Tak layak?
Lihat Senarai Pinjaman/Pembiayaan ASB dan pilih pelan pinjaman/pembiayaan yang sesuai dengan kelayakan anda.
Jenis Pinjaman | Islamik |
Jumlah Pembiayaan | RM10000 hingga RM200000 |
Tempoh Pembiayaan | 5 Tahun hingga 35 Tahun |
Margin Pembiayaan | 100% hingga 105% |
Kadar Keuntungan | Serendah Kadar Asas (KA) + 1.55% p.a |
Kelayakan | Warganegara Malaysia |
Kelayakan Umur | 18 hingga 70 Tahun |
Maybank Pembiayaan ASB-i adalah sebuah pelan pinjaman atau pembiayaan ASB yang ditawarkan oleh Maybank Malaysia. Pelan ini adalah pelan pembiayaan Islamik yang patuh Syariah sepenuhnya. Jika anda sedang mencari pinjaman ASB untuk melabur di dalam Unit Amanah Saham Bumiputera, pelan ini mungkin boleh menjadi pilihan anda.
Pembiayaan ASB Maybank ini menawarkan pembiayaan serendah RM10,000 hingga pembiayaan maksimum RM200,000. Walau bagaimanapun, jumlah pembiayaan akhir akan bergantung kepada penilaian kredit individu yang dilakukan oleh pihak Maybank. Tempoh pembiayaan yang dibenarkan pula ialah sehingga 35 tahun atau apabila anda berumur 70 tahun – yang mana yang lebih awal. Margin pembiayaan lulus ialah 100%, atau 105% jika anda melanggan perlindungan insurans Takaful (Perlindungan Peribadi Pengurangan Berjangka – PRTA) dan wasiat.
Perkongsian kadar keuntungan (profit rate) yang dikenakan untuk Maybank Pembiayaan ASB-i adalah bergantung kepada jumlah pembiayaan yang lulus. Untuk jumlah bawah RM30,000 – anda akan dikenakan caj dengan kiraan Kadar Asas (Base Rate) atau KA + 1.90% setahun (p.a). Manakala untuk jumlah pembiayaan RM30,000 ke atas, anda akan dikenakan caj KA + 1.55% setahun.
Untuk mohon, anda perlulah berstatus sebagai warganegara Malaysia berumur antara 18 tahun hingga 70 tahun pada tarikh akhir pembiayaan. Anda juga boleh buat permohonan bersama di mana pemohon kedua mestilah berumur 18 tahun ke atas dan adalah ahli keluarga terdekat.
Berminat untuk mohon Maybank Pembiayaan ASB-i? Baca lebih lanjut tentang pelan pembiayaan ASB Maybank ini melalui maklumat di bawah.
Anda boleh pilih untuk buat pembiayaan dari RM10,000 hingga pembiayaan maksimum RM200,000. Walau bagaimanapun, jumlah pembiayaan yang akan diluluskan adalah akan bergantung kepada penilaian kredit daripada pihak Maybank.
Pelan Maybank Pembiayaan ASB-i ditawarkan dengan tempoh pembiayaan yang bergantung kepada anda. Dalam erti kata lain, tempoh pembiayaan maksimum yang dibenarkan adalah 35 tahun atau sehingga anda menjangkau umur 70 tahun – yang mana yang lebih awal.
Margin pembiayaan yang ditawarkan adalah bergantung sama ada anda mengambil perlindungan peribadi atau tidak.
Pengiraan caj perkongsian kadar keuntungan yang telah ditetapkan oleh pihak Maybank terhadap pelan pembiayaan Maybank Pembiayaan ASB-i adalah seperti berikut.
Kadar Asas (KA) / Base Rate (BR) semasa untuk Maybank ialah 1.75%.
Berikut ialah syarat kelayakan yang lengkap untuk mohon Maybank Pembiayaan ASB-i.
Lihat Senarai Pinjaman/Pembiayaan ASB dan pilih pelan pinjaman/pembiayaan yang sesuai dengan kelayakan anda.
Sekiranya anda layak untuk mohon, anda perlu sediakan dokumen berikut bersama permohonan anda.
Berikut ialah caj dan fi yang dikenakan sekiranya permohonan pembiayaan Maybank anda lulus.
Caj umum
Caj lewat bayar
Caj penamatan awal Oleh kerana ini adalah pembiayaan Islamik, anda tidak akan dikenakan sebarang caj atau penalti sekiranya anda berhasrat untuk melangsaikan pinjaman lebih awal dari tempoh kontrak. Pihak Maybank juga akan memberi rebat (Ibra’).
Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman ini.
Anda boleh mohon pelan pinjaman Maybank Pembiayaan ASB-i melalui kaedah-kaedah berikut: