Akan dibuka dalam tab baharu

Bank Islam RSVP Program

Bank Islam RSVP Program adalah pelan bayaran ansuran mudah kad kredit (Easy Payment Plan) daripada Bank Islam Malaysia Berhad. Pelan ini membenarkan anda membenarkan anda buat bayaran bulanan dari 6 bulan hingga 12 bulan dengan belian serendah RM1,000.

Bank Islam tidak mengenakan caj faedah untuk pelan ini. Cuma caj pengendalian (upfront handling fee) dikenakan sebanyak 4.5% daripada jumlah belian anda. Caj ini hanya dikenakan sekali sahaja, oleh itu anda tidak perlu risau dengan caj tambahan bulanan.

Pelan Bank Islam RSVP Program membenarkan anda untuk buat bayaran bulanan minimum sekiranya anda tidak dapat buat bayaran penuh setiap bulan. Jumlah bayaran bulanan minimum yang ditetapkan ialah RM50 atau 5% daripada baki yang tinggal (yang mana yang lebih tinggi).

Walau bagaimanapun, jika anda hanya dapat buat bayaran bulanan minimum, caj kadar keuntungan sebanyak 13.5% hingga 17.5% akan dikenakan sehingga anda dapat buat bayaran ansuran penuh.

Pihak Bank Islam tidak mengenakan sebarang caj sekiranya anda berhasrat untuk membayar baki tunggakan anda lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui – tiada caj penamatan awal (early settlement fee). Tetapi, anda harus memaklumkan pihak Bank Islam terdahulu sebelum anda menyelesaikan baki anda.

Bank Islam RSVP Program
money-bill-1-wave
Pembelian Minimum
RM1000
calendar-range
Tempoh Bayaran
6 bulan hingga 12 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
Tiada kadar faedah (Zero Interest)
square-dollar
Caj Pengendalian
4.5% hingga %
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
RM50 atau 5% dari baki tertunggak (yang mana yang lebih tinggi)
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual Bank Islam RSVP Program

Buat pembelian serendah RM1,000 dengan kad kredit Bank Islam anda di mana sahaja untuk melayakkan anda menyertai pelan ini. Bayaran semula sehingga 12 bulan.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
6 4.5% Tiada RM1,000
9 4.5% Tiada RM1,000
12 4.5% Tiada RM1,000

Cara mohon Bank Islam RSVP Program

Hubungi dan maklumkan kepada Servis Khidmat Pelanggan Kad Kredit Bank Islam di talian 03-27267799 atau Pusat Khidmat Pelanggan Bank Islam di talian 03-26900900 dalam tempoh 3 hari selepas transaksi pembelian atau sebelum penyata kad kredit dikeluarkan.

Kad kredit Bank Islam RSVP Program

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Bank Islam RSVP Program. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.