Al Rajhi Bank

Bank Bertaraf Antarabangsa untuk Rakyat Malaysia

Al Rajhi Bank
Jenis Institusi:

Bank

Swift Code:

RJHIMYKL

Alamat:

Ground Floor, East Block, Wisma Selangor Dredging, 142-B Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.

Telefon:

03-23326000

Faks:

03-23326062

Dengan sejarah selama 50 tahun dari Arab Saudi, Al Rajhi Bank bukanlah nama yang baru di dalam bidang atau sektor perbankan. Bank ini adalah bank Islam terbesar di dunia. Negara kita, Malaysia adalah tapak pertama bagi Al Rajhi memulakan penglibatan mereka di dalam sektor perbankan antarabangsa.

Al Rajhi Bank mula mengorak langkah di Malaysia dengan menubuhkan cawangan pertama di Jalan Ampang pada Oktober 2006. Bank ini telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 2007 oleh Perdana Menteri ketika itu, iaitu Tun Abdullah Badawi. Pada masa sekarang bank ini mempunyai 17 cawangan di seluruh Malaysia, iaitu di Lembah Klang, Johor Bahru, Melaka, Pulau Pinang, Ipoh, Kota Bharu, Kuantan, Kuching, Sungai Petani dan Kota Kinabalu.

Walaupun lebih tertumpu kepada perbankan korporat, terdapat juga produk dan perkhidmatan untuk perbankan individu seperti kebanyakan bank komersial yang lain. Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti akaun simpanan, akaun semasa, pinjaman peribadi, kad kredit, kad debit, pinjaman kenderaan, unit amanah, perlindungan Takaful, pengurusan Wasiat, dan sebagainya.

Antara produk unik yang ditawarkan oleh bank ini ialah Kad Al-Musafir. Kad ini adalah kad debit Visa yang dikhususkan kepada mereka yang ingin mengerjakan Haji atau Umrah.

Bank ini juga menyediakan perkhidmatan perbankan atas talian (Internet Banking) melalui portal online yang dikenali sebagai Al Rajhi 24 Seven.

Pinjaman Peribadi Al Rajhi Bank

Sebagai antara bank Islam terbesar di dunia, bank Al Rajhi menawarkan pelan pembiayaan Islamik dengan kadar keuntungan yang sangat kompetitif dan jumlah pembiayaan yang tinggi untuk memudahkan pelanggan mengurus kewangan dengan lebih berkesan. Klik pada butang "Baca Selanjutnya" untuk tahu lebih lanjut tentang produk pinjaman peribadi Al Rajhi seperti syarat kelayakan lengkap, dokumen yang diperlukan, caj dan yuran, dan bagaimana untuk mohon.
al rajhi personal financing i
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM10000 – RM250000
Tempoh Pembiayaan
24 – 96 Bulan
Kadar Keuntungan
3.88% p.a – 5.63% p.a
Kelayakan Gaji
RM3500
Pinjaman peribadi bank Al Rajhi daripada Bank Islam bertaraf dunia menawarkan keputusan permohonan pantas. Anda hanya perlu tunggu antara 24 hingga 48 jam selepas mohon Al-Rajhi Personal Financing-i untuk tahu anda lulus atau tidak. Caj kadar keuntungan setahun yang rendah dan tidak membebankan.
Baca Selanjutnya

Cawangan Al Rajhi Bank

Berikut ialah senarai cawangan Al Rajhi Bank di Malaysia. Anda boleh pilih cawangan mengikut negeri melalui pilihan di bawah.

Al-Rajhi Kajang

map-location-dot
Lot G -01, Grd Floor, Wisma Metro Kajang, Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor.
phone-rotary

Al-Rajhi Johor Bahru

map-location-dot
3, Jalan Molek 2/4, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
phone-rotary

Al-Rajhi Ipoh

map-location-dot
GA-E-02 & GA-E-02A, Ground & 1st Floor, Persiaran Greentown 4C, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
phone-rotary

Al-Rajhi Bangsar Affluent Branch

map-location-dot
Lot No. G02 (East Wing), Ground Floor BRDB Tower Bangsar Shopping Centre, 59000 Bangsar, Kuala Lumpur.
phone-rotary

Berita dan Artikel Terkini Al Rajhi Bank

Dapatkan berita dan artikel terkini berkaitan Al Rajhi Bank.
kempen deposit rize 2024
Disember 16, 2023
Berita baik untuk pelanggan bank digital Rize, pihak Rize akan melanjutkan kempen kadar keuntungan 4% setahun . Kempen ini pada mulanya dimaklumkan ak …
Lihat Semua Artikel