CIMB Cash Plus Personal Loan – Pinjaman Peribadi Instant Approval

CIMB Cash Plus personal loan

CIMB Cash Plus personal loan adalah pinjaman peribadi terawal yang ditawarkan oleh CIMB Malaysia, dan masih bertahan sehingga ke hari ini.

Pinjaman peribadi CIMB ini sangat terkenal kerana ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh CIMB terhadap pembiayaan peribadi ini.

Apakah yang membuatkan CIMB Cash Plus Personal Loan sangat terkenal dan menjadi antara pinjaman utama untuk mereka yang ingin memohon pinjaman peribadi.

Kelebihan Pembiayaan Peribadi CIMB Cash Plus

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, terdapat beberapa kelebihan pinjaman peribadi CIMB Cash Plus berbanding pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh bank-bank lain di Malaysia.

  1. Kelulusan Segera (Instant Approval)
    Walaupun banyak bank yang menawarkan pinjaman peribadi mendakwa proses pinjaman mereka boleh diluluskan segera, CIMB Cash Plus adalah personal loan yang benar-benar berkonsepkan instant approval. Pinjaman anda akan disahkan dalam masa kurang dari 24 jam.
  2. Jumlah Margin Pinjaman Yang Tinggi
    CIMB Cash Plus menawarkan margin pinjaman sehingga 8x jumlah pendapatan kasar bulanan. Sebagai contoh jika pendapatan kasar anda RM3,000/bulan – pinjaman anda boleh diluluskan sehingga RM24,000.
  3. Tidak Perlu Cagaran
    Pinjaman peribadi ini tidak memerlukan sebarang cagaran untuk memohon.
  4. Tidak Perlu Penjamin
    Selain tidak memerlukan cagaran, pinjaman peribadi CIMB ini tidak memerlukan anda mencari penjamin untuk pinjaman anda.
  5. Tidak Perlu Pengesahan Majikan
    Selain tidak memerlukan sebarang cagaran atau penjamin, CIMB Cash Plus juga tidak memerlukan pengesahan dari majikan tempat anda bekerja.
  6. Jumlah Pinjaman Yang Fleksibel
    Pembiayaan peribadi CIMB Cash Plus menawarkan jumlah pembiayaan yang sangat fleksibel. Pembiayaan bermula dari serendah RM2,000 sehingga RM100,000.
  7. Tempoh Pembiayaan Sehingga 5 Tahun
    Pakej pinjaman peribadi CIMB Cash Plus menawarkan tempoh pembiayaan sehingga 5 tahun (60 bulan).
  8. Kadar Faedah Terendah
    Pinjaman peribadi CIMB Cash Plus menawarkan antara kadar faedah terendah bagi pakej pinjaman peribadi di Malaysia. Faedah tahunan bermula dari 8.20% sehingga 14.66% (mengikut jumlah pinjaman).
  9. Tiada Caj Pemprosesan
    Tidak seperti pinjaman peribadi bank lain yang mengenakan caj pemprosesan. Caj yang dikenakan cuma caj duti setem sebanyak 0.5% dari pinjaman.

Ciri-ciri menarik ini membuatkan CIMB Cash Plus antara skim pembiayaan peribadi yang sering dipohon berbanding bank-bank lain.

Syarat Memohon CIMB Cash Plus Personal Loan

Pinjaman peribadi CIMB Cash Plus tidak mengenakan syarat yang ketat untuk memohon. Berikut ialah syarat-syarat utama yang diperlukan untuk memohon CIMB Cash Plus personal loan.

Kelayakan Memohon

CIMB mengenakan syarat yang fleksibel untuk memohon pinjaman CIMB Cash Plus. Berikut ialah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 hingga 58 tahun.
  • Pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke atas.
  • Sudah bekerja melebihi 6 bulan. (Untuk kerja makan gaji)
  • Untuk bekerja sendiri pula, perniagaan harus berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beroperasi lebih dari 2 tahun.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut ialah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi CIMB Cash Plus.

