Affinbank Visa/MasterCard Gold

Affinbank Visa/ MasterCard Gold
Affin Bank Berhad
Kad kredit daripada
share-nodes
Kongsi
badge-percent
Kadar faedah
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
RM150
Percuma tahun pertama. Tahun berikutnya yuran diketepikan untuk transaksi tidak kurang daripada RM24,000 atau 12x transaksi
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM2000
stars
Ciri utama
Air Miles, Ganjaran (Rewards), Ganjaran Perjalanan
square-list
Pelan kad kredit
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave, MasterCard PayPass

Afiinbank Visa/MasterCard Gold adalah kad kredit daripada Affin Bank yang didatangkan dengan pilihan Visa atau MasterCard. Affinbank Visa Gold dan Affinbank MasterCard Gold menawarkan pelbagai faedah dan ganjaran untuk memudahkan urusan kewangan anda.

Program pulangan mata ganjaran AFFIN Rewards menawarkan 1x mata ganjaran AFFIN untuk setiap RM1 yang anda belanjakan pada transaksi runcit. Bagi yang selalu melancong, mata ini boleh ditukar dengan poin Malindo Miles, AirAsia BIG Points, atau Enrich Miles untuk penerbangan percuma. Bagi yang jarang melancong pula, tebus mata AFFIN anda dengan barangan, hadiah, dan baucar hebat dari katalog AFFIN Rewards.

Kad kredit Affinbank Visa Gold dan Affinbank MasterCard Gold juga menawarkan pelan pemindahan baki AffinBank Balance Transfer Instalment Plan (BTiP). Pindahkan baki daripada kad lama anda kepada kad Affinbank Visa/MasterCard Gold bermula dari RM1,000 tanpa kadar faedah (zero interest) dan bayar balik sehingga 36 bulan.

Pelan bayaran ansuran mudah Affinbank Easy Instalment Plan (EiPlan) pula memudahkan anda mendapatkan barangan idaman dengan ansuran bulanan sehingga 24 bulan. Hanya buat pembelian tidak kurang daripada RM500 dengan kad kredit Affin anda untuk layak menggunakan pelan ini.

Jika anda ingin mendapatkan tunai segera, guna pelan pendahuluan tunai Affin Cash-on-Call Instalment Plan (CIP) yang mengenakan kadar faedah  serendah 6% setahun. Anda boleh buat pinjaman sehingga 90% daripada had kredit.

Yuran tahunan kad kredit Affinbank ini adalah percuma untuk tahun pertama. Tahun seterusnya yuran akan diketepikan sekiranya anda buat transaksi lebih daripada 12 kali atau tidak kurang daripada RM24,000 pada tahun tersebut. Jika tidak, anda perlu membayar yuran tahunan RM150 untuk kad utama (primary card) dan kad tambahan (supplementary card).

Permohonan Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold dibuka kepada sesiapa sahaja, tidak kira warganegara Malaysia, pemastautin tetap, mahupun ekspatriat. Anda cuma perlu berumur 21 tahun ke atas dengan gaji bulanan tidak kurang daripada RM2,000.

Walaupun Affinbank Visa Gold dan Affinbank MasterCard Gold hanya menawarkan ciri pulangan mata ganjaran, kad ini sangat sesuai jika anda sedang mencari kad kredit yang ringkas, kelayakan permohonan yang tidak terlalu ketat, dan kos tahunan yang tidak membebankan. Baca lebih lanjut bagaimana untuk mohon dengan mudah.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan 1x mata AFFIN Rewards dengan setiap transaksi runcit. Tukar dan tebus mata ganjaran ini untuk pulangan menarik melalui program AFFIN Rewards.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
1 RM1 Sebarang perbelanjaan runcit

ganjaran perjalanan

Tebus mata ganjaran AFFIN Rewards yang terkumpul untuk penerbangan percuma dengan menukar mata ganjaran anda kepada Malindo Miles, AirAsia BiG Points, atau Enrich Points.

Pelan Kad Kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold

Pelan pemindahan baki (balance transfer)

Affinbank Balance Transfer Installment Plan BTiP
Buat pindahan baki dari RM1,000 ke Affinbank dengan bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada kadar faedah dikenakan, cuma sedikit caj pengendalian (upfront handling fee).
Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
6 2% Tiada RM1,000
12 4% Tiada RM1,000
18 5% Tiada RM2,000
24 6% Tiada RM2,000
36 7% Tiada RM3,000

Pelan bayaran ansuran (easy payment plan)

Affinbak Easy Installment Plan EiPlan

Dapatkan pelan bayaran ansuran Affinbank ini dengan pembelian serendah RM500. Tiada caj faedah dan tempoh bayaran ansuran sehingga 36 bulan.

