Perbezaan Pinjaman Berlesen Dan Ah Long – Bagaimana Nak Bezakan?

Apa perbezaan pinjaman berlesen dan ah long? Sekali pandang nampak macam tak ada beza antara kedua-dua peminjam ini. Tapi sebenarnya banyak perbezaan antara agensi pinjaman berlesen dan ah long.

Pada masa sekarang, boleh dikatakan terdapat banyak syarikat pinjaman berlesen, tetapi banyak lagi “loan shark” atau lebih kita kenali sebagai Ah Long.

Pinjaman Ah Long Menakutkan

Berita dan cerita tentang kekejaman Ah Long kepada pemiutang mereka boleh buat kita geleng kepala. Tambahan lagi mereka semakin agresif sekarang ni.

Anda mungkin tertanya-tanya, jika dah tahu Ah Long ni cekik darah, kenapa masih ramai yang sanggup berhutang dengan Ah Long?

Soalan ini hanya pemiutang tersebut yang boleh jawab. Ada yang sedar mereka berhutang dengan Ah Long, dan kadar faedah yang dikenakan tak masuk akal. Tetapi kerana benar-benar terdesak, mereka sanggup mengambil risiko.

Perbezaan pinjaman berlesen dan ah long
Poster kempen cegah Ah Long yang dilancarkan oleh kerajaan Singapura

Ah Long Menyamar Sebagai Agensi Pinjaman Berlesen

Masalah timbul apabila penghutang keliru antara Ah Long dan Agensi Pinjaman Berlesen. Lebih menakutkan lagi, ada Ah Long yang menyamar dan memperkenalkan diri sebagai Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPW) untuk mengumpan penghutang.

Jadi, untuk mengelakkan anda tertipu dengan helah Ah Long – anda perlu tahu apakah perbezaan pinjaman berlesen dan ah long.

Perbezaan Pinjaman Berlesen dan Ah Long

Untuk membezakan antara Pemberi Pinjaman Berlesen (PPW) dan Ah Long (Peminjam Tidak Berlesen), anda perlu tahu dahulu apakah yang dimaksudkan dengan Agensi Pinjaman Berlesen.

Pemberi Pinjaman Berlesen (PPW)

Institusi Pinjaman Berlesen adalah syarikat atau agensi yang ditubuhkan untuk membantu mereka yang mempunyai rekod CTOS atau telah disenaraihitam (blacklist). Di mana, mereka ini tidak dapat memohon pinjaman melalui institusi kewangan seperti Bank.

Dalam erti kata lain, tujuan utama syarikat pinjaman berlesen diberi kelulusan untuk memberi pinjaman wang adalah untuk mengelak mereka yang telah disenaraihitam memilih Ah Long, atau lintah darat (Loan Shark) untuk meminjam wang.

Syarikat Pinjaman Berlesen ini perlu mematuhi Akta Pemberi Pinjam Wang yang diperkenalkan pada tahun 1951.

Akta Pemberi Pinjam Wang (1951)

Mengikut peraturan yang ditetapkan untuk pinjaman tak bercagar, mereka (syarikat pemberi pinjaman wang – PPW) hanya boleh mengenakan kadar faedah maksimum 18% setahun (p.a) manakala bagi pinjaman bercagar kadar faedah yang boleh dikenakan ialah tidak melebihi 12% setahun (p.a).

Ini adalah antara faktor utama yang membezakan Agensi Pinjaman Berlesen dengan Ah Long.

Bagaimana pula dengan lintah darat atau Ah Long?

Ah Long atau Lintah Darat

Lintah darat pada masa sekarang lebih berani berbanding dahulu. Malah, mereka dengan mudah boleh memperkenalkan diri sebagai Pemberi Pinjaman Berlesen (PPW).

Berikut beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian untuk mengenal perbezaan pinjaman berlesen dan ah long.

Ciri-Ciri Ah Long

Ciri-ciri ini adalah antara kaedah utama untuk anda mengenal sama ada syarikat pinjaman tersebut adalah syarikat pinjaman berlesen, atau ah long.

