Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.
Pinjaman Peribadi Jumlah Tinggi
Dapatkan Pembiayaan Peribadi untuk Perbelanjaan yang Besar

Memerlukan dana yang besar untuk merealisasikan impian anda? Pinjaman peribadi dengan amaun pinjaman tinggi boleh menjadi penyelesaiannya.
Pembiayaan peribadi jumlah tinggi ini direka untuk membantu anda mendapatkan jumlah wang yang lebih besar berbanding pinjaman peribadi biasa, sesuai untuk pelbagai keperluan seperti mengubahsuai rumah, pendidikan, perkahwinan, atau penyatuan hutang.
Walaupun pinjaman jenis ini menawarkan fleksibiliti daripada aspek jumlah pembiayaan, pinjaman peribadi jumlah besar juga didatangkan tanggungjawab yang lebih besar. Pastikan anda memahami syarat dan terma, termasuk kadar faedah, tempoh pinjaman, dan kelayakan yang diperlukan sebelum memohon.
Terdapat pelbagai pilihan pinjaman patuh syariah dan konvensional yang tersedia di pasaran. Bandingkan pilihan yang ada untuk mencari pinjaman yang paling sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda menerusi sistem saringan pinjaman peribadi jumlah tinggi yang disediakan di bawah.
Bandingkan & Tapis Pinjaman Peribadi Jumlah Tinggi
Saringan
Affin Islamic Personal Financing-i

RM2500 - RM250000
24 - 120 bulan
3.50% p.a
RM1500
Affin Islamic Personal Financing-i adalah antara pelan pembiayaan peribadi yang ditawarkan kepada semua jenis sektor pekerjaan, termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia. Dengan jumlah pembiayaan yang tinggi, tempoh pembiayaan yang panjang dan kadar keuntungan yang rendah, ini adalah pinjaman yang sangat menarik untuk dimohon.
Baca Lebih Lanjut