Pinjaman peribadi Pendapatan Rendah

Berikut ialah senarai pinjaman peribadi pendapatan rendah terpilih untuk golongan bergaji rendah. Kebanyakan pelan pinjaman dan pembiayaan yang disenaraikan ini mengenakan syarat kelayakan gaji minimum bulanan tidak kurang daripada RM1,500. Tetapi, terdapat juga pelan yang hanya memerlukan anda berpendapatan RM800 ke atas. Jadi, pelan pinjaman peribadi gaji rendah ini sangat sesuai jika pendapatan anda adalah dalam lingkungan tersebut.

Pinjaman peribadi pendapatan rendah

Boleh dikatakan antara faktor utama yang buat banyak permohonan pinjaman peribadi ditolak oleh institusi kewangan adalah kerana tidak memenuhi syarat kelayakan gaji yang ditetapkan. Contohnya gaji RM1,500 sebulan tapi mohon pinjaman yang meletakkan syarat kelayakan gaji tidak kurang daripada RM2,000 – sudah pasti permohonan tersebut tidak akan diproses pun oleh pegawai yang menguruskan permohonan anda.

Oleh itu sangat penting untuk mohon pinjaman yang sesuai dengan kelayakan anda. Pinjaman peribadi gaji rendah ini boleh membantu anda sekiranya anda berpendapatan rendah dan memerlukan wang segera. Tetapi, pastikan anda meneliti syarat kelayakan lain yang diperlukan – jangan hanya lihat kepada kelayakan gaji sahaja.

Pelan pinjaman peribadi untuk pendapatan rendah yang ditawarkan ini adalah daripada institusi kewangan yang sah seperti bank, koperasi dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) atau Kredit Komuniti. Jadi anda boleh mohon tanpa ragu. Pinjaman untuk gaji rendah ini juga ditawarkan untuk semua sektor pekerjaan sama ada anda kakitangan kerajaan, GLC, badan berkanun, swasta, bekerja sendiri ataupun pesara.

Pilih pelan yang anda ingini dan klik pada pelan tersebut untuk maklumat lanjut seperti syarat kelayakan mohon, jumlah pinjaman yang boleh dimohon, tempoh pembiayaan, dokumen diperlukan, caj dikenakan dan bagaimana cara untuk mohon secara atas talian (online).

share-nodes
Kongsi

Affin Islamic Personal Financing-i

Affin Islamic Personal Financing-i
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM2500 - RM250000

calendar-range
Tempoh bayaran

24 - 120 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

3.50% p.a

Affin Islamic Personal Financing-i adalah antara pelan pembiayaan peribadi yang ditawarkan kepada semua jenis sektor pekerjaan, termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia. Dengan jumlah pembiayaan yang tinggi, tempoh pembiayaan yang panjang dan kadar keuntungan yang rendah, ini adalah pinjaman yang sangat menarik untuk dimohon.

CIMB Xpress Cash Financing-i

CIMB Xpress Cash Financing-i
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM3000 - RM50000

calendar-range
Tempoh bayaran

12 - 60 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

18% p.a

CIMB Xpress Cash ditawarkan khusus kepada mereka yang berpendapatan rendah. Hanya dengan pendapatan bulanan tidak kurang dari RM800, anda layak untuk mohon pinjaman ini. Mohon serendah RM3,000 dengan bayaran balik sehingga 5 tahun.

AEON iCash Personal Financing

aeon icash personal financing
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM1000 - RM100000

calendar-range
Tempoh bayaran

6 - 84 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

7.92% p.a

AEON iCash Personal Financing adalah pelan pembiayaan peribadi Islamik yang sangat fleksibel dan antara pinjaman yang mudah lulus. Ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan dengan syarat kelayakan dan dokumen yang ringkas dan tidak membebankan.