  1. Iklan & Pemasaran
    Jika anda berminat untuk buat pinjaman daripada risalah, atau iklan yang ditampal di tiang-tiang, dinding dan sebagainya – lupakan.Besar kemungkinan syarikat pinjaman tersebut adalah Ah Long. Tambahan lagi jika iklan yang dipaparkan hanya memberi nombor telefon untuk dihubungi.

    Jika iklan daripada syarikat pinjaman berlesen, mereka tidak ada masalah untuk memberikan alamat pejabat, nombor telefon pejabat atau laman web. Mereka tidak perlu berselindung kerana mereka adalah syarikat yang dibenarkan untuk memberi pinjaman.

    Iklan daripada agensi pinjaman berlesen juga akan kelihatan lebih professional. Bukan hanya kertas fotostat seperti yang digunakan ah long.

  2. Sikap Agresif
    Anda boleh perhatikan sikap yang ditunjukkan oleh syarikat pinjaman berlesen ketika anda berurusan dengan mereka.Pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) tidak akan membuli anda. Mereka bersikap lebih profesional dan tidak akan memaksa anda untuk meminjam melalui mereka.

    Berbeza dengan lintah darat yang selalunya akan bersikap lebih agresif. Kebanyakan ah long akan kelihatan seperti memaksa anda untuk buat pinjaman.

  3. Kadar Faedah Tinggi & Tak Masuk Akal
    Ini adalah faktor yang paling penting untuk anda mengenali sama ada syarikat terbabit adalah syarikat pinjaman berlesen atau pun ah long.Ah long mungkin boleh mempunyai pejabat, ada nombor telefon pejabat, dan bersikap profesional. Tetapi mereka akan ‘kantoi’ apabila mendedahkan kadar faedah pinjaman mereka.

    Selalunya kadar faedah ini jauh lebih tinggi daripada bank, mahupun syarikat pinjaman berlesen. Malah kadar faedah yang dikenakan oleh lintah darat seringkali tak masuk akal.

    Purata kadar faedah untuk pinjaman peribadi bank (dan juga Pemberi pinjaman wang berlesen) adalah antara 12% hingga 16% setahun. Paling tinggi pun 18%.

    Jadi jika pakej pinjaman yang ingin anda buat lebih tinggi dari kadar tersebut, lebih baik anda cari alternatif.

Pinjaman Bank atau Pinjaman Berlesen Untuk Personal Loan?

Soalan ini sering ditanya kepada pihak kami oleh pemohon. Oleh kerana kami menguruskan pinjaman bank, sudah tentu kami akan menjawab pinjaman bank.

Walaupun syarikat yang mempunyai lesen Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPW) telah ditetapkan perlu mengikut Akta Pemberi Pinjam Wang (1951), banyak syarikat pinjaman berlesen yang tutup sebelah mata dengan akta ini.

Akibatnya kadar faedah pinjaman peribadi yang dikenakan adalah lebih tinggi dari yang ditetapkan oleh Bank Negara.

Tetapi ini tidak bermakna anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan syarikat pinjaman wang berlesen. Agensi pinjaman berlesen adalah pilihan untuk mereka yang telah disenaraihitam oleh bank.

Cuma pastikan anda berhati-hati ketika melakukan survey dan research dahulu sebelum mohon pinjaman peribadi. Jangan terjebak dengan lintah darat atau ah long!

Baca juga bagaimana untuk mengenali penipu pinjaman peribadi (Scammer)

Admin Pinjaman Peribadi Bank

Admin Pinjaman Peribadi Bank

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Bank yang ditubuhkan khusus untuk memudahkan proses memohon pinjaman peribadi melalui institusi-intitusi kewangan di Malaysia.

Kongsi ilmu ni

Klik butang sharing dan kongsi maklumat ni dengan rakan, pasangan dan saudara-mara anda.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Reddit
WhatsApp
Telegram
Email
Print

Nak Tahu Anda Layak Mohon ke Tak?

Semak Kelayakan Anda melalui sistem semak kelayakan yang kami sediakan. Tak sampai 5 minit pun dari masa anda.

Update Terbaru

Pelan Pinjaman Peribadi

Tinggalkan Soalan/Mesej/Komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.