Kerja Kerajaan

  1. Salinan Kad Pengenalan.
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan penyata gaji tahunan – Borang EC/EA.
  4. Salinan penyata bank gaji 3 bulan terkini.

Kerja Swasta

  1. Salinan Kad Pengenalan.
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan penyata bank gaji 3 bulan terkini (Jika gaji dibayar ke bank).
  4. Salinan penyata KWSP (minima 6 bulan potongan).

Bekerja Sendiri/Berniaga

  1. Salinan Kad Pengenalan.
  2. Salinan sijil pendaftaran perniagaan (Borang B&D)/ Borang 9,24, 49 & M&A.
  3. Salinan penyata bank akaun perniagaan 6 bulan terkini.
  4. Akaun untung rugi dan kunci kira-kira; atau borang BE/B, resit cukai pendapatan atau lain-lain dokumen sokongan. (jika ada).

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon CIMB Cash Plus sangat ringkas bagi yang bekerja kerajaan mahupun swasta, berbanding bank-bank lain.

Walau bagaimanapun dokumen yang diperlukan bagi mereka yang bekerja atau berniaga agak rumit. Sebagai perbandingan pinjaman peribadi AEON i-Cash hanya perlukan borang SSM dan penyata akaun bank bagi yang berniaga.

Caj Yang Dikenakan Oleh Pembiayaan Peribadi CIMB Cash Plus

Seperti yang telah dinyatakan, CIMB Cash Plus personal loan tidak mengenakan sebarang caj pemprosesan dan hanya mengenakan caj duti setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman. Ciri ini membuatkan pinjaman peribadi ini lebih menonjol berbanding pinjaman peribadi bank lain.

Jadual Pembayaran Semula Pinjaman Peribadi CIMB Cash Plus

Berikut ialah jadual pembayaran CIMB Cash Plus atau CIMB Cash Plus installment yang lengkap.

Pinjaman RM2,000 sehingga RM19,000

Berikut ialah jadual pembayaran pinjaman peribadi CIMB Cash Plus RM2,000 hingga RM19,900.

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar

Pinjaman RM20,000 sehingga RM49,000

Berikut ialah jadual pembayaran pinjaman peribadi CIMB Cash Plus RM20,000 hingga RM49,900.

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar

Pinjaman RM50,000 sehingga RM100,000

Berikut ialah jadual pembayaran pinjaman peribadi CIMB Cash Plus RM50,000 hingga RM100,000.

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar

 

Bagaimana Untuk Memohon CIMB Cash Plus Personal Loan

Jika anda berminat untuk mohon pinjaman peribadi CIMB Cash Plus, anda boleh gunakan kaedah-kaedah berikut:

  1. Walk-in ke cawangan CIMB
    Anda boleh memohon melalui cawangan CIMB terdekat di kawasan anda.
  2. Mohon online melalui laman web CIMB
    Anda boleh mohon secara online melalui laman web rasmi CIMB.
  3. Mohon melalui pihak kami
    Sekiranya anda tak ada masa untuk ke cawangan CIMB, atau malas nak isi borang online, anda boleh mohon melalui kami – urusan 100% melalui WhatsApp. Cuma semak kelayakan anda dan tinggalkan nombor untuk dihubungi dan kami akan menyemak kelayakan anda dan menghubungi anda untuk urusan selanjutnya – KLIK DI SINI UNTUK SEMAK KELAYAKAN

Kelebihan Memohon Melalui Pihak Kami

Kami adalah agensi yang menguruskan pinjaman peribadi melalui bank-bank di Malaysia. Salah satu daripada bank/institusi kewangan tersebut adalah CIMB Bank.

Pembiayaan peribadi CIMB Cash Plus adalah antara skim pinjaman peribadi yang paling popular, dan peratusan lulus kami sangat tinggi.

Kenapa mohon dengan kami?

