AEON Platinum Visa/MasterCard

AEON Platinum Visa
share-nodes
Kongsi
badge-percent
Kadar faedah
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
RM200
Tahun pertama adalah percuma. Tahun seterusnya yuran dibatalkan sekiranya anda berbelanja RM18,000 ke atas setahun.
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM5000
stars
Ciri utama
Ganjaran Perjalanan, Mata Ganjaran, Pulangan Tunai
square-list
Pelan kad kredit
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave, MasterCard PayPass

Kad kredit AEON Platinum adalah kad premium yang ditawarkan oleh AEON Credit Malaysia. Kad ini didatangkan dengan ciri-ciri menarik seperti rebat tunai, pindahan baki, mata ganjaran, ganjaran petrol dan ganjaran melancong.

AEON Credit juga menawarkan kad ini dalam dua pilihan, iaitu AEON Platinum Visa dan AEON Platinum MasterCard. Kedua-dua kad ini didatangkan dengan pulangan dan ganjaran yang sama, yang membezakan cuma skim bayaran yang digunakan.

Rebat Tunai Sehingga 10%

Dapatkan rebat tunai setiap kali anda membeli-belah di pasaraya AEON, atau setiap kali anda buat transaksi dalam talian. Anda akan menerima sehingga 10% rebat tunai pada setiap hari Thank You AEON BiG yang berlangsung pada 20hb dan 28hb setiap bulan. Rancang perbelanjaan anda untuk mendapatkan pulangan tunai yang tinggi ini.

Untuk perbelanjaan lain pula, kad ini memberikan sebanyak 2% cashback untuk transaksi dalam talian, kecuali untuk bayaran ansuran pelan Flexi Payment.

Walau bagaimanapun, pulangan tunai 10% dihadkan kepada RM100, dan pulangan tunai 2% dihadkan kepada RM25 setiap bulan.

Mata Ganjaran AEON Points

Kad kredit AEON Platinum Visa / MasterCard juga menghadiahkan mata ganjaran dalam bentuk AEON Points. Dapatkan 6x mata AEON untuk semua perbelanjaan di luar negara, atau 4x mata AEON ketika anda berbelanja di pasaraya AEON dan AEON BiG. Bagi perbelanjaan lain pula anda akan menerima 1x mata.

Baca lebih lanjut tentang ciri lengkap mata ganjaran AEON Points pada maklumat di bawah.

6x Akses Percuma ke Plaza Premium Lounge

Sebagai pemegang kad kredit AEON Platinum, anda boleh berehat di ruang Plaza Premium secara percuma semasa menunggu penerbangan. Keistimewaan ini sah untuk lapangan terbang di seluruh Malaysia, dan anda boleh guna sebanyak 6 kali setiap tahun.

Selain itu, anda juga akan dilindungi oleh insurans perjalanan yang bernilai sehingga RM1 juta setiap kali anda tempah tiket kapal terbang dengan kad ini. Perlindungan ini juga merangkumi kelewatan penerbangan dan bagasi.

Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki & Ansuran Tunai

Sebagai kad kredit shopping, AEON Credit menawarkan bukan satu, tetapi dua pelan bayaran ansuran mudah untuk kad kredit Platinum MasterCard atau Visa. Anda boleh pilih untuk guna pelan AEON Cards 0% Instalment Payment atau AEON Cards Flexi Payment.

Anda juga boleh buat pemindahan baki dengan AEON Cards Balance Transfer Plan. Pelan pindahan baki ini memudahkan anda memindahkan baki hutang dari kad kredit lain ke kad AEON anda dengan kadar faedah yang berpatutan.

Pelan ansuran tunai AEON Ready Cash pula memberi kemudahan untuk mendapatkan tunai segera dengan kad kredit AEON anda. Anda boleh pinjaman sehingga 80% daripada had kredit anda. Caj yang dikenakan pula sangat berpatutan.

Apa yang buat pelan-pelan in menarik ialah anda boleh mendapatkan kelulusan serta-merta selepas memohon. Ketiga-tiga pelan kredit daripada AEON ini memberi fleksibiliti untuk anda mengurus kewangan dengan lebih mudah.

Yuran Tahunan Percuma

Yuran tahunan kad kredit AEON ini adalah percuma untuk tahun pertama. Tahun kedua dan tahun berikutnya pula, yuran akan dikecualikan jika anda melalukan transaksi sekurang-kurangnya RM18,000 pada tahun tersebut.

Jika tidak, anda perlu bayar yuran tahunan sebanyak RM200 untuk kad utama. Yuran tahunan untuk kad tambahan pula ialah RM100.

Kelayakan Untuk Mohon

Kad kredit AEON Platinum Visa / MasterCard hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan RM5,000 atau pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM60,000.