55 Comment threads
76 Thread replies
9 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
66 Comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Aisyah binti Samsudin

Hi, saya dan tunang nak buat pinjaman untuk perkahwinan. Saya baru tukar kerja dalam 2 bulan. Kerja baru gaji bersih hanya rm1000+ ada epf socso gaji masuk bank. Komitmen ptptn sahaja. Tunang saya kerja dah lebih 6 bulan tapi baru 3 bulan majikannya bayar melalui bank. Maksudnya baru ada 3bulan statement bank. Tetapi tiada tolak epf socso. Rm1800 bersih dia dapat. Komitmen buat masa sekarang tiada kerana baru bercadang nak beli kereta. Kami sangat memerlukan bantuan pinjaman yang kurang daripada rm20k dan boleh dapat dengan cepat. Harap sudi membantu. Kami kalau boleh takut nak pinjam di syarikat pinjaman yang tak… Read more »

Leo

Hi.. salam 1Malaysia admin. Situasinya begini. Baru-baru ni saya mahu membuat pinjaman sebanyak RM5000 sahaja dari salah sebuah PPW (katanya lah..) yang di kenali sebagai P.JAYA MY. Saya dikehendaki mengisi segala butiran dalam borang yang telah mereka sediakan secara dalam talian. Setelah diproses, pegawai yang menguruskan mengatakan kepada saya bahawa saya perlu membayar sebanyak RM600 sebagai wang jaminan untuk MELULUSKAN RM5000 saya & kemudiannya mereka akan memproses segala insuran & perjanjian untuk ditandatangani. Menurutnya, RM600 tersebut akan dikembalikan kepada saya sekiranya rekod pembayaran balik saya selama 3 bulan cantik. Selepas saya bank-in RM600 tersebut ke salah satu akaun peguam mereka,… Read more »

Asrunizam bin sagiran

Hai Leo. Adakah tn dihubungi lagi oleh mereka selepas tuan tidak meneruskan transaksi. Saya baru dihubungi melalui wasap utk menjelaskan bayaran peguam. Jika tidak nama sy akan bermasalah.

Alice

Hello…saya pekerja swasta..saya ingin mbuat pinjaman peribadi..skrg saya under blacklist for my outgoing untuk luar negara sbb still ade hutang ptptn…my salary is below rm1300. Any suggestion for me which place or branch that offer personal loan with lowest interest and no cash deposit?

firdaus

hi admin nk tanya ada ke pinjaman untuk kategori muflis?

zaki

saya baru bekerja sebagai anggota polis..terdesak untuk mendapatkan pinjaman bagi menyelesaikan tunggakan pinjaman lama. ada cara boleh bantu saya?

aziz

hai, saya nak tahu, selepas kita buat aqad untuk cash plus, berapa hari bank akan bank in wang ke akaun kita

Asrunizam bin sagiran

Hai admin. Cerita saya lebih kurang macam Leo. Saya telah berurusan dgn sebuah sykt kewangan. Segala bayaran pendahuluan yg diminta telah saya jelaskan. Bayaran dibuat atas acc individu yg katakan acc boss money lender. Namun duit punjaman yg saya harapkan tak dapat2. Banyak alasan yg diberi oleh syarikat sehingga sy trauma dan mengambil keputusan membatalkan pinjaman tersebut. Bila sy minta dibatalkan sykt kata loan dah lulus. Jika nak batal saya kena bayar denda. Saya dah bayar denda tersebut dan telah dipersetujui oleh sykt. Selang sebulan mereka menghubungi saya kembali dan mengatakan saya perlu membayar kos peguam pula untuk tutup permohonan… Read more »

Hye sya nk buat pinjamam nk buat modal niaga saya..

linda

saya punya cerita lebih kurang LEO,yuran peguam rm700,kena bayar ansuran 6 bulan konon rm800(janji nya akan dipulangkan semula),rm1200(manager yg sign borang loan punya tip),rm 1300(manager akaun punya tip),lepas semua tu setel,10 minit saja katanya duit masuk.saya di call oleh staff nya,kata nya isnin nanti baru duit masuk,hari ni isnin,manager belum sampai ofis lagi katanya,saya bagi dia mase sehingga pikul 2,saya ugut untuk report polis.saya ada tanya,syarikat nya berdaftar ke tidak?dia kata berdaftar.saya harap sgt saya tak ditipu.tapi mmg melampau bayaran nya,kalau tak bayar,loan tak lulus.ape harus saya buat admin?

