Glosari Pinjaman Peribadi

Keliru dengan istilah berkaitan pinjaman peribadi, terutama dalam Bahasa Inggeris? Di sini kami senaraikan terminologi atau istilah yang sering digunakan berhubung pinjaman peribadi di Malaysia.
Carian Glosari
Annual Percentage Rate (APR) (Kadar Faedah Tahunan)

Kadar faedah tahunan yang dikenakan oleh pemberi pinjaman termasuk faedah dan kos tambahan lain. Kadar ini menunjukkan kos sebenar pinjaman dalam tempoh setahun.

Amortization

Proses membayar balik pinjaman secara ansuran tetap sehingga tempoh pinjaman tamat.

Collateral (Cagaran)

Aset yang disediakan oleh peminjam sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman. Sekiranya peminjam gagal membayar balik, pemberi pinjaman boleh merampas aset tersebut.

Credit Score (Skor Kredit)

Skor yang mewakili tahap kepercayaan kredit seseorang berdasarkan sejarah kredit mereka. Skor ini digunakan oleh pemberi pinjaman untuk menilai kelayakan pinjaman dan keupayaan peminjam buat bayaran balik.

Default (Gagal Bayar)

Situasi di mana peminjam gagal membayar balik pinjaman mengikut terma yang dipersetujui. Ini boleh mengakibatkan penalti dan tindakan undang-undang.

Fixed Interest Rate (Kadar Faedah Tetap)

Kadar faedah yang tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman. Ini memberikan jumlah ansuran bulanan yang tetap.

Grace Period (Tempoh Bertenang/Tanpa Faedah)

Tempoh masa selepas tarikh akhir pembayaran di mana tiada faedah atau penalti dikenakan. Ia memberi peluang kepada peminjam untuk buat bayaran tanpa tambahan kos.

Interest (Faedah)

Bayaran yang dikenakan oleh pemberi pinjaman ke atas pinjaman. Faedah kebiasaannya dinyatakan dalam bentuk peratusan daripada jumlah pinjaman.

Loan Term (Tempoh Pinjaman)

Tempoh masa yang diberikan kepada peminjam untuk membayar balik pinjaman. Tempoh ini boleh berbeza bergantung kepada jenis pinjaman dan perjanjian antara peminjam dan pemberi pinjaman.

Origination Fee (Yuran Pemprosesan)

Yuran yang dikenakan oleh pemberi pinjaman untuk memproses pinjaman. Yuran ini biasanya dikira sebagai peratusan daripada jumlah pinjaman.

Principal (Prinsipal)

Jumlah asal yang dipinjam oleh peminjam sebelum faedah dikenakan. Pembayaran bulanan biasanya terdiri daripada bayaran terhadap prinsipal dan faedah.

Refinancing (Pembiayaan Semula)

Proses mendapatkan pinjaman baru untuk membayar balik pinjaman yang sedia ada, biasanya untuk mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah atau syarat pinjaman yang lebih baik.

Secured Loan (Pinjaman Bercagar)

Pinjaman yang memerlukan jaminan dalam bentuk aset seperti rumah atau kereta. Kegagalan membayar balik pinjaman boleh mengakibatkan aset tersebut dirampas.

Unsecured Loan (Pinjaman Tidak Bercagar)

Pinjaman yang tidak memerlukan jaminan seperti cagaran atau penjamin. Kadar faedah biasanya lebih tinggi kerana pemberi pinjaman perlu menanggung risiko yang lebih tinggi.

Variable Interest Rate (Kadar Faedah Berubah)

Kadar faedah yang boleh berubah sepanjang tempoh pinjaman berdasarkan kadar pasaran atau indeks tertentu. Ini boleh mengakibatkan pembayaran bulanan yang tidak tetap.

Debt Consolidation (Penyatuan Hutang)

Proses menggabungkan beberapa pinjaman atau hutang ke dalam satu pinjaman baru untuk menyelesaikan hutang dan mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah atau syarat pembayaran yang lebih mudah.

Loan Agreement (Perjanjian Pinjaman)

Dokumen rasmi yang menggariskan syarat dan terma pinjaman termasuk kadar faedah, tempoh pinjaman, dan kewajipan peminjam dan pemberi pinjaman.

Prepayment Penalty (Penalti Penyelesaian Awal)

Denda yang dikenakan kepada peminjam jika mereka membayar balik pinjaman lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian.

Co-signer

Seseorang yang bersetuju untuk membayar balik pinjaman jika peminjam asal gagal membayar. Ini memberikan jaminan tambahan kepada pemberi pinjaman.

