Public Bank Berhad

Public Bank Berhad ditubuhkan oleh Teh Hong Piow pada tahun 1966. Beliau adalah bekas pengurus besar Malayan Banking pada masa tersebut. Pada tahun 1967, Public Bank disenaraikan di Bursa Saham Malaysia. Moto utama Public Bank ialah ‘bank untuk rakyat’. Boleh dikatakan pada masa sekarang Public Bank telah mencapai matlamat mereka dengan menjadi salah satu kumpulan perbankan terbesar di Malaysia di bawah Public Bank Group.

Public Bank mempunyai 259 cawangan dan lebih daripada 2000 terminal di seluruh Malaysia. Syarikat juga telah melebarkan sayapnya ke Asia Pasifik dengan cawangan di Hong Kong, Cambodia, Vietnam, Laos, Sri Lanka dan China.

Public Bank Berhad menyediakan perkhidmatan perbankan yang meliputi perbankan konvensional dan juga perbankan Islam menerusi Public Islamic Bank. Kategori utama perkhidmatan Public Bank ialah perbankan peribadi dan perbankan perniagaan. Public Bank di Malaysia juga mempunyai anak-anak syarikat seperti Public Investment Bank, Public Mutual Berhad, dan PB Trustee Services.

 

Public Bank Berhad

Menara Public Bank, 146 Jalan Ampang, Peti Surat 12542, 50450 Kuala Lumpur

03-21766000

03-21639917

Pelan Pinjaman Peribadi Yang Ditawarkan Oleh Public Bank Berhad

Berikut ialah skim pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Public Bank Berhad.

Lain-Lain Pelan Pinjaman Peribadi di Malaysia

Ukhwah Cash-i

UKHWAH Cash-i

Ukhwah Cash-i adalah pelan pembiayaan peribadi Islamik tak bercagar yang ditawarkan oleh Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad. Pelan pinjaman peribadi ini dibuka kepada kakitangan kerajaan, kakitangan

Baca Seterusnya
KOBETA Cash-i

KOBETA Cash-i

KOBETA Cash-i adalah pelan pinjaman peribadi daripada Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (KOBETA). KOBETA adalah koperasi sah yang berdaftar di bawah Akta Koperasi Malaysia 1993

Baca Seterusnya