fit

.Assalam…sy nak tanya klu pinjaman wang berlesen nie mmg dia akan mintak slip gaji 3 bln,ic,bank statment dan bil air ker….
.klu kata kita ader buat pinjaman dgn syarikat kredit tapi ader tunggakan kita boleh apply pinjamam wang berlesen ke untuk sattelkan ker…

faizal

Hi.. sy nk tanya,sy ada pemohonan dgn syarikat berlesen,sy nk pinjam 10k,lulus,sy kena bayar 580.stamping fees,sy bayar,dan mereka minta 2452 sebagai insurance loan,setelah mereka bincang,sy bayar 1100 seperti dipersetujui.. tp mereka minta lg baki 2452,sy putuskan utk batalkan loan sy,mereka kata sy kena tggu sebulan utk mereka bank in balik duit sy,adakah sy dapat 580+1100 atau 1100 sj..mereka tunjukkan surat stamping fees dan surat tawaran loan 2 kpd sy..adakah sy dapat penuh duit sy,berapa lama proses yg sebenar mereka pulangkan balik duit sy

APEX

Salam semua,

Ramai yang memilih jalan utk buat pinjaman yg memerlukan slip gaji, bank statement, ic dan bil air/api. Saya juga hampir-hampir memilih untuk buat pinjaman pada syarikat2 tersebut. Kebanyakan mereka mesti meminta wang pendahuluan/insuran/duit guaman/suruh kamu pergi atm utk buat auto debit dan sebagainya. Ini semua satu unsur PENIPUAN. Sehingga kini saya masih mencari syarikat yang sesuai utk membuat pinjaman. Nama saya tersenarai dalam CTOS/CCRIS. Saya ingin membersihkan nama dan harap admin boleh suggest kan utk saya.

Terima kasih.

amar

salam admin…
nak tanya kalau syarikat pinjaman wang berlesen tu suruh kita pergi ke mesin atm utk buat autodebit bulanan…adakah dia merupakan syarikat yang sah atau ah long???dia tiada minta deposit atau apa2 bayaran…cuma minta saya ke mesin atm untk buat auto debit bulanan….mohon bantuan…keliru…

Hi tuan,
Saya nak tanya, lawyer fee perlu dijelaskan ke oleh si penghutang? (untuk syarikat wang berlesen) Kenapa tidak tolak sahaja dari loan ? adakah ini satu penipuan atau sebenarnya memamg prosedur mereka?

Terima kasih

Kaka

Hi admin.sya nk wat loan bank.

Hanis

Hi..sy nk.tny…kalau sy d outstanding kereta dlame 3bln, (ccris) blh buat pinjaman disini?

ira

hai nak tanya kalau mintak duty stamp adakah pinjaman itu betul2 trusted, bila saya gugel nama company, ofice tp tidak ada adakah itu salah satu sindiket penipuan jugak

Aina

Hai . . Sya nk tnya ada sorang prmpuan chiness whatsap sya tntng pnjman . . Sya ada tnya dia kalau gji cash bleh apply ke . . Dia ckp bleh . . Dia ada pjuk spya ambik loan dgn dia sbb dh 10hri dia tak de sale . . Sya pon trmakan pjuk dia . . So apply hnya prlukan ic saja . . Bberapa mnit lpas tu bos dia ada cll dan minta sorang pnjamin suami/isteri . . Sya ada whatsap ic kat dia . . Sya nk tnya klau mcm nie along ke??

LALA

Hi, saya telah berhubung dengan satu skim pinjaman peribadi di Company X, Company X telah menawarkan pinjaman sebanyak 5k tepat without any stamp duties, lawyer & sewaktu dengan nya dengan syarat testing payment berjumpah sebanyak RM 300 tetapi saya kena pulangkan balik sebanyak 1k untuk mengetahui cara pambayaran saya. Saya terima RM 300 tersebut dan telah membayar sebanyak RM 500 untuk pendahuluan, dan balance saya tinggal lagi RM 500. Tetapi saya dpat tahu pinjaman tersebut telah menipu saya dan saya mahu membatalkan pinjaman tersebut. Sekarang ni Company X taknak batalkan loan saya dan marah marah saya, ugut saya semua. Apa… Read more »

tini

hi..sy nak tnya sy ada apply pnjman dkat satu company ni..orang tu ckp klu nk proses sy punya permohonan sy mesti membayar granter deposit dlu utk memproses permohonan sy..adakh company tu adalh jenis pinjaman berlesen @ ALONG??