Guarantor (Penjamin)

Individu yang bersetuju untuk mengambil tanggungjawab membayar balik pinjaman jika peminjam asal gagal membayar. Penjamin menyediakan jaminan tambahan kepada pemberi pinjaman dan membantu peminjam mendapatkan kelulusan pinjaman.

Debt-to-Income Ratio (Nisbah Hutang-Kepada-Pendapatan)

Peratusan pendapatan bulanan peminjam yang digunakan untuk membayar hutang. Nisbah ini membantu pemberi pinjaman menilai kemampuan peminjam untuk mengambil pinjaman tambahan.

Duty Stamp (Duti Setem)

Bayaran cukai yang dikenakan ke atas dokumen-dokumen rasmi seperti perjanjian pinjaman. Caj ini merupakan keperluan undang-undang dan mesti dibayar untuk mengesahkan dokumen tersebut.

Loan Overlap (Pinjaman Bertindih)

Situasi di mana seseorang peminjam mempunyai lebih dari satu pinjaman pada masa yang sama. Ini boleh meningkatkan beban kewangan dan risiko gagal buat bayaran balik.

CTOS

Singkatan untuk Credit Tip-Off Service, sebuah agensi yang menyediakan maklumat kredit dan laporan kredit individu di Malaysia. Ia membantu pemberi pinjaman menilai kelayakan kredit peminjam.

CCRIS

Singkatan untuk Central Credit Reference Information System, sistem yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia. CCRIS mengumpulkan data kredit individu dan perniagaan untuk membantu dalam proses penilaian kredit oleh pemberi pinjaman.

SAA (Special Attention Account)

Akaun khas yang dicipta oleh Bank Negara Malaysia untuk mengesan dan mengurus pinjaman yang mungkin berisiko tinggi. Ia membantu dalam pengurusan pinjaman bermasalah untuk mengurangkan risiko kegagalan bayaran balik.

Late Payment Penalty (Penalti Lewat Bayar)

Denda yang dikenakan kepada peminjam jika mereka gagal buat bayaran pinjaman mengikut tarikh yang ditetapkan. Penalti ini bertujuan menggalakkan peminjam untuk membayar tepat pada masanya dan mengelakkan kelewatan.

Sumber Tambahan

Jangan lupa untuk menambah ilmu berkaitan pinjaman peribadi melalui sumber tambahan yang kami sediakan.

Panduan Lengkap Pinjaman Peribadi

Segalanya yang anda perlu tahu tentang pinjaman peribadi di Malaysia pada tahun 2024, termasuk jenis dan kategori pinjaman, kelayakan memohon, kadar faedah, bayaran balik, dan proses permohonan.
Baca sekarang

Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi

Cari dan bandingkan pilihan pinjaman peribadi di Malaysia daripada institusi kewangan terpilih. Guna Sistem Semak Kelayakan yang kami sediakan untuk cari pinjaman peribadi terbaik berdasarkan kelayakan anda.
Semak Sekarang

Soalan Lazim (FAQs)

Ada soalan tentang pinjaman peribadi? Dapatkan jawapan untuk soalan-soalan tersebut di laman Soalan Lazim Pinjaman Peribadi.
Dapatkan Jawapan

Institusi Kewangan

Kenal pasti institusi-institusi kewangan terpilih yang menawarkan produk pinjaman peribadi di Malaysia, seperti bank, koperasi kredit, and syarikat kredit komuniti. Dapatkan maklumat lanjut tentang pinjaman yang ditawarkan oleh institusi tersebut.
Lihat Institusi

Artikel & Berita Pinjaman Peribadi

Kekal berinformasi dengan artikel dan berita terkini berhubung pinjaman peribadi.
Perbezaan Penyatuan Hutang dan Pinjaman Bertindih
Oktober 26, 2023
Penyatuan hutang dan pinjaman bertindih adalah dua strategi pengurusan kewangan yang popular. Apakah perbezaan antara...
Penjadualan, Penstrukturan, dan Pembiayaan Semula Pinjaman
Ogos 8, 2023
Adakah terdapat perbezaan antara penjadualan semula pinjaman, penstrukturan semula pinjaman, dan pembiayaan semula pinjaman? Baca...
Memahami kadar faedah pinjaman peribadi
Ogos 1, 2023
Kadar faedah pinjaman peribadi adalah istilah yang sering diperhatikan apabila berbicara tentang pinjaman peribadi. Malangnya...
Pinjaman peribadi Shopee Sloan
Februari 16, 2023
Shopee telah mengumumkan produk terbaru mereka di Malaysia, iaitu pinjaman peribadi Shopee Sloan. Sebagai sebuah...
Lihat semua artikel