukti kediaman atau alamat perniagaan. |
| Bukti pendapatan | Dokumen tambahan sebagai sokongan, seperti invois atau kontrak. |
| Dokumen cagaran (jika berkaitan) | Surat hak milik, dokumen pemilikan, atau laporan penilaian untuk aset yang dicagarkan. |
Jadual: Dokumen yang diperlukan untuk pinjaman peribadi bekerja sendiri
Pilihan Pinjaman Peribadi untuk Mereka yang Bekerja Sendiri
Berikut adalah beberapa pilihan pinjaman peribadi popular untuk mereka yang bekerja sendiri.
- Pinjaman Peribadi Bank: Kebanyakan bank menawarkan pinjaman peribadi untuk individu yang bekerja sendiri. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan berbeza bergantung kepada pendapatan pemohon. Begitu juga kadar faedah dan tempoh pembiayaan.
- Pinjaman Berlesen: Syarikat kredit komuniti atau pinjaman berlesen juga menawarkan pinjaman peribadi bekerja sendiri dengan syarat kelayakan yang sedikit longgar berbanding bank. Walau bagaimanapun, kadar faedah yang dikenakan selalunya lebih tinggi berbanding pinjaman bank.
- Pinjaman Platform Peer-to-Peer (P2P): Platform pinjaman P2P juga boleh menghubungkan peminjam yang bekerja sendiri dengan pelabur individu yang sanggup membiayai permohonan pinjaman tersebut.
- Pinjaman Perniagaan: Walaupun pinjaman perniagaan bukan pinjaman peribadi, jenis pinjaman ini boleh menjadi alternatif sekiranya anda sukar untuk mohon pinjaman peribadi, terutama skim pembiayaan yang ditawarkan oleh kerajaan.
Berikut adalah jadual perbandingan ringkas pelan pinjaman peribadi bekerja sendiri yang oleh institusi kewangan dan pemberi pinjaman.
| Institusi Kewangan | Jumlah Pinjaman | Kadar Faedah |
|---|---|---|
| Maybank | RM5,000 – RM100,000 | 6.5% – 8.0% p.a |
| CIMB | RM2,000 – RM100,000 | 6.88% – 18% p.a |
| Bank Muamalat | RM10,000 – RM200,000 | 2.69% – 7.52% p.a |
| BB Capital (Instaduit) | RM1,000 – RM10,000 | 12% p.a – 18% p.a |
| Evo Capital (Evo Credit) | RM5,000 – RM400,000 | 12% p.a – 18% p.a |
| JCL Credit Leasing | RM500 – RM50,000 | 12% p.a – 18% p.a |
Jadual: Perbandingan pinjaman peribadi untuk individu bekerja sendiri
Seperti yang anda lihat, jumlah pinjaman dan kadar faedah yang ditawarkan adalah berbeza. Penting untuk anda bandingkan produk-produk ini untuk mendapatkan produk pinjaman terbaik.
Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Apabila Memilih Pinjaman
Apabila anda memohon pinjaman peribadi bekerja sendiri, pertimbangkan faktor-faktor berikut untuk memilih pinjaman peribadi bekerja sendiri terbaik.
- Kadar Faedah: Bandingkan kadar faedah daripada pelbagai tawaran pinjaman dan pemberi pinjaman untuk mendapatkan kadar faedah yang paling kompetitif.
- Tempoh Pembiayaan: Pilih tempoh pembiayaan yang sesuai dengan keupayaan anda untuk bayaran balik dan matlamat kewangan anda.
- Yuran dan Caj: Kenal pasti semua fi, yuran, dan penalti yang dikenakan oleh pinjaman tersebut, terutama caj tersembunyi.
- Syarat Kelayakan: Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan minimum yang diperlukan, seperti kelayakan pendapatan dan skor kredit.
- Terma Pembayaran: Fahami terma dan jadual bayaran bulanan termasuk penalti jika anda gagal buat pembayaran bulanan.
Dengan mengenal pasti faktor-faktor ini, anda boleh memilih pinjaman peribadi yang paling sesuai dengan keperluan anda.
Meningkatkan Peluang Lulus
Walaupun terdapat cabaran untuk mohon, anda boleh ikut langkah-langkah berikut untuk meningkatkan peluang lulus.
- Kekalkan Skor Kredit yang Baik: Bayar bil tepat pada masanya dan elak daripada terlepas bayar balik pinjaman sedia ada untuk mengekalkan skor kredit yang baik.
- Sediakan Dokumen yang Lengkap: Kumpulkan semua dokumen yang diperlukan seperti penyata cukai pendapatan, penyata akaun bank, sijil pendaftaran perniagaan, dan bukti pendapatan untuk menyokong permohonan pinjaman anda.
- Pertimbangkan Penjamin atau Cagaran: Jika pendapatan anda tidak stabil, anda boleh mempertimbangkan untuk memperkenalkan penjamin atau menyediakan cagaran aset untuk meningkatkan peluang lulus.
- Bandingkan Tawaran: Kaji pasaran dan bandingkan kadar faedah, yuran, dan terma dari pelbagai pemberi pinjaman untuk mendapatkan tawaran terbaik yang sesuai dengan keadaan kewangan anda.
- Pilih Tempoh Pembiayaan yang Lebih Pendek: Pilih tempoh pinjaman yang lebih pendek untuk mengurangkan jumlah faedah yang perlu dibayar, sekali gus mengurangkan jumlah pinjaman secara keseluruhan.
- Kemukakan Pelan Perniagaan: Dalam sesetengah kes, mengemukakan pelan perniagaan boleh membantu institusi kewangan menilai masa depan perniagaan anda dan keupayaan untuk buat bayaran bulanan.
Contoh Kajian Kes
Encik Ahmad, seorang pereka grafik yang bekerja sendiri (freelancer) selama 3 tahun memerlukan dana sebanyak RM10,000 untuk membeli komputer baru. Beliau mempunyai skor kredit yang baik, tetapi pendapatan beliau sebagai freelancer tidak tetap. Beliau khuatir untuk memohon jumlah pinjaman yang tinggi, tetapi tahu komputer baru adalah penting untuk mengembangkan perniagaan beliau.
Beliau menyelidiki produk pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh bank dan syarikat kredit komuniti. Akhirnya, beliau memilih bank kerana kadar faedah yang lebih kompetitif. Beliau juga hanya memohon jumlah pembiayaan yang diperlukan walaupun beliau layak untuk jumlah yang lebih tinggi.
Encik Ahmad menyediakan dokumen yang diperlukan, seperti penyata cukai pendapatan dua tahun terkini bersama resit bayaran cukai. penyata akaun bank semasa syarikat dengan transaksi bayaran perkhidmatan daripada pelanggan beliau, Sijil pendaftaran syarikat (SSM), dan sebut harga komputer yang ingin beliau beli.
Beliau menghantar permohonan dan diluluskan dalam tempoh beberapa hari. Encik Ahmad mendapati dengan melakukan kajian terhadap produk pinjaman, dan menyediakan dokumen dengan lengkap, proses permohonan pinjaman berjalan dengan lebih lancar.
Kesimpulan
Dengan mengikuti garis panduan ini dan mempertimbangkan semua pilihan yang ada, mereka yang bekerja sendiri di Malaysia dapat mendapatkan pinjaman peribadi untuk memenuhi keperluan pembiayaan mereka di samping mengekalkan profil kewangan yang sihat.
Memohon pinjaman peribadi sebagai individu yang bekerja sendiri mungkin kelihatan sukar, tetapi boleh dicapai dengan penyelidikan dan persediaan yang teliti. Dengan memahami jenis-jenis pinjaman peribadi bekerja sendiri, dan menilai keperluan dan keupayaan kewangan anda, anda boleh meningkatkan peluang lulus.
Setelah anda telah faham asas pinjaman peribadi bekerja sendiri, mari kita lihat pilihan yang ada. Kami telah mengumpulkan produk pinjaman yang ditawarkan oleh institusi kewangan di Malaysia. Guna saringan di bawah untuk memilih pelan pinjaman terbaik yang sesuai untuk mencapai matlamat kewangan anda.
Bandingkan dan Pilih Pinjaman Peribadi Bekerja Sendiri Terbaik
Saringan
CIMB Xpress Cash Financing-i

