Kredit Komuniti (Pemberi Pinjam Wang Berlesen PPW) di Malaysia
Kredit Komuniti adalah penjenamaan semula bagi Pemberi Pinjam Wang Berlesen (PPW) . Istilah baru ini dilancarkan pada April 2019 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Istilah ini adalah untuk syarikat yang menjalankan perkhidmatan memberi pinjaman wang di Malaysia. Syarikat yang menjalankan perkhidmatan ini juga sering dikenali sebagai pinjaman berlesen.
Berbanding dengan syarikat atau individu yang memberi perkhidmatan pinjaman wang tanpa lesen, syarikat-syarikat ini adalah berdaftar di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) dan perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Berikut ialah senarai syarikat berdaftar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi. Klik pada syarikat Kredit Komuniti pilihan anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh syarikat tersebut tersebut dan ketahui bagaimana anda boleh mohon pinjaman yang ditawarkan secara atas talian (online).
BB Capital Sdn Bhd
Phileo Damansara 1, Block B, 10th Floor. B1009, Jalan 16/11, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor
017 215 9500
BB Capital Sdn Bhd, melalui jenama instaDuit, menawarkan pilihan pinjaman peribadi yang selamat, mudah, dan bertanggungjawab. Dengan fokus utama kepada penyelesaian kewangan menerusi teknologi, perkhidmatan yang telus, dan komitmen terhadap pendidikan kewangan, BB Capital boleh menjadi penyelesaian yang dipercayai dalam menangani keperluan kewangan anda.
Info lanjutEvo Capital Solutions (Evo Credit)
Ketahui lebih lanjut tentang Evo Capital Solutions Sdn Bhd (Evo Credit), syarikat pinjaman yang menyediakan lebih daripada pinjaman peribadi. Dengan komitmen kepada integriti dan inovasi, syarikat ini telah membantu ramai individu dan usahawan mencapai matlamat kewangan mereka.
Info lanjutDirect Lending Sdn. Bhd.
Direct Lending Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang menyediakan kemudahan permohonan pinjaman peribadi secara atas talian kepada rakyat Malaysia. Syarikat Direct Lending bukanlah sebuah institusi kewangan seperti bank, koperasi, atau syarikat kredit komuniti/pemberi pinjaman wang (PPW). Syarikat ini berfungsi sebagai platform untuk membantu individu yang ingin memohon pinjaman atau pembiayaan peribadi, tetapi tidak mahu berurusan…
Info lanjutIcon Venture Capital Sdn Bhd
Icon Venture Capital Sdn Bhd adalah sebuah syarikat Kredit Komuniti/Pemberi Pinjaman Wang (PPW) Berlesen. Syarikat ini adalah syarikat yang sah dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran (1246743-K). Syarikat ini juga berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951. Syarikat Icon Venture menawarkan produk pinjaman…
Info lanjutYayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP)
Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad atau YYP adalah sebuah yayasan bumiputera yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965. Dalam erti kata lain, Yayasan Perlis adalah sebuah syarikat dan bukan sebuah koperasi. Ramai pihak yang keliru dan ingat YYP adalah koperasi kerana perkataan yayasan pada nama syarikat. Seperti kebanyakan syarikat yang menggunakan nama yayasan, syarikat…
Info lanjutEmicro Services Sdn Bhd
Lot 205B 2nd Floor Podium Block Faber Towers, Jalan Desa Bahagia, 58100, Taman Desa Kuala Lumpur, Malaysia
1800 88 8668
Emicro Services Sdn Bhd adalah sebuah syarikat Kredit Komuniti/Pemberi Pinjam Wang (PPW) berlesen yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan juga dengan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Syarikat ini dahulunya dikenali sebagai Ice Nara Sdn Bhd dan mula beroperasi sebagai Emicro Services pada April 2015. Syarikat…
Info lanjutYayasan Ihsan Rakyat (YIR)
Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) ditubuhkan pada 25 Mei 2012 dan adalah sebuah syarikat yang berdaftar di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2016. YIR bukanlah sebuah Koperasi berdaftar seperti yang disangkakan oleh ramai pihak, tetapi adalah syarikat Kredit Komuniti, atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) Berlesen. Syarikat ini diiktiraf oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan…
Info lanjutJCL Credit Leasing Sdn. Bhd.
JCL Credit Leasing Sdn. Bhd. (JCL) adalah sebuah syarikat Kredit Komuniti/Pemberi Pinjam Wang Berlesen (PPW) yang berdaftar di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. JCL mula beroperasi sejak Disember 1996, dan sejak itu menjadi antara syarikat Kredit Komuniti yang popular di negara kita. Syarikat ini dahulunya dikenali sebagai Japan Credit Leasing Sdn Bhd dan telah…
Info lanjutAEON Credit Service (M) Berhad
Level 18, UOA Corporate Tower, Avenue 10, The Vertical, Bangsar South City, No.8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia
03-2772 9000
AEON Credit Service (M) Berhad atau lebih dikenali sebagai AEON Credit adalah sebuah institusi kewangan yang terkenal di Malaysia. AEON Credit mula bertapak sebagai institusi kewangan dengan memperkenalkan skim pinjaman Easy Payment pada tahun 1997. Pada masa sekarang, AEON Credit telah disenaraikan di Bursa Saham Malaysia dan mempunyai 71 cawangan dan pusat servis/perkhidmatan di seluruh…
Info lanjut