Dea

Maaf, saya ada buat 1 permohonan loan. Menurut agent ,sykt mereka adalah sykt pinjaman berlesen. Cuma kemusykilan saya, adakah peminjam perlu membayar insuran sebyk rm420. Tksh atas pencerahan.

MIA

HI LEO,SY MIA.NK TNYA,SEKIRANYE KITA XDE SIGN APE2 AGGRMENT ADAKAH NAMA KITA DIBLACKLISTKAN OLEH PEMINJAM WANG BERLESEN?MEREKA MEMINTA SAYA MEMBUAT BAYARAN GUAMAN SEBANYAK RM350 TETAPI SAYA TIDAK DAPAT MEMBUAT PEMBAYARAN KERANA SAYA MERASA WAS2 DGN PERMINTAAN TERSEBUT,DAN MEREKA MENGUGUT SAYA UNTUK MENYENARAI HITAM NAMA SAYA SEKIRANYA TIDAK MEMBUAT PEMBAYARAN GUAMAN TERSEBUT.UNTUK PENGETAHUAN LEO,SAYA TIDAK ADA MENUTUNKAN APA2 TANDATANGAN DIMANA2 SURAT AGGRMENT.ADAKAH NAMA SAYA AKAN DIBLACKLISTKAN??

IJAN

Salam admin.. saya nak buat pinjman dalam RM2000-5000
card bank saya akan di peggang ?

Samsol

Syarikat pemberi Pinjaman dibenarkan utk mengenakan bayaran untuk kita memohon penyata penyelesaian pinjaman?

Howard bunsu

Saya tengah apply loan.Saya survey company2x pemberi pinjam wang.Syarat hampir ke semua company tersebut.perlu ada deposit..cum yang satu compny dia beri pilihan mcm ni..sekiranya saya boleh cari penjamin yng bekelayakan gaji melebihi 3.5k.tx perlu deposit..tapi sekiranya tidak ada caj utk wang tahanan 8%drp jumlah pinjaman..Mohon nasihat & pandangan tuan.terima kasih

Mad

Hello, saya ada buat pinjaman dari syarikat peminjam berlesen. Pinjaman sebanyak 20 000 dibayar selama 36 bulan atau 3 tahun. Jumlah bayaran dalam 41000. Jika saya boleh langsaikan dalam setahun saja hutang tu, bolehkan diberi pengurangan bayaran.

Hann

tuan, kalau kes saya ni adakah ia dikira sebagai ah long atau PPW? Syarikat ni offer loan 7k dengan saya, bayaran balik bulanan rm 229.44 selama 3 tahun. agen ni cakap, sebelum mereka beri cash kami perlu sediakan surat perjanjian guaman (tak kisah gunakan peguam sendiri atau peguam dari pihak mereka). Kalau surat perjanjian melalui peguam mereka, kami perlu bayar rm 300 dulu tak boleh tolak daripada 7k tu. Jika tak mahu, kami perlu cari peguam sendiri sediakn surat agreement tu. Dah ada surat agreement tu hantar pada mereka untuk pengesahan, then syarikat ini akn masukkan duit cash pada saya… Read more »

Anuar

Hi admin,
saya ingin bertanya satu soalan jika tempoh berkerja dengan majikan baru tidak sampai 6 bulan memang susah nak apply loan dri bank ke?