Dengan kelebihan-kelebihan yang hebat seperti rebat tunai, mata ganjaran AEON Points, akses eksklusif ke Plaza Premium Lounge, dan pelan pembayaran ansuran yang mudah, kad kredit AEON Platinum adalah pilihan yang tepat bagi kaki shopping yang inginkan kad kredit dengan kelebihan eksklusif. Baca lebih lanjut tentang ciri lengkap kad ini dan bagaimana untuk mohon secara atas talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit AEON Platinum Visa/MasterCard

Pulangan tunai (cashbacks)

Kad kredit AEON ini menawarkan pulangan tunai (cashback) yang menarik. Dengan berbelanja di pasaraya AEON atau AEON Big, dan juga apabila anda membeli belah dalam talian – dapatkan rebat tunai antara 2% hingga 10%. Cashback ini ditunaikan setiap 20 dan 28 haribulan, setiap bulan.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Hari “Thank You ” AEON dan AEON BiG 10% RM100 Sebarang jumlah
Transaksi dalam talian kecuali bayaran pelan Flexi Payment AEON 2% RM25 Sebarang jumlah

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran AEON Points apabila anda berbelanja di pasaraya AEON atau AEON BiG, membeli-belah di luar negara, atau sebarang transaksi. Mata ganjaran bermula dari 1 point hingga mencecah 4 point. Mata ganjaran ini boleh ditebus untuk hadiah atau baucar, atau anda boleh tukar AEON Points anda kepada tunai dengan kadar 400 mata AEON kepada RM1.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
6 RM1 Perbelanjaan di luar negara
4 RM1 Perbelanjaan di pasaraya AEON dan AEON BiG (kecuali pada hari Thank You AEON)
1 RM1 Perbelanjaan lain (kecuali petrol, urusan berkaitan kerajaan, pindahan baki, bil utiliti, ansuran tunai)

ganjaran perjalanan

Dapatkan perlindungan insurans perjalanan antarabangsa sehingga RM1,000,000 dengan kad kredit AEON Visa Platinum apabila anda membeli tiket penerbangan anda menggunakan kad kredit ini. Insurans juga disediakan terhadap penerbangan atau bagasi yang tertangguh. Selain itu, anda juga akan mendapat akses sebanyak 6 kali untuk ruang plaza premium (Plaza Premium Lounge) yang menyediakan WiFi percuma, makanan & minuman, dan juga hiburan.

Jenis Perlindungan Jumlah Perlindungan (RM)
Insurans Perjalanan Sehingga RM1,000,000
Kelewatan Penerbangan Sehingga RM600
Kelewatan Bagasi Sehingga RM600

Pelan Kad Kredit AEON Platinum Visa/MasterCard

Pelan pemindahan baki (balance transfer)

AEON Cards Balance Transfer Plan
Pindahkan baki kad kredit anda kepada AEON dan bayar sehingga 6 bulan tanpa kadar faedah dan tiada caj pengendalian dengan pindahan serendah RM1,000.
Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
6 Tiada Tiada RM1,000

Pelan bayaran ansuran (easy payment plan)

AEON Cards 0% Instalment Payment Plan
Buat pembelian barang idaman anda dengan Kad Kredit AEON untuk pelan bayaran ansuran tanpa kadar faedah dan tiada caj pengendalian. Pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.
Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
6 Tiada Tiada RM500
12 Tiada Tiada RM500
24 Tiada Tiada RM500
36 Tiada Tiada RM500
AEON Cards Flexi Payment Plan
Buat pembelian serendah RM500 untuk menyertai pelan bayaran ansuran AEON Cards Flexi Payment. Tempoh bayaran sehingga 18 bulan tanpa caj faedah.
Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
6 2.5% Tiada RM500
12 3.5% Tiada RM1,000
18 5.5% Tiada RM2,000

Pelan ansuran tunai (cash instalment plan)

AEON Ready Cash 
Dapatkan pinjaman tunai sehingga 80% daripada had kredit (credit limit) kad kredit AEON anda dengan pelan ansuran tunai AEON Ready Cash. Tiada caj pengendalian untuk pinjaman melebihi RM1,000.
Pelan Tempoh Pinjaman (Bulan) Jumlah Pinjaman Minimum (RM) Kadar Faedah (% p.a) Caj Pengendalian (%)
A 6 1,000 0 3.99%
B 12 - 36 1,000 - 5,000 8.88% 0
C 12 - 36 5,000 ke atas 9.99% 0

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM5000 Sebulan atau RM60000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Tak layak?

Sekiranya anda tak cukup syarat untuk mohon kad kredit ini, anda boleh cari kad yang sesuai dengan kelayakan anda melalui Sistem Cari Kad Kredit yang kami sediakan.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) RM200
Tahun pertama adalah percuma. Tahun seterusnya yuran dibatalkan sekiranya anda berbelanja RM18,000 ke atas setahun.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) RM100
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM50 atau 5% dari amaun tertunggak.
Caj Lewat Bayar RM10 atau 1% dari amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian RM3000
Caj Pendahuluan Tunai RM15 atau 5% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Cara Mohon AEON Platinum Visa/MasterCard

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Anda boleh mohon AEON Platinum Visa/MasterCard dengan mengunjungi mana-mana cawangan AEON Credit Service (M) Berhad berdekatan anda.