RM3000 - RM50000
12 - 60 bulan
18% p.a
RM800
CIMB Xpress Cash ditawarkan khusus kepada mereka yang berpendapatan rendah. Hanya dengan pendapatan bulanan tidak kurang dari RM800, anda layak untuk mohon pinjaman ini. Mohon serendah RM3,000 dengan bayaran balik sehingga 5 tahun.
Baca Lebih LanjutCIMB Cash Plus

RM2000 - RM100000
24 - 84 bulan
6.88% p.a
RM2000
Nak dapatkan pinjaman dalam tempoh kurang dari 48 jam? CIMB Cash Plus adalah antara pilihan terbaik. Dapatkan keputusan permohonan anda hanya dalam tempoh 24-48 jam. Dengan proses permohonan yang ringkas dan memudahkan, ini adalah pinjaman pilihan mereka yang nak guna wang segera.
Baca Lebih LanjutAEON iCash Personal Financing

RM1000 - RM100000
6 - 84 bulan
7.92% p.a
RM1500
AEON iCash Personal Financing adalah pelan pembiayaan peribadi Islamik yang sangat fleksibel dan antara pinjaman yang mudah lulus. Ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan dengan syarat kelayakan dan dokumen yang ringkas dan tidak membebankan.
Baca Lebih Lanjut