Dex

Hi Admin. Saya ada buat pinjaman dengan salahsatu company katanya Syarikat Wang Berlesen. Mereka minta saya bank in RM420 , untuk duties stamp etc . Dan saya telah pun bank in. Seterusnya , company tersebut kata mereka tidak ada link dengan BNM , jadi mereka kata mereka perlu guarantor tapi pihak mereka yang akan sediakan guarantor tersebut , mereka kata 1 hari cas RM15 , jdi saya perlu bayar terus untuk 60 bulan . Mereka suruh saya bank in lagi RM900 untuk guarantor . Bila semua sudah selesai , mereka kata mereka tidak dapat masukkan duit pinjaman ke dalam akaun… Read more »

yuyu

hai,saya nak tnya.sebelum nie saya ade membuat pinjaman wang berlesen.dan dgn pinjaman wang itu mereka perlu memegang card bank saya utk bayaran setiap bulan.itu bkn isu nye yg sebenar,saya ade buat bayaran hanya utk beberapa bulan sahaja.lepas itu saya stop dan pindah di tempat kerja lain.tapi sekarang saya tidak mahu tunggakkan lgi hutang saya sbb saya risau akan terjadi sesuatu.bolehkah saya jelaskan hutang itu pada setiap bulan seperti biasa???

isha

hi,admin..sy nk tny ,,,bla seseorang buat pinjaman ahlong kaedah pembayaran yg ahlong kenakan tu mcm mn ye,,contoh sorg ni pinjam 5k dan dia perlu bayar blk sbnyk 7500,,jd kadar faedah yg di kenakan 2500,,blh admin jelaskn klu si peminjam ni byr bulann dng kadar yg ditetapkn tanpa tertunggak adakah blh selesaikan @ bla dh byr sekaligus bru selesai,,sbb yg sy dngr peminjam ahlong ni byr x prnh hbs2 dn kadar bungany meningkat setiap hr,,

eyez

Kalau dlm CCRIS ada akaun di bawah pemerhatian…boleh mohon ke

syafiq

Salam ..admin baru2 ni saya ada buat pinjaman dengan satu syarikat ni tapi melalui agent..saya berhubung pun lalu whatsapp je..saya terjumpa poster syarikat di fb….tapi saya apply xdek sign agreement ape2 pun dan dye pon ade sent gambar office letter mengatakan saya dah approve 10k tu…buat masa sekarang ni tengah proceed lagi..tapi dye ada mintak saya bayar duty stamp 500 saya dah bank in..lepas tu dye mintak lagi duit insuran sebanyak 1680….dye cakap kalau dah bank in duit insuran dan dah aktif insuran baru dye transfer pada saya 10k tu..saya x bagi pun duit insuran tu..persoalannye betul ke semua syarikat… Read more »

Alipxx

Hi admin sy nk tnye la sy ade ade membuat pinjam berjumlah 5000 ringgit Tpi die mintk sy deposit 400 until keluarkn surat lawyer selepas surat lawyer keluar sy sudah sign ade agent lain whatsapp mintak duit insuran sebanyak 660.selepas sy bgi duit insuran ade satu lgi agent whatsapp mintk duit untuk sst sy sebanyak 500 duit sangkut dekat bank plak bile sy ckp potong duit melalui loan die ckp xbole Sbb die xbole usik duit loan tu..ape tindakan yg bole sy amik untuk membatalkan loan tersebut??

Leh

Hi admin. baru-baru ni saya ada proses pinjaman peribadi daripada sebuah syarikat pinjaman. Pada awalnya mereka minta saya bayar RM400 untuk duty stamp dan cukai perkhidmatan kemudian apabila saya dah buat bayaran mereka minta saya tambah RM1050 untuk pembelian insurans. Tapi apabila saya dan selesaikan bayaran tersebut mereka kata duit saya tidak boleh dipindahkan kerana saya berkemungkinan sangkut dengan CTOS/CCRIS atau perkara lain yang menyebabkan pemindahan wang ke akaun saya ditolak. Selepas itu mereka minta saya untuk jelaskan bayaran tambahan sebanyak RM2500 bagi tujuan pembukaan akaun semasa bagi membolehkan saya menerima wang tersebut. Tetapi akaun semasa itu dibuat atas nama… Read more »