Tempoh Bayaran (Bulan)Caj Pengendalian (%)Kadar Faedah (% p.a)Pembelian Minimum (RM)
62%TiadaRM500
124%TiadaRM1,000
185%TiadaRM2,000
246%TiadaRM2,000
367%TiadaRM3,000

Pelan ansuran tunai (cash instalment plan)

Affin Cash On Call Instalment Plan

Pinjam serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran dari 6 hingga 24 bulan dengan caj kadar faedah yang berpatutan.

Tempoh Pinjaman (Bulan)Kadar Faedah (One-Time Upfront) (%)Pinjaman Minimum (RM)
661000
1281000
18122000
24142000

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM2000 Sebulan atau RM24000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Tak layak?

Sekiranya anda tak cukup syarat untuk mohon kad kredit ini, anda boleh cari kad yang sesuai dengan kelayakan anda melalui Sistem Cari Kad Kredit yang kami sediakan.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) RM150
Percuma tahun pertama. Tahun berikutnya yuran diketepikan untuk transaksi tidak kurang daripada RM24,000 atau 12x transaksi
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) RM150
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM50 atau 5% dari amaun tertunggak.
Caj Lewat Bayar RM10 atau 1% dari amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian Tiada
Caj Pendahuluan Tunai RM20 atau 5% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Cara Mohon Affinbank Visa/MasterCard Gold

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Anda boleh mohon Affinbank Visa/MasterCard Gold dengan mengunjungi mana-mana cawangan Affin Bank Berhad berdekatan anda.

Anda juga boleh mohon secara atas talian (online) melalui laman web Affin Bank Berhad.

Soalan Lazim Kad Kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold
Apakah kad Kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold?
chevron-down

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold adalah kad kredit yang ditawarkan oleh Affin Bank Berhad.

Apakah kelebihan kad Kredit ini berbanding kad kredit yang lain?
chevron-down

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan ciri-ciri menarik seperti Air Miles, Ganjaran (Rewards), Ganjaran Perjalanan dan Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Ciri-Ciri Kad Kredit di atas.

Siapakah yang boleh mohon kad kredit ini?
chevron-down

Kad ini boleh dimohon oleh Sesiapa sahaja yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan RM2000 ke atas atau pendapatan tahunan RM24000 ke atas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya tidak pernah mempunyai sebarang kad kredit sebelum ini, bolehkah saya mohon Kad Kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold?
chevron-down

Boleh, tiada masalah untuk anda mohon Kad Kredit ini sekiranya ini kali pertama anda ingin mohon Kad Kredit dan anda mencukupi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mohon.

Saya adalah pemegang kad kredit Affin Bank Berhad yang sedang aktif, bolehkah saya mohon kad kredit ini?
chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Saya adalah pemegang kad kredit dari bank lain, bolehkah saya mohon kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold?
chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Berapakah kadar faedah (interest rate) yang dikenakan untuk kad kredit ini?
chevron-down

Affin Bank Berhad mengenakan kadar faedah tahunan sebanyak 15% p.a.

Berapakah had kredit (credit limit) yang dibenarkan?
chevron-down

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh pihak bank berdasarkan sejarah kredit dan pendapatan bulanan anda.

Apakah caj atau fi yang dikenakan untuk kad kredit ini?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj dan Yuran yang Dikenakan di atas.

Bolehkah saya keluarkan wang tunai melalui mesin ATM dengan kad ini?
chevron-down

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini semata-mata untuk pindahan baki (balance transfer)?
chevron-down

Boleh. Tetapi pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya ada rekod senarai hitam (blacklist) di laporan CTOS saya?
chevron-down

Soalan ini adalah sangat subjektif apabila memohon kad kredit. Faktor yang memainkan peranan utama ialah skor kredit, bukannya jumlah senarai hitam anda. Dalam erti kata lain, lulus atau tidak adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak bank. Anda boleh rujuk dengan pihak Affin Bank Berhad sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CTOS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya rekod kredit saya tidak cantik di laporan CCRIS saya?
chevron-down

Seperti juga jawapan untuk soalan tentang senarai hitam di laporan CTOS. Keputusan permohonan adalah bergantung kepada skor kredit anda, dan faktor-faktor lain seperti pendapatan, risiko, rekod kredit, dan sebagainya. Anda boleh rujuk dengan pihak Affin Bank Berhad sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CCRIS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)?
chevron-down

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Bagaimana saya nak mohon kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold?
chevron-down

Sila rujuk bahagian Cara Memohon di atas.

newspaper

Ada soalan tambahan?

Tinggalkan soalan anda pada ruangan Soalan & Pertanyaan di bawah. 

Ada Soalan Tentang Affinbank Visa/MasterCard Gold?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.