Anda juga boleh mohon secara online dengan perkhidmatan RinggitPlus. Tak perlu isi borang, tak perlu tunggu call – hanya “WhatsApp” pihak RinggitPlus untuk mohon. Baca lebih lanjut di bawah.

AEON Platinum Visalogo ringgitplus

Mohon AEON Platinum Visa/MasterCard 100% ONLINE dengan perkhidmatan RinggitPlus

Klik butang “Mohon Sekarang” di bawah, isi nama dan nombor phone anda pada laman permohonan RinggitPlus. Pihak RinggitPlus akan menghubungi anda dan membimbing anda step-by-step untuk meneruskan permohonan.

Tak perlu susah payah walk-in ke bank untuk mohon. Klik butang “Mohon Sekarang” di bawah untuk teruskan.

Mohon sekarang
* Anda akan dibawa ke laman web RinggitPlus. Pada laman tersebut klik butang "APPLY NOW" untuk meneruskan permohonan.

Soalan Lazim Kad Kredit AEON Platinum Visa/MasterCard

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan kad kredit AEON Platinum Visa/MasterCard
Apakah kad Kredit AEON Platinum Visa/MasterCard?
chevron-down

Kad kredit AEON Platinum Visa/MasterCard adalah kad kredit yang ditawarkan oleh AEON Credit Service (M) Berhad.

Apakah kelebihan kad Kredit ini berbanding kad kredit yang lain?
chevron-down

Kad kredit AEON Platinum Visa/MasterCard menawarkan ciri-ciri menarik seperti Ganjaran Perjalanan, Mata Ganjaran, Pulangan Tunai dan Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Ciri-Ciri Kad Kredit di atas.

Siapakah yang boleh mohon kad kredit ini?
chevron-down

Kad ini boleh dimohon oleh Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan RM5000 ke atas atau pendapatan tahunan RM60000 ke atas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya tidak pernah mempunyai sebarang kad kredit sebelum ini, bolehkah saya mohon Kad Kredit AEON Platinum Visa/MasterCard?
chevron-down

Boleh, tiada masalah untuk anda mohon Kad Kredit ini sekiranya ini kali pertama anda ingin mohon Kad Kredit dan anda mencukupi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mohon.

Saya adalah pemegang kad kredit AEON Credit Service (M) Berhad yang sedang aktif, bolehkah saya mohon kad kredit ini?
chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Saya adalah pemegang kad kredit dari bank lain, bolehkah saya mohon kad kredit AEON Platinum Visa/MasterCard?
chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Berapakah kadar faedah (interest rate) yang dikenakan untuk kad kredit ini?
chevron-down

AEON Credit Service (M) Berhad mengenakan kadar faedah tahunan sebanyak 15% p.a.

Berapakah had kredit (credit limit) yang dibenarkan?
chevron-down

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh pihak bank berdasarkan sejarah kredit dan pendapatan bulanan anda.

Apakah caj atau fi yang dikenakan untuk kad kredit ini?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj dan Yuran yang Dikenakan di atas.

Bolehkah saya keluarkan wang tunai melalui mesin ATM dengan kad ini?
chevron-down

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini semata-mata untuk pindahan baki (balance transfer)?
chevron-down

Boleh. Tetapi pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya ada rekod senarai hitam (blacklist) di laporan CTOS saya?
chevron-down

Soalan ini adalah sangat subjektif apabila memohon kad kredit. Faktor yang memainkan peranan utama ialah skor kredit, bukannya jumlah senarai hitam anda. Dalam erti kata lain, lulus atau tidak adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak bank. Anda boleh rujuk dengan pihak AEON Credit Service (M) Berhad sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CTOS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya rekod kredit saya tidak cantik di laporan CCRIS saya?
chevron-down

Seperti juga jawapan untuk soalan tentang senarai hitam di laporan CTOS. Keputusan permohonan adalah bergantung kepada skor kredit anda, dan faktor-faktor lain seperti pendapatan, risiko, rekod kredit, dan sebagainya. Anda boleh rujuk dengan pihak AEON Credit Service (M) Berhad sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CCRIS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)?
chevron-down

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Bagaimana saya nak mohon kad kredit AEON Platinum Visa/MasterCard?
chevron-down

Sila rujuk bahagian Cara Memohon di atas.

newspaper

Ada soalan tambahan?

Tinggalkan soalan anda pada ruangan Soalan & Pertanyaan di bawah. 

Ada Soalan Tentang AEON Platinum Visa/MasterCard?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

8 Comments
Inline Feedbacks
View all comments