Yg

Hi Admin, Selepas membaca semua komen di sini baru saya tahu saya pun dah terkena dengan syarikat peminjam wang. Saya diminta membayar LRC (Cagaran) 500 untuk memastikan saya tidak membatalkan Loan saya. sebab saya terdesak sangat saya pun bank in duit tersebut. Duit dibank in kedalam akaun seorang individu (runner). lepas 10 minit runner itu telepon bagi tau saya ada edit Score yang sangat tinggi dan saya perlu membayar 1800 lagi untuk clearkan nama saya. tampa fikir panjang saya pun bank in kan lagi duit itu. sebab kata runner tu selagi saya taka bank in kan duit tu dia tak… Read more »

zulkarnain

Dah x blh buat apa-apa lagi YG, anda mmg dah kena tipu dgn mereka, cuma saya nak tanya mereka ada guna akaun cimb bank kan..mereka ni mmg licik kan

Dee

Salam admin. Pertanyaan bagaimana syarikat syarikat koperasi pinjaman peribadi menawarkan pinjaman melalui dana-dana bank tempatan berdaftar.Ccris/Ctos/blacklist juga layak. Baru baru ini ada agen syarikat koperasi menawarkan loan peribadi kpd kakitangan saya sehingga 60% kelayakan, agen tingalkan brosur di kaunter opis untuk agihan staf2. Jadi sa cuba la mhubungi koperasi tu minta penerangan lanjut bagaimana ianya berjalan. (koperasi) cakap loan ini daripada gabungan Bank xxxxxx dan mereka mereka hanya koperasi. Jadi saya cuba membuat semakan sekiranya pinjaman sebanyak 30k berapa pay out..koperasi mengatakan pay out 55% kepada peminjam bermakna hanya 13,500 sja d tangan peminjam dan tempoh bayaran 120 bulan x… Read more »

Nabeela

Hi,

Saya baru telah cuba buat banyak permohonan personal loan dgn pelbagai bank (dan juga Aeon) tapi satu pun tak dapat. Saya tidak mempunyai commitment lain selain ptptn. Itu pn saya bayar bulan-bulan, cuma due date ptptn dan tarikh pembayaran ada perbezaan menyebabkan bayaran saya tak hapuskan tunggakan.

Kindly advise.

Atin

Hi Admin,

Personal loan yg saya buat di aeon,cimb & hong leong semua rejected atas sebab scoring rendah. Gaji bersih RM 2400~RM2500.Rekod ccris & ctos sye bersih. Comitment PTPTN & loan RHB tak pernah miss untuk bayar. Ada ke cara nak naikkan scoring tu utk meyakinkan pihak bank memberikan loan ?

Mohd heirmy

Hi..saya ada apply personal loan sebanyak 30k dgn syarikat amber financial solution yg berpejabat di johor…setelah saya submit dokumen saya..selang beberapa hari saya diberitahu yang permohonan saya telah diluluskan..dan saya diminta untuk menjelaskan stamping fees sebanyak rm750 sebelum sign agrement..setelah berbincang dengan saudara mara saya dan setelah dinasihati oleh mereka supaya membatalkan permohonan saya tersebut..saya cancel loan tersebut..dan saya memberitahu kepada petugas syarikat tersebut yg sy ingin cancel loan tersebut ttp petugas tersebut mengarahkan sy utk membayar sejumlah wang sebagai cancel fees…adakah patut sy bayar atau diamkan diri saja? Segala urusan hanya melalui whatsapp sahaja..adakah syarikat ini ah long yg… Read more »

Nurul hazirah

Hi…saya ada buat pinjaman berlesen dekat satu company nie dan saya dibuang kerja tanpa bayar gaji dan pinjaman berlesen tu ada call saya suruh saya bayar dan dia tanya mana gaji saya…adakah diaorg akan menggangu family saya dan memaksa family saya untuk bayar??saya takut mereka seperti ahlong…dan apa akan jadi kalau saya stop untuk bayar pinjaman berlesen nie?

adam mukhlis

hi cik. saya ingin membuat pinjaman dgn pinjaman wang berlesen sebanyak rm 500. tetapi saya risau jikalau ianya adalah ah long. nama company tersebut ialah UNIVERSE ENTERPRISE. mohon pencerahan daripada pihak cik. terima kasih

adam mukhlis

biasanya pinjaman wang berlesen ini kad bank dipegang oleh mereka?

NIK ROSMAWATI MAT AMIN

Salam..saya ada buat pinjaman dgn 1 syarikat kewangan..mereka kata loan sudah lulus dan meminta saya utk bayar stamping sebanyak rm280.selepas bayaran dibuat manager syarikat tu call utk buat pengesahan.dia cakap akan transferkan duit tp kena pastikan duit dlm akaun saya ada 3k utk jaminan.adakah betul akaun kita mesti ada duit sbg jaminan @ taktik dia utk sedut duit dlm akaun saya..tp saya hanya berikan no acc bank sj..mohon pencerahan..

lola

adakah boleh mana2 pihak menggunakan gambar ic seseorg yg tidak dipalang utk tujuan pinjaman peribadi baik dri bank mahupun along mohon pencerahan?

Farihan

Admin, tumpang bertanya..
Saya memohon pinjaman 20K dgn satu syarikat Peminjam Wang Berlesen (PWB) bernama A. Saya dimaklumkan pinjaman saya akan dibuat atas jumlah 24k tetapi saya akan hanya diberi 20K. Faedah yg dikenakan bukan 1.5% sebulan tetapi 6% sebulan. Perbezaan 4.5% sebulan adalah kos runner, lawyer etc. Semua kos ditolak daripada pinjaman. Soalan saya, bolehkah syarikat PWB ini menetapkan kadar faedah dan caj caj lain sesuka hati mereka? Bukankah ada akta yg perlu mereka patuhi? Ataupun faedah 1.5% sebulan ni sekadar guideline semata?

Abdul aziz

Boleh kah syarikat pinjaman berlesen mendakwa (su) saya di mahkamah hanya sebab saya batalkan pinjaman dengan syarikat mereka.saya tak sign apa apa lagi agreement.saya batalkan pinjaman tersebut kerana mereka minta bayaran cagaran 3 bulan ansuran pinjaman sebelum bagi duit pinjaman kat saya.

jimmy

Hye Tuan. saya nk mencari duit sebanyak rm1k. nk bayar duit baiki motor sbb nk bawak ulang alik belajar. tpi saya tk rasa bank akan beri pinjaman sbb saya student lgi. saya ingt nk bayar bulan bulan rm200-300 cmtu dari pinjaman ptpk saya. ada suggestion tk nk buat pinjaman dari mana?

afiq

hi admin, gaji saya masuk dalam akaun bank saya melalui akaun saving boss saya.. still boleh buat loan ke? sebab pegawai bank kata x boleh saving acc to saving acc, mesti kena company acc to saving acc.. ada cara untuk loan x untuk kes saya ni?

Nazrul

Salam..sy kakitangan kerajaan ada masalah muflis bolehkah buat loan lagi..

Azura

Suami saya nak bt pinjaman…org yg nak bg pinjaman tu kata dia dr sykt pinjaman berlesen..dia minta kad atm & password maybank 2U…bila diminta alamat sykt & no tel….dia x bg…hanya berhubung melalui hp shj…bila nak dtg office dia…dia bg alasan…officenya bnyk duit…org luar x boleh dtg..mcm mana tu yea?.

shazrul

Assalamualaikum , ada tak bank yang luluskan nama under AKPK ?

Jakie

Hi sa ada bt pinjaman wang berlesen tp saya sda cancel dan mereka minta bayaran 500 sbb cancel adakah ney taktik ahlong atau apa ya admin..lg 1 syarikat pinjman berlesen patut ka mereka tak bagi tahu pin online banking saya sbb mereka sda tukar sewaktu berurusan d offic mereka..cerita mcm ney boleh ka repot d balai hnya untuk meminta balik pin online banking saya..terima kasih admin..

abdul rahman

assalamualaikum,
saya sudah di tipu scammer sebanyak Rm21,782.00 untuk tujuan pinjaman peribadi sebanyak Rm120,000.00. saya baru sedar setelah banyak kali mereka call untuk minta macam2 payment sebelum release loan yg saya perlukan..setelah saya baca blog bahawa itu adalah scammer. nama syarikat pinjaman itu adalah Horison Credit Sdn Bhd. saya agak tertekan juga dalam masa 3 hari ramai org saya pinjam untuk tunaikan berbagai bayaran yg mereka minta. apa yg perlu saya lakukan untuk tindakan saya selanjutnya..please advice

Zamri

Nak tanya syarikt GF GROW FINANCIAL SDN BHD ade lesen ke tidak mohon penjelasan