RHB Personal Financing

RHB Personal Financing juga dikenali sebagai RHB Personal Loan adalah pinjaman peribadi konvensional tak bercagar yang ditawarkan oleh RHB Bank Berhad. Pinjaman ini dibuka kepada kakitangan kerajaan, kakitangan GLC, pekerja sektor swasta, dan mereka yang bekerja sendiri.

Pelan pembiayaan peribadi dari RHB ini menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM150,000 dengan tempoh pembiayaan dari 1 tahun hingga 7 tahun. Kadar faedah yang diberikan juga sangat berpatutan dengan jumlah pinjaman yang ditawarkan.

Antara ciri menarik yang ditawarkan oleh pinjaman ini ialah RHB tidak mengenakan sebarang caj atau fi untuk pemprosesan pinjaman. Baca lebih lanjut untuk mengetahui ciri-ciri pinjaman ini dan bagaimana untuk mohon secara online tanpa perlu walk-in ke cawangan RHB.

RHB Personal Financing

Pinjaman daripada RHB Bank Berhad


Jenis Pinjaman: Konvensional
Jumlah Pembiayaan: RM2000 hingga RM150000
Tempoh Pembiayaan: 24 Bulan hingga 84 Bulan
Kadar Faedah/Keuntungan: 8.18% p.a hingga 14.52% p.a
Sektor Pekerjaan: Kakitangan Swasta / Kakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC / Bekerja Sendiri
Kelayakan Gaji Tahunan: RM24000
Had Umur: 21 hingga 60 Tahun
Ciri Menarik: Jangka Masa Panjang, Jumlah Tinggi

Kelebihan RHB Personal Financing

Berikut ialah ciri-ciri dan kelebihan yang ditawarkan oleh RHB Personal Financing.

  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel dan tinggi, bermula dari RM2,000 sehingga RM150,000.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel dari 1 tahun sehingga mencecah 7 tahun.
  • Kadar faedah terapung yang berpatutan dari 8.18% p.a sehingga 14.52% p.a. Kadar faedah yang dikenakan adalah bergantung kepada jumlah pinjaman yang lulus.
  • Tiada caj pemprosesan yang dikenakan. Cuma ada caj setem duti sebanyak 0.5% yang ditolak dari jumlah pinjaman yang lulus.
  • Lulus dalam masa 5 hari bekerja. Anda boleh mengetahui keputusan permohonan pinjaman anda hanya dalam tempoh 5 hari bekerja.

Syarat Kelayakan Untuk Memohon

RHB Bank Berhad tidak mengenakan syarat yang ketat untuk memohon pinjaman ini. Berikut ialah syarat kelayakan untuk RHB Personal Loan.

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 21 hingga 60 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM2,000 sebulan atau RM24,000 setahun.
  • Tidak disenaraihitamkan (blacklisted) oleh mana-mana bank atau AEON Kredit (M) Berhad.
  • Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Untuk Kakitangan Kerajaan

  • Status pekerjaan adalah tetap

Untuk Bekerja Sendiri

  • Mempunyai syarikat yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) lebih dari 1 tahun.
  • Mempunyai akaun semasa syarikat.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk memohon RHB Personal Financing adalah bergantung kepada jenis pekerjaan anda. Berikut ialah senarai dokumen yang diperlukan untuk memohon.

Kakitangan Kerajaan

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.

Kakitangan GLC/Pekerja Swasta

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
  4. Salinan penyata caruman KWSP 6 bulan terkini.

Bekerja Sendiri

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
  2. Salinan sijil pendaftaran syarikat dari SSM.
  3. Salinan penyata akaun semasa syarikat 6 bulan terkini.
  4. Salinan borang BE/BE e-Form dengan resit bayaran cukai.

Jadual Pembayaran Balik

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment pinjaman peribadi RHB Personal Financing. Klik pada gambar untuk paparan saiz yang lebih besar.

Jadual bayaran balik RHB Personal Financing
Jadual pembayaran RHB Personal Financing.
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak RHB Bank Berhad.

Caj Yang Dikenakan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, RHB Bank Berhad tidak mengenakan sebarang caj atau fi untuk pemprosesan RHB Personal Loan. Cuma caj setem duti sebanyak 0.5% dari jumlah pinjaman yang lulus dan akan ditolak dari pinjaman.

Walau bagaimanapun, caj lewat bayar sebanyak RM100 atau 1% dari baki pinjaman akan dikenakan sekiranya anda lewat membayar pinjaman anda.

Cara Memohon RHB Personal Financing

Anda boleh mohon RHB Personal Financing melalui saluran berikut:

  1. Mohon secara walk-in di mana-mana cawangan RHB Bank Berhad.
Anda juga boleh mohon RHB Personal Financing secara online sepenuhnya melalui perkhidmatan RinggitPlus. Tak perlu susah payah walk-in ke RHB Bank Berhad untuk mohon. Baca lebih lanjut di bawah.

