Pinjaman peribadi Keputusan Pantas (Fast Approval)

Berikut ialah senarai pinjaman peribadi keputusan pantas (fast approval) dan cepat lulus daripada institusi kewangan di Malaysia seperti bank, koperasi dan pemberi pinjaman wang berlesen (PPW)/Kredit Komuniti. Pinjaman peribadi fast approval ini sangat sesuai sekiranya anda sedang mencari pembiayaan atau pinjaman peribadi lulus segera untuk dapatkan tunai segera bagi kegunaan kecemasan dan sebagainya.

Pinjaman Peribadi Keputusan Pantas (Fast Approval)

Ada pinjaman daripada senarai pelan pinjaman peribadi cepat lulus ini yang menawarkan tempoh lulus hanya antara 24 hingga 48 jam hari bekerja iaitu dari tarikh anda mohon pinjaman dan menghantar dokumen lengkap untuk diproses oleh pihak institusi kewangan berkaitan. Pelan pinjaman keputusan pantas yang lain pula menganggarkan tempoh pemprosesan permohonan tidak kurang daripada 7 hari bekerja.

Ciri pelan pinjaman peribadi fast approval ini adalah berbeza bergantung kepada jenis pinjaman dan pembiayaan yang ditawarkan. Terdapat pinjaman yang menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM300,000 dengan tempoh proses tidak lebih daripada 5 hari bekerja, manakala ada pelan pinjaman peribadi keputusan pantas yang menghadkan jumlah pinjaman hanya RM150,000, tetapi menawarkan tempoh lulus pinjaman pada hari yang sama – iaitu tidak lebih daripada 24 jam hari bekerja.

Begitu juga ciri-ciri pinjaman yang lain seperti caj kadar faedah atau perkongsian kadar keuntungan tahunan, tempoh pinjaman dan sebagainya. Oleh kerana terdapat pinjaman peribadi cepat lulus dengan ciri kadar terapung, pastikan anda teliti kadar faedah atau kadar keuntungan yang ditawarkan sebelum mohon.

Pilih skim pembiayaan peribadi fast approval yang anda ingini dan klik pada pinjaman tersebut untuk maklumat lanjut seperti syarat kelayakan memohon, jumlah pinjaman yang boleh dimohon, tempoh pembiayaan, dokumen yang diperlukan, caj yang dikenakan dan bagaimana cara untuk mohon secara atas talian (online).

share-nodes
Kongsi

CIMB Xpress Cash Financing-i

CIMB Xpress Cash Financing-i
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM3000 - RM50000

calendar-range
Tempoh bayaran

12 - 60 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

18% p.a

CIMB Xpress Cash ditawarkan khusus kepada mereka yang berpendapatan rendah. Hanya dengan pendapatan bulanan tidak kurang dari RM800, anda layak untuk mohon pinjaman ini. Mohon serendah RM3,000 dengan bayaran balik sehingga 5 tahun.

CIMB Cash Plus

CIMB Cash Plus Personal Loan
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM2000 - RM100000

calendar-range
Tempoh bayaran

24 - 84 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

6.88% p.a

Nak dapatkan pinjaman dalam tempoh kurang dari 48 jam? CIMB Cash Plus adalah antara pilihan terbaik. Dapatkan keputusan permohonan anda hanya dalam tempoh 24-48 jam. Dengan proses permohonan yang ringkas dan memudahkan, ini adalah pinjaman pilihan mereka yang nak guna wang segera.