  1. Tak perlu walk-in ke CIMB – Jika masa anda sangat berharga dan tak ada masa nak walk-in untuk urusan loan, biar kami uruskan. Segala urusan melalui WhatsApp. Kita boleh berbual-bual dan kami akan jawab segala pertanyaan anda berhubung CIMB Cash Plus.
  2. Dokumen minimum – Anda cuma perlu snap gambar atau beri dokumen PDF slip gaji, penyata bank, penyata tahunan (kerajaan) atau penyata KWSP (swasta) melalui WhatsApp atau Email.
  3. Peratusan lulus lebih tinggi – Kami akan submit permohonan anda kepada contact kami di CIMB dan beliau akan memastikan permohonan anda mudah lulus. Boleh kautim.
  4. Tiada bayaran deposit atau upfront – Kami tidak mengenakan sebarang bayaran pendahuluan/deposit/upfront untuk perkhidmatan kami. Jika loan anda lulus baru kami kenakan sedikit caj perkhidmatan. Jika loan gagal, tiada sebarang caj.
  5. Bukan hanya CIMB – Jika anda tak layak memohon untuk CIMB Cash Plus, atau permohonan anda gagal, kami akan memohon dengan bank-bank lain yang dirasakan layak.

Buat pilihan yang bijak. Guna perkhidmatan kami untuk memohon CIMB Cash Plus personal loan. Anda cuma perlu semak  kelayakan anda melalui borang yang kami sediakan di laman web ini dan pihak kami akan menghubungi anda seberapa segera yang mungkin.

UPDATE

Pihak kami tidak lagi menyediakan perkhidmatan memohon pinjaman peribadi bank. Walau bagaimanapun, pihak kami telah bekerjasama dengan agensi  lain untuk memudahkan anda mohon pinjaman peribadi secara online.

Anda cuma perlu pilih pinjaman peribadi yang sesuai dengan kelayakan anda melalui Sistem Semak Kelayakan yang kami sediakan dan baca lebih lanjut pada laman pinjaman tersebut untuk mohon secara online tanpa perlu walk-in ke bank.

KLIK DI SINI UNTUK SEMAK KELAYAKAN CIMB CASH PLUS

Admin Pinjaman Peribadi Bank

Admin Pinjaman Peribadi Bank

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Bank yang ditubuhkan khusus untuk memudahkan proses memohon pinjaman peribadi melalui institusi-intitusi kewangan di Malaysia.

Kongsi ilmu ni

Klik butang sharing dan kongsi maklumat ni dengan rakan, pasangan dan saudara-mara anda.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Reddit
WhatsApp
Telegram
Email
Print

Nak Tahu Anda Layak Mohon ke Tak?

Semak Kelayakan Anda melalui sistem semak kelayakan yang kami sediakan. Tak sampai 5 minit pun dari masa anda.

Update Terbaru

Pinjaman Peribadi Popular

Tinggalkan Soalan/Mesej/Komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.

  • Shukri says:

    Bole terangkan berapa jenis personal loan yg cimb tawar kan? Contoh saya ambil loan 25k, berapa bersih yang saya dapat? Saya berkerja swasta, apa dokumen yang di perlukan?

    • @Shukri

      CIMB menawarkan dua pinjaman peribadi tak bercagar, CIMB Cash Plus (artikel di atas) dan CIMB XPress Cash (klik di sini)

      CIMB Cash Plus adalah full disbursement, iaitu loan masuk 100% (kecuali setem duti 0.5%). CIMB Xpress Cash ada caj setem duti dan Insurans Takaful (bergantung kepada jumlah pinjaman dan kadar semasa).

      Dokumen yang diperlukan ada dinyatakan di kedua-dua artikel di atas. Mohon baca dari mula sampai habis.

      Terima kasih

  • Mcmmn nk mohon Loan bank klu ade ccris

  • mohd Aspi says:

    Macam mna.cara nak loan
    Ada ccris

  • Sy nk check sy utk buat permohonan loan

  • Sy nk check kelayakan utk buat pinjaman bank

  • Hamid says:

    Selain drpd Maybank, Cimb merupakan bank yang digemari oleh orang ramai terutamanya Melayu. Perkhidmatan bank itu dah meningkat kebelakangan ini dan masa menunggu pun dah jadi pendek.