Mohon RHB Personal Financing 100% ONLINE Dengan Perkhidmatan RinggitPlus

Anda boleh mohon RHB Personal Financing secara online menggunakan perkhidmatan RinggitPlus.

Anda cuma perlu isi nama dan nombor phone anda pada laman permohonan RinggitPlus dan pihak RinggitPlus akan menghubungi anda untuk meneruskan permohonan. Tak perlu susah payah walk-in ke bank untuk memohon.

Klik butang “Mohon Sekarang” di bawah untuk teruskan.

Anda akan dibawa ke laman web RinggitPlus. Pada laman tersebut, klik butang “Apply Now” untuk meneruskan permohonan anda.

RHB Personal Financing Review

RHB Personal Financing adalah antara pinjaman peribadi konvensional yang terkenal di Malaysia. Ciri-ciri menarik seperti jumlah pinjaman yang tinggi dan tempoh pembiayaan yang panjang membuatkan pelan pinjaman ini sering dimohon. Zero processing fee juga adalah antara salah satu kelebihan yang ditawarkan oleh pinjaman ini. Walau bagaimanapun, syarat kelayakan gaji yang dikenakan agak tinggi dan tempoh keputusan boleh memakan masa sehingga 5 hari. Tetapi, jika anda cukup syarat kelayakan dan tidak kisah untuk menunggu selama 5 hari, anda boleh cuba mohon pinjaman ini kerana RHB Personal Loan adalah antara pinjaman peribadi konvensional dengan kadar lulus yang tinggi.

Kelebihan

  • Tiada caj proses.
  • Tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun.
  • Jumlah pinjaman sehingga RM150,000.
  • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira sektor pekerjaan.
  • Kadar lulus tinggi.

Kekurangan

  • Kelayakan gaji minimum yang agak tinggi.
  • Keputusan permohonan memakan masa sehingga 5 hari.

Rating

3.75/5

Soalan-Soalan Yang Selalu Ditanyakan Tentang RHB Personal Financing

Apakah pinjaman peribadi RHB Personal Financing?

Pinjaman peribadi RHB Personal Financing adalah pinjaman peribadi Konvensional Tak Bercagar yang ditawarkan oleh RHB Bank Berhad.

Siapa yang boleh mohon RHB Personal Financing?

Pembiayaan peribadi RHB Personal Financing ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang bekerja sebagai Bekerja Sendiri, Kakitangan GLC, Kakitangan Kerajaan, Kakitangan Swasta dengan had umur dari 21 hingga 60 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Berapa jumlah pinjaman yang boleh saya mohon dengan RHB Personal Financing?

Anda boleh mohon dari RM2000 hingga RM150000.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan oleh pinjaman peribadi ini?

RHB Personal Financing menawarkan tempoh pembiayaan dari 24 bulan hingga 84 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan yang boleh dimohon akan ditentukan oleh pihak RHB Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah pinjaman, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon pinjaman ini?

Berapa lama tempoh yang perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan RHB Personal Financing saya?

Anggaran untuk tahu keputusan permohonan pinjaman anda adalah 3 hari bekerja selepas menghantar permohonan berserta dokumen yang lengkap.

Apa caj yang dikenakan untuk pinjaman RHB Personal Financing?

Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak RHB Bank Berhad untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa yang perlu saya bayar setiap bulan jika saya mohon pinjaman ini?

Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah pinjaman yang lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan yang dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik RHB Personal Financing .

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Pinjaman ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS anda bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya anda boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Pinjaman ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Saya di bawah selaan AKPK. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Maaf tak boleh. Anda tidak boleh memohon sebarang pinjaman sekiranya anda di bawah selaan AKPK.

Saya ada soalan lagi tentang RHB Personal Financing

Sila tinggalkan soalan anda pada borang reply/komen di bawah. Pihak kami akan cuba menjawabnya seberapa segera yang mungkin.

Ada Soalan Tentang RHB Personal Financing?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman anda? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen anda. Pihak kami akan cuba menjawab soalan anda seberapa segera yang mungkin.

4 Comment threads
4 Thread replies
3 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
5 Comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Zamarul

Jika keluarga saya disenaraikan di CTOS. Bolehkah saya memohon pinjaman?

KEN foo

Apakah saye bole memohon pinjaman apabila saya masih ada hutang di bank dengan jumlah di bawah rm100,000

izzah

Klau ada ccris memang terus kena reject ke?

James wong

Kalau saya buat loan dengan RHB dan loan lulus tapi saya tak dapat datang walk in utk tandangan boleh tak saya tandatangan melalui